Jan 10, 2012

Satu Kisah Di Marrybrown

Petang tadi bawak dania ke Giant, utk beli berus gigi.. Setakat ni termasuk yg baru dibeli td dah 9 batang berus gigi dania, mcm2 jenis & cartoon yg dah sedia ada. Doraemon,pink panther,barbie,popeye,upin ipin dan byk lagilah, semuanya masih elok2 lagi. Gara2 nak memujuk dania supaya terus rajin memberus gigi, kami terpaksa tukarkan berus gigi selalu utk menarik perhatian dania ni. Skrg dah 3 hari Dania x nak memberus gigi, mogok sbb nakkan berus gigi mickey mouse pulak.. merata jgklah kami mencari berus gigi yg ada cartoon mickey mouse tu, last2 ada jiran cakap yg dia ternmpak ada berus gigi cartoon mickey mouse kat Giant. Terus kami terjah situ dapatkan utk Dania, lihat betapa sayangnya papa & mama kat kamu yer Dania.. apa saja permintaan dania sebolehnya kami akan tunaikan.. Kamu dah pandai demand skrg ni, x padan dgn kecik! takpa, sementara kamu masih belom ada adik lagi manjalah sepuasnya, sbbnya nanti kalau dah ada adik mama mmg xkan bgi muka kat dania demand mcm ni lagi tau..
Lepas membeli berus gigi & shopink brg2 dapur kami menjamu selera di Marrybrown yg merupakan satu2nya restoran segera yg terdapat di Giant tu. Sedang enak menjamu selera terlihat kelibat satu family yg sedang bercakap2 sesama sendiri sambil berjalan mundar-mandir memerhati ke dalam Marrybrown. Terdiri dari bapa, ibu serta 2 org iaitu ank perempuan & lelaki.. Umur si bapa & ibu dlm lingkungan 50-an manakala si ank perempuan dlm 14 thn & si lelaki dlm 7 thn.. Rasanya lebih kurang 3/4 kali juga mereka lalu di depan Marrybrown tersebut. Last sekali masa mereka berhenti kami ada terdengar perbualan antara mereka anak beranak..
Antara perbualan mereka dlm loghat kedah.

SI BAPA: 'Kita pi makan tang len lah, nmpk kedai makan ni mcm mahai pun'.
ANAK LELAKI: 'Tak mau, chek teringin nak mkn sini. Kwn sekolah chek kata sedap. Selalu dengaq depa dok habaq mak pak depa selalu bawak depa mai mkn kat tempat mcm ni. Jomla ayah!'..( smbil dok menangis )
SI IBU: 'Adik, nanti kita mai len na.. hari ni duit x cukop, yg ada tinggal beda tambang bas nak balik.. Sat g makan tang ni, jalan kaki la kita. Nanti tggu ayah juai sekerap kita mai len'.
ANAK PEREMPUAN: 'Adik, kesian kat ayah. jenuh la ayah pi motong kalau adik dok mintak nak makan mcm ni.. Kak pun x pernah makan lagik, jgn kata adik. Nanti kita ada duit kita mai len'. ( pujuk si kakak)
SI IBU: 'Sat (smbil dok qrosek2 beg).. nah! mak ada 3 ringgit, mintak kat pak hang plak dia ada bopa ringgit'.
SI BAPA: 'Aku ada byk ni'.. terus hulurkan wang tersebut kepada anak lelakinya.
x tahu la berapa ringgit duit yg telah si bapa hulurkan kepada anaknya itu.
Lepas tu, kami nmpk si anak perempuan & anak lelaki meluru ke arah kaunter utk membuat pesanan.
Beberapa minit kemudian, mereka keluar berlalu pergi & kami dapati si anak lelaki hanya memegang segelas minuman tanpa makanan2 yg lain.. mgkin hanya itulah yg mampu dibeli dgn wang yang diberikan oleh kedua ibu bapa mereka td.
Aku & hubby saling berpandangan.. Air mata aku dah mula bergenang, sedih & touching melihat reaksi mereka tadi.. Rasa betapa beruntungnya badan kerana diberi rezki serta peluang menikmati makanan seperti itu entah yg ke berapa kali. Kalau diikutkan bulan ni saja kami dah makan McDONALDS sebanyak 4 kali sbb hubby terlalu sukakan Prosperity Burger. Sedangkan bila lihat ada insan2 di luar sana yg x berkemampuan & x pernah pun merasa makanan tersebut walaupun sekali..
Bila difikirkan kembali, kenapalah kami tidak tergerak hati utk memanggil ank2 itu, apa salahnya menyedekahkan sedikit wang agar mereka berpeluang menikmati makanan yg mereka ingini..
Ohh, bodoh sguh rasanya kami dua laki bini, yg hanya kelu memerhati..
Apapun semua itu dijadikan ikhtibar & ingatan buat kami agar tidak berulang kembali..
Renung-renungkan!

10 comments:

yaNa said...

x mampu berkata apa2..
moga Allah swt murahkan rezeki famili itu.. ;(

penDragon said...

kesian...itu bahagian mereka. Allah uji dgn kesusahan...tapi itu membuatkan hamba-Nya lebih mengingati-Nya.

zuliana abd rahman said...

Wanie, yana kalau bab2 macam ni memang cepat tersentuh.Setiap kali ternampak ada kanak2 yg hidup susah yana selalu pesan pd Dania supaya bersyukur dgn apa yg kita ada sbb kat luar sana masih ramai yg tak mampu nak meniikmati makanan yg mereka inginkan.

Takpelah, mungkin wanie tergamam dgn kata2 mereka ketika tu.Insyaallah jika berkesempatan mungkin lain kali wanie boleh membantu.

Rasa bersyukur sgt sbb kita masih diberi rezeki utk menikmati makanan yg sedap dan lazat walaupun tak hidup mewah.

wanie amerie said...

yana:ya btul, insyaAllah sama2 kita doakan agar murahkan rezeki mereka.

wanie amerie said...

pendragon: mmg Allah sentiasa menguji kita, bermcm2 cara kesusahan, kehilangan, kesakitan dll. Kdg2 Allah juga menguji kita memberi kesenangan & kemewahan utk lihat kita adalah tergolong dlm org2 yg bersyukur or tidak..

wanie amerie said...

yana:samalah kita,cepat touching bila tgk hal2 yg melibatkan kekeluargaan ni.
InsyaAllah, berharap agar dpt membantu sekiranya berhadapan kes seumpama ini.

Aku DaN SeSuAtU said...

masih ada org lain yg susah dari kita kan..sedih dgr cite ni.realiti pulak tu hg yg nmpak

wanie amerie said...

ila:mmg sedih sgt, tangkap leleh wei.. kita ni walaupun hidup x sesenang mana, tapi bersyukur dpt makan mcm2, ada org yg maish x penah merasa KFC,MARRYBROWN DLL.

mamaonie said...

Salam wanie..
Baru sempat baca post wanie ni pagi ni.. .
Ala sedihnya... .Insaf rasanya bila ingat kekadang membazir makanan, padahal ada lagi orang yang tak mampu nak merasa macam-macam.. .Touching sungguh laa.. .

wanie amerie said...

mamaonie: btul tu,insaf sgt bila tgk depan mata. Bila kita muhasabah blk diri kita nie,rasa bertuah & bersyukur sgt2..