Assalamualaikum..
Ya Allah, lamanya x update blog..Terlalu byk sebenarnya kisah2 yg terjadi hendak dicoretkan dlm ni, tp disebabkan kekangan masa yg teramat sgt membatas diri utk berbuat demikian..Fokus utama kpd rumahtangga & biz..Insha Allah, ada masa free2 bole la story2..Cerita cuti2 Hong Kong & Dubai/Qatar masih blom dpt update lgi..takpalah, moga aku x lupa semua cerita2 tu & dpt coretkan dlm blog ni sbg kenang-kenangan..
Hrini 2/3/2014 hubby kembali memulakan tugasnya yang hakiki,setelah hampir 4 bulan cuti (2 bln cuti sekolah+2 bln cuti tanpa gaji)..sedih sgt bila setiap hari selalu berdua ke hulu ke hilir, antar Cik Dania ke tadika, uruskan hal biz. tp harini semua aku kena bt sorang seperti sediakala..
Selalunya lps antar Cik Dania ke tadika, kami akn pergi sarapan pekena roti doll la, gulai ikan temenu la..lps tu blk umh, packing order dr customer sama2.. jika aku bizi reply order2 dr customer hubby yg akn amik alih tugas basuh baju/basuh pinggan..sweet sgt nk dikenangkan..berdua kesana sini bak belangkas..
Agak terkejut juga aku, bila hubby amik keputusan utk cuti tanpa gaji 2 bln..ada sesuatu perkara yg berlaku yg menyebabkan hubby berbuat demikian, terlalu frust dgn politik dalaman org atasan dlm bidang pendidikan..
Bimbang sbnarnya aku, selama 2 bulan hubby x ada pendapatan, yg bole dikatakan sbg gaji utama yg menyara kami selama ni. Tapi Alhamdulillah, selama hubby tidak bergaji, dgn duit berbiz on9 inilah yg menyara kami semua, malahan ada lebihan utk kami pergi bercuti2.. Indahnya percaturan Mu Ya allah..
Diuji dgn sedikit ujian, dlm kesempitan itu terdapat jugak kelapangan..
Manusia mmg x pernah adil dlm menghakimi sesuatu perkara, siapa yg berada di atas, maka merekalah yg berkuasa menentukan semua, walaupun kita berada di pihak yg benar..Biarlah mereka puas hati dgn tindakan yg mereka buat harini..tapi Allah sentiasa mendengar doa hamba2nya, terutama yg teraniaya spt kita..
Buat hubby, bersabarlah, omey sentiasa bersama abg diwaktu susah & senang..
Percayalah, apabila kita redha dgn sesuatu yg mengecewakan & menyakitkan hati kita, maka percayalah Allah akan gantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yg x dijangka..
Alhamdulillah, rezeki aku dlm biz on9 ni, ternyata mencurah2..Skrg
sdg berusaha mencukupkan target sales yg HQ tetapkan, moga dpt tiket
percutian free ke Korea, destinasi idaman aku tu..
Aku fokus apa yg aku nak, berusaha sehabis mgkin, Insha Allah moga impian aku tu tercapai..
Showing posts with label Dugaan. Show all posts
Showing posts with label Dugaan. Show all posts
Mar 2, 2014
Mar 14, 2013
KRONOLOGI - PEMBEDAHAN TONSIL & TURBINOPLASTY- PART 2
Salam..bertemu kembali..
Ok, jom sambung story hubby operation tempoh hari..
Setelah hmpir 5 jam lebih aku menunggu dgn penuh kesabaran, hubby pun di sorong keluar dr dewan bedah...
Bila dgr pintu dewan dibuka, aku pun terjengok2, panjangkan leher bak burung bangau tgk siapakah gerangannya.. Kali itu, sah! terpanjang wajah kesayangan hamba, mata kami saling tepat memandang..Aku tahu masa tu hubby pun tercari2 aku..'Omey ada kat sini bang, tetap setia tunggu abang keluar, x berganjak pun'.. Bingkas aku cepat2 bangun mengiringi hubby yg disorong ke dlm ward.. Alhamdulillah, pujaan hati aku dah selamat.. x terkata betapa rasa bersyukur pada Yang Maha Esa!
Masa ni hubby masih dlm keadaan sedar x sedar lagi..
Nurse suruh aku tukarkan baju hubby yg dipakai masa operate sbb penuh dgn darah. Perlahan2 aku tukarkan baju baru, masa tu hubby x bole bergerak & masih dlm keadaan sakit, jadi aku menggunakan seluruh kudrat utk tolak badan hubby supaya mengiring agar senang proses nk tukar baju tu..
Buat sementara waktu hubby x bole bernafas melalui hidung sbb hidung hubby disumbat dgn kapas utk menahan darah yg mengalir. Jadi hubby perlu bernafas melalui mulut. ptg tu ramai jgk sedara mara & kwn2 dtg melawat..tapi hubby masih dlm keadaan lemah..terima kasih semua.
Hubby minta air nk minum, dahaga katanya..ye lah, dr semlm hubby kena puasa utk operation hari tu.
Aku beri air masak melalui straw minuman, perlahan aku titiskan atas bibir hubby.. Berlinang tgk airmata hubby menahan sakit utk menelan walaupun setitis air. Aku yg tgk ni pun, turut berlinang airmata jgk bila tgk keadaan hubby masa tu.. kesian hubby.. utk 3-4 jam lps operate hubby x dibenarkan makan, minum je bole..tp x minum sgt pun,sbb tekak masih perit..Doktor nasihat supaya mkn benda2 sejuk seperti aiskrim..Elok sgtlah tu, sbb hubby mmg hantu aiskrim..
Hubby berbuka puasa dgn aiskrim mlm tu..hehe
Malamnya, bila ubat bius beransur habis hubby mulai rasa sakit tekak & paling sakitnya dlm hidung.. Seminit pun kami x dpt lelapkan mata, aku pun panic tgk keadaan hubby, aku cuba tenangkan hubby gosok2 & urut2kan hubby.. Nurse dtg bg ubt tahan sakit,aku tumbuk2kan ubt tu & larutkan dlm air bg hubby minum..
Selepas sejam amik ubat tahan sakit, sedikit pun x memberikan kesan pada hubby. Hubby mula mengadu makin sakit & rasa sesak nafas..alahai..Nurse aku panggil sekali lagi, kali ni doktor yg dtg untuk cucuk ubt tahan sakit..Kata doktor ubat tu kuat, jarang diberi pada pesakit2 cuma jika ubat tahan sakit biasa x bertindak barulah ubat tu akn diberikan..Aku cakap dgn doktor ' takpelah doktor, bagi jelah ubat tu,
kesian tgk hubby saya menahan sakit'.. Hati sayu sgt, tgk hubby..Ikutkan nk nangis je tgk hubby masa tu, tp cuba bertahan..
Alhamdulillah,
ubat yg kedua tu berkesan..Hubby rasa kurang sket sakitnya..syukur. lega sgt hati.
Jam menunjukkan 6.00pg, hubby pun terlelap.. Aku tgk je hubby tido, x berani nk terlelap sekali sbb takut hubby sesak nafas kembali, lgpun waktu tu dah dkt2 nk masuk subuh.. aku curi masa sekejap waktu hubby tido utk mandi & solat subuh..
Lepas tu aku kejutkan hubby makan ubat & mandi. perlahan2 aku pimpin hubby ke bilik air,
mandikan hubby, jirus air, sabunkan hubby,gosok2 buang daki di bdn
hubby, cuci darah dlm hidung hubby.
sweet sgt detik tu, satu pengalaman indah.
Sepanjang perkahwinan kami, nilah 1st time aku mandikan hubby dlm keadaan sedemikian, sebelom ni pernah jgk hubby sakit, pening, demam, tp hubby masih mampu mandi seniri..utk kali ni, hubby lemah x berdaya nk mandi seniri..*(Yg selalu mandi2 bersama manja2 tu, x yah cerita lah kan..itu selalu je..hehe)*
Aku menjaga hubby sebaik mgkin, mudah2an aku nk jadi isteri yg baik buat hubby, ku jaga dgn penuh rapi & kasih sayang.. Aku nk ada sentiasa di sisi hubby dikala sihat & apatah lagi di kala sakit mcmni.
Lps mandi, siap kan hubby pakaikan baju, letak minyak rambut,deodorant, kasi wangi2 sket.
Aku jagakan hubby seperti bayi.. Bila dah wangi2, tertido plak hubby..hehe
Dah terjaga tido, hubby mintak suruh belikan aiskrim.. Ikutkan x nak je tgl hubby sorang2, takut jadi apa2 kan.Tp hubby cakap ok jer. Laju2 aku turun bawah utk belikan aiskrim utk hubby, tp masa nk turun sempat jgk pesan dgn nurse tgk2kan hubby..
Dlm 10 min camtu, bila naik ke ward tgk nurse2 dok kerumun hubby..Panic lah lagi sekali, tgk hidung hubby keluar byk darah..Rsa bersalah sgt sbb turun tadi..nasiblah hubby ok jer, cuma hidung yg byk keluar darah.
Doktor terus tampal camni utk menahan darah yg mengalir..tu pun setiap 10 min perlu ditukar sbb akan penuh dgn darah kapas tu..alahai sayang..
2 hari lps pembedahan, barulah kapas yg disumbat dlm hidung hubby dibuang..
Awal2 lg doktor dh ckp, nti jgn panic bila tgk darah byk keluar..
Bila ditarik keluar je kapas, terus darah keluar selaju air paip..letak tisu, tukar..letak tisu,tukar..rasanya buat yg sama dlm 20kali adalah, smp darah dah kurang..
Ya Allah, masa tu ketaq tahap atromen semua ada, hubby pun takut terus dia pejam mata..
Bkn takat kami, nurse pun mengelabah jgk tgk. nasib baik aku jenis yg tengok darah x pitam, kalo yg jenis x tahan tgk, rasanya bole pengsan dah.. punyalah gabra waktu tu x smpat nk amik gambar dah, lps ok sket baru amik gambar yg kat ats tu.
Tgk kapas yg disumbat dlm hidung hubby, mak aii punyalah besar & panjang.x sangka bole ja sumbat dlm hidung kita kapas sebesar tu..kapas tu panjang dlm sejengkal, lebar dlm sebesar ibu jari..abis la kembang hidung hubby..
Lps buang kapas tu, hubby rasa selesa sket,tp still x bole bernafas guna hidung lagi sbb masih tersumbat..
2 hari lps pembedahan, barulah kapas yg disumbat dlm hidung hubby dibuang..
Awal2 lg doktor dh ckp, nti jgn panic bila tgk darah byk keluar..
Bila ditarik keluar je kapas, terus darah keluar selaju air paip..letak tisu, tukar..letak tisu,tukar..rasanya buat yg sama dlm 20kali adalah, smp darah dah kurang..
Ya Allah, masa tu ketaq tahap atromen semua ada, hubby pun takut terus dia pejam mata..
Bkn takat kami, nurse pun mengelabah jgk tgk. nasib baik aku jenis yg tengok darah x pitam, kalo yg jenis x tahan tgk, rasanya bole pengsan dah.. punyalah gabra waktu tu x smpat nk amik gambar dah, lps ok sket baru amik gambar yg kat ats tu.
Tgk kapas yg disumbat dlm hidung hubby, mak aii punyalah besar & panjang.x sangka bole ja sumbat dlm hidung kita kapas sebesar tu..kapas tu panjang dlm sejengkal, lebar dlm sebesar ibu jari..abis la kembang hidung hubby..
Lps buang kapas tu, hubby rasa selesa sket,tp still x bole bernafas guna hidung lagi sbb masih tersumbat..
Hari ke-5 berkampung di hospital, hubby masih x bole keluar ward..huhu
Boringnya, x tau nk ckp..tp x pe, aku sentiasa menemani hubby habuan teman nk menyembang.
hubby dah makin sihat, dah bole mkn bubur & aiskrim. tp hidung still keluar darah, sbb tu x bole blk lg..
rindu sama cik dania, sian dia..
Hari ke-6..x yah tampal hidung lagi.darah keluar sket2 je..
Doktor ckp, dah bole discharge hari tu..yeay..
Buat mama & abah (FIL, MIL) yg susah payah blk dari kl, semata2 nk tgk hubby buat pembedahan, terima kasih byk2, utk mak & ayah yg sudi tlg jagakan cik dania sepanjang aku menjaga hubby di hospital & buat adik aku yg menjadi pekerja sementara utk settlekan urusan membungkus order2 dr customer aku..
Terima kasih semua, Allah Taala shj yg mampu membalasnya..
Sepanjang 6 hari berada di hospital, layanan yg diberikan oleh doktor & nurse2 sgt aku berpuas hati.
Terima kasih buat semua doktor2,nurse2 & staff ward 7B Hospital Sultanah Bahiyah.
Syukur sgt, sepanjang menjaga hubby di hospital, biz berjalan seperti biasa, segala urusan pos & bgkus brg diuruskan oleh adik aku. Yg nak COD brg, mereka sanggup dtg di hospital, utk amik brg yg dorang order.
Bestkan, dpt jaga suami sakit, x yah pening2 kepala nk apply cuti utk jaga suami, income msuk seperti biasa..malahan, mgkin yg dikatakan rezeki menjaga suami sakit, di hari suami buat operation, bertalu2 org buat order sehinggakan sales hari tu pecah rekod.. Berapa yg pecah rekod tu, biarlah rahsia..
Kdg2 rezeki Allah nak bagi, siapa yg tahu kan..
murah rezeki skrg.. Alhamdulillah..
Aku yg sentiasa tersenyum :)
Pengalaman
menjaga hubby sakit di hospital adalah satu kenangan yg sgt indah,
walaupun x ckp rehat & tido. tido pun dlm keadaan yg sgt2 tidak
selesa.bila hubby x bole mkn, secara automatiknya aku pun x berselera nk
makan..sbb kesian & sedih semua ada. Itulah hakikatnya menjaga org sakit..
Akulah yg menjaga hubby siang & mlm, teman berbual hubby, teman ketawa, teman menangis,
menjaga segala-galalah..
Jom nyanyi sket..
*ketawa bersama, menangis pun bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama*
heheh..sapa tau lagu apa?
Hubby turun 3 kg lps keluar ward & juga aku turun 2kg.. haaa, ko x yah nk berdiet2 bagaikan..
bila susah hati, sure x berselera nk mkn, berat pun senang je turun..
Babai hospital..
Labels:
Dugaan,
hati menangis sapa tahu,
Rezeki,
Tonsil,
turbinoplasty,
ujian Allah
Feb 2, 2013
DOAKU UNTUKMU SAYANG!
Ketika Allah rindu pada hambaNya,
Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN
Seorang muslim yang ditimpa penderitaan,
kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan & kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun,
semua itu merupakan kafarat (penebus) dosa-dosanya
-(H.R. BUKHORI & MUSLIM)-

Di awal tahun 2013 kami terus diuji, hubby disahkan mengidap tonsil,
tahap yg agak kritikal.
Doktor mengesahkan hubby terpaksa menjalani pembedahan utk membuang tonsil yg membengkak tu..
Terungkailah segala persoalan kami,
kenapa & mengapa hubby sejak 2 menjak ni selalu x sihat..
demamnya entah berapa kali setiap bulan,
selalu mengalami keletihan yg sungguh luar biasa..
Hari isnin 4/2 akan datang, adalah hari hubby utk melalui pembedahan..
Semestinya sang isteri ni pun turut berdebar2 walaupun bukan tuan empunya
badan yg akan mengalami pembedahan itu.
Dah namapun suami isteri,
bila si suami sakit, isteri pun turut jgklah merasai kesakitan..
Terbaru, anak emas kami turut disahkan mengidap tonsil..
Sama macam papanya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Buat masa ni Cik Dania masih dlm rawatan,
belom sahkan samaada perlu melalui pembedahan @ tidak..
Kesian sbb tulah anak mama selalu x sihat skrg, badan pun dah kurus kering..
Anak kalau kurus x sakit x pe, tp bila dpt tau sakit..
Ermmm..hati seorang ibu, tau2 jala..
Mana2 ibu pun akan merasai perasaan yg serupa yg aku alami skrg..
kedua2 buah hatiku sedang sakit..
Ya Tuhanku,
tlg berilah aku seribu ketabahan mengharungi dugaan kecil ini..
Aku perlu kuat demi kedua2 insan kesayangan ku,
kurniakanlah kesihatan yg baik buatku,
kerna mereka perlukan aku..aku perlu kuat demi mereka,
akulah kekuatan mereka, akulah yg akan menjaga mereka nanti..
Hati usah ditanya dikala ini..
Resah gelisah,takut,sedih, semuanya berbaur sekali..
Walaupun dibibir sentiasa terukir senyuman.
Tapi sungguh terasa kelat di hati..
Hatiku gundah sekali..
Doa kalian kuharapkan..
doakan untuk suami & anakku..
Semoga mereka kembali tersenyum..
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari,
lalu DIA datangkan guruh dan kilat...
Puas kita menangis,
menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari...

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..
Lagu ini kutujukan buat kedua2 buah hatiku..
(Abang & Cik Dania)
Lagu ini kutujukan buat kedua2 buah hatiku..
(Abang & Cik Dania)
Labels:
aku hnya wanita biasa,
Doa,
Dugaan,
renungan bersama,
sedih
Subscribe to:
Posts (Atom)