Showing posts with label Miscarriage. Show all posts
Showing posts with label Miscarriage. Show all posts

Oct 13, 2011

Kalau x sakit, bukan kehidupan namanya..



'adik' yang mama sayangi dan nanti-nantikan, Allah izinkan kita jumpa begitu awal. Tempoh masa sayang dalam perut mama hanya 13 minggu sahaja.

Sayang, begitu kecil sekali sewaktu kamu keluar. Hanya sebesar buah anggur yang kecil. Subhanallah..

Allah baik, Allah bagi mama dan papa tarbiyah. Allah nak mama dan papa belajar lebih lagi. Dengan keluarnya kamu dari perut mama berjaya menginsafkan mama dan papa. Hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Walaupun hati mama bagai digigit, riak wajah papa tak seceria suria, namun kami dapat rasai yang Allah sayang kami. Terima kasih sayang.. Bagi mama dan papa sedar hanya Allah sahaja tempat yang patut kami bergantung.

Semoga Allah izinkan mama dan papa dapat jumpa adik-adik kamu insha Allah. Papa ada cakap, papa hajat nak jumpa kamu di syurga. Tapi sebelum ke sana, kami di sini mesti berusaha bersungguh-sungguh menjadi hamba yang dicintai Allah.

~ Sayang mama, terima kasih 'sayang'~

~Musibah yang turun kepada manusia itu bagaikan ubat yang sangat pahit yang mujarab.

~Menurut sebuah hadith :
*Musibah akan menghapuskan dosa seseorang hamba Allah swt dan akan menaikkan darjatnya disisi Allah swt.

Suka sgt dgn kata2 di bawah ni:
~Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"~

**Terima kasih Allah~ semoga dosa-dosa kami Kau ampunkan.

Oct 12, 2011

Mimpikan 'Adik'

Semalam hubby amik cuti sbb kami perlu ke Penang menguruskan hal umh di sana. Bertolak jam 9 pg, singgah mkn dkt Restoran Haji Ramli.. Lepas tu terus bertolak smpi dlm kul 12 tghri, terus ke Komtar utk bayar bil Pembetungan Indah Water. Jalan2 kejap situ, then terus balik umh. Bila smpi je umh terus rasa sayu sebab sebelum ni every weekend time bulan puasa aritu dtg sini bawak (peknenkan) 'adik', tp skrg x lagi. Pastu hubby & Dania turun mandi pool kt bwh aprtment tu, aku cuma tgkkan dorang je, x join sekali pun , lgpun bdn rasa x sedap mcm nk dmm. Dlm kul 6 ptg, penyewa baru pun sampai.. Siap berbincang & settle segala agreement2. Alhamdulillah, 'adik' umh kita dah ade penyewa baru skrg ni, dorang akan masuk hari Jumaat ni.
Bila lepak kat balkoni, tgk view laut waktu malam, rasa tenang sgt hati. 'Adik', mama, papa & kak Dania rindu sgt2 kt 'adik', cpt sgt 'adik' hadir & pergi. Dulu 'adik' jgk turut sekali, kita dtg bermalam sini, mandi pool sama2, lepak2 Pantai Seagate smbil makan burger McDonald, makan nasi minyak Kassim Mustoffa, beli jeruk, 'adik' igt lagi x? . Kalau 'adik' nk tahu skrg kak Dania dh terbiasa membahasakan diri dgn panggilan 'kakak', biarlah.. InsyaAllah, jika ada rezeki suatu hari mama peknen lagi, kak dania tetap akan jadik 'kakak' jgk..
'Adik' masa on da way blk, mama tertido masa papa drive keta. Masa tertido tu mama mimpikan 'adik'.. mama mimpi mama ada di dlm ward hospital mcm baru lepas bersalinkan 'adik'. Ada nurse dtg bwkkan 'adik' dkt mama. Masa tu papa & kak dania pun ada skali. 'Adik' rupanya perempuan, sama dgn kak dania, muka 'adik' ada iras2 kak dania, mata bulat, kulit putih melepak, hidung 'adik' mancung sket dari hidung kak dania, comel sgt 'adik'. Papa cakap muka 'adik' ada iras2 muka mama.. Mama bersyukur sbb mama dapat cium & peluk 'adik' erat2.. Tapi sekejap je, lepas tu nurse tu dtg amik blk 'adik'. Mama tnya nurse tu nk bawak 'adik' pergi mana, biarlah dgn mama. Nurse tu tiba2 menangis & cakap dia terpaksa bwk 'adik' ke satu tempat. Mama pun terus nangis sambil pegang nurse tu, tolong jgn bawak 'adik' pergi, 'adik' anak mama.. Nurse tu terus amik jgk 'adik'. Mama jerit suruh papa amik balik 'adik' tapi papa mcm x dgr pun jeritan mama masa tu, pastu papa hanya tgk je nurse tu bawak 'adik' keluar tanpa berbuat apa2..
Lepas tu mama terjaga dr tido, rupanya mama hanya bermimpi saja. Terus cerita dkt papa di sebelah sambil teresak2 menangis, mimpi jumpa 'adik', 'adik' adalah perempuan. Entah la betul tidak mimpi tu @ hanya mainan tido shj sbb mama mmg terlalu rindukan 'adik'.. Apapun kalau itu mmg betul adalah 'adik', mama bersyukur sbb dpt mencium & memeluk 'adik' walau hanya dalam mimpi... Cukuplah sekadar utk mengubati kerinduan mama terhadap 'adik' yg telah diambil Tuhan..

Oct 7, 2011

Kisah Aku & Berpantang

Skrg dah msuk mggu ke-2 aku berpantang,walaupun keguguran aku nekad nk berpantang,cuma x btoi2 mcm berpantang bersalin. Umur pn makin meningkat,maka haruslah menjaga kesihatan dari skrg ya.. Semggu yg pertama aku mmg berpantang mcm org bersalin,mandi akar kayu,berurut 3 hri berturut2,pakai stokin,ambik jamu,makan pun haruslah seperti makanan org dlm pantang,nasi putih panas2 bersama ikan talang kering & lada itam yg ditumbuk digaul bersama..nyum..nyumm..Sekali sekala makan mcm tu terasa kesedapan x terhingga..Smggu yg pertama tu aku berpantang di rumah mak aku & dijaga rapi oleh mak aku..
Masuk mggu yg ke-2 aku balik berpantang kat umh sendiri,rindu plak kat umh sendiri bila dah lama x blk.Bezanya aku tidaklah berpantang mcm mggu yg pertama tu,aku hnya berpantang dr makan makanan yg sejuk, tajam, minuman berais, berangin, yg lain aku makan mcm biasa..Lain2 keja umh aku dh bt cuma keja2 yg berat aku x bt. Aku dah drive keta cam besa,dah p jlan2 lagi..hehe
Ahad lepas pergi check up D&C yg dibt aritu, Alhamdulillah semuanya dah completed clear,lega rasanya..risau jgk takutkan ada saki baki lg ke,x pasai2 kena bt D&C sekali lagik..
Ptg semalam tgk rumput depan umh dah memanjang,sakit mata ya amat tgk rumput smp nk tenggelam rumah dah.x tahan punya pasai aku pun memulakan acara memotong rumput bersama Cik Dania dgn bersemangat waja..Sedang rancak memotong rumput tetiba ada sorang mak cik yg dok sebelah umh my MIL lalu depan umh & singgah menyembang pong pang pong pang....

Makcik:Amboi rhajinnya dok kegrat rumput..
Aku:heee..tgk dah pjg sgt,smpi nk tenggelam rumah..
Makcik:Haa..dgaq kata dok alah plak lani..btoi ka?..mak yam (MIL) la yg habaq retu..
Aku:Retu la dok alahnya..lani dak dah..
Makcik:Org ngndung semua camtu, mula2 mmg alah pas dah naik 3 bulan dah x alah la..
Aku:dak,sebenarnya wanie baru ja gugur 2 mgu lepaih, tu yg x alah dah tu..
Makcik:ishh..btoi ka?..loorr,awat jdik lagu tu..wanie bt pa yg smpi gugur tu,silap mkn ka dok agkt benda berat2..eee sayang noo..dah la jenis payah nk lekat,dah lekat jadik lagu tu plak..
Aku:nk bt camna,dah x dak rezki wanie lagik..x dak aihh silap makannya,wanie tau wanie ni jenis yg payah nk lekat,bila dah tau ja lekat mmg wanie jga sgt2 semuanya..
Makcik:takpa la nk bt camnakan,ble cuba lagik..muda lagi tuu.lepaih ni beranak tiap2 thn..
Aku:hee..
Makcik:Sian kat chek noo..kalo tidak bole main gerek dgn adik ptg2 camni(sambil usap pala Dania)..
Aku:aii org tua ni bila nk blk x tau,mai dok bt cherita sedeh tang ni plak..aku dah x larat nk rheyau dah ni,ayaq mata pun dah kering dah..(kata aku dlm hati)..
Pastu makcik tu pun balik...
Demikianlah kisah di satu petang yg gumbira berakhir dgn syahdunya..bila msuk dlm umh ja teruih aku rheyauu (aikk ada plak ayaq mata,td kata dah kering)heheh..

Oct 2, 2011

...Like A Song...



Bait-bait kata lagu ini sungguh indah sekali.. Umpama rintihan hatiku dikala ini..
Hadirmu seketika cuma, tapi kehilanganmu cukup terasa.. Mama sentiasa merinduimu sayang...

Sep 28, 2011

PASRAH SEADANYA...

Entah bagaimana hendak aku luahkan kisah hatiku yg telah menduga aku, tatkala menulis entry ini hati aku masih lagi dirundung pilu. Terasa bagaikan baru semalam hati aku berbunga-bunga menyanyi kegirangan apabila menerima satu kurniaan Dari MU, tetapi hari ini hati aku bagaikan direntap-rentap, menangis kesedihan kehilangan di atas kurniaan yg telah Engkau pinjamkan sementara waktu buat aku.. Sungguh hebat dugaan MU YA ALLAH..
Aku percaya setiap dugaan yang Allah turunkan utk hambaNya adalah mahu menguji tahap kesabaran hambaNya. Ya benar... skrg Allah sedang menguji ketabahan hatiku.
Aku redha Ya Allah.. jika ini adalah yang terbaik buat aku serta keluargaku. Aku pasti ada seribu hikmah menanti disebalik dugaan ini.. Walaupun hati aku teramat amatlah sedih, sakitnya x mampu aku ungkapkan, bukan kerna sakit menjalani rawatan D&C tapi sakitnya di dalam hati menanggung kesedihan bagai ditusuk-tusuk panah duri..SUBHANALLAH..
Ironinya, siapalah aku? Aku hanya seorang hamba Mu yg lemah.. aku hanya seorang ibu yg bisa menangisi pabila kehilangan anak walaupun anak itu masih di dalam kandungan..
Terkenang kembali tarikh 16/9/2011 ketika check up yang pertama, aku bisa melihat denyutan jantung bayiku..berdenyut-denyut..sungguh bahagia sekali kurasakan saat itu..
Tapi di tarikh 20/9/2011 ketika doktor mengesahkan bayiku sudah tidak bernyawa lagi, terasa menggeletar seluruh tubuh, mulutku kelu seribu bahasa..kepalaku terus diawang-awangan, ku cuba tahan agar tidak pecah empangan air mataku.. ketika itu hanya hubby aku saja yg terus berbicara dengan doktor, manakala aku hanya mengiakan apa yang diperkata, segala keputusan ku serahkan segalanya pada hubby aku kerana pikiran ku tidak semena-mena buntu, walaupun aku berjaya menahan sebak didada di depan doktor tetapi akhirnya tumpah juga sebaik saja keluar dari bilik doktor..maka berderailah airmataku tanpa hentinya..Malamnya ku lewati dengan kesedihan di hati sambil x putus2 berdoa kepada Allah berilah aku kekuatan hati..
Bukan kerana tidak percayakan kata-kata doktor, hanya untuk mendapatkan kepastian buat terakhir kali, keesokkannya aku pergi ke sebuah klinik lain pula, masih menaruh harapan manalah tahu akan keajaiban Tuhan.. tapi telah tertulis keputusannya adalah sama seperti sebelumnya.. lalu aku pasrah seadanya, aku redha Ya Allah!.. kembalilah 'sayang', kembalilah kepada Pencipta mu..
Tanggal 24/9/2011 merupakan satu tarikh yg akan terus segar dalam ingatan aku, jam 3 ptg aku pergi ke Pusat Rawatan Mahsuri untuk menjalankan rawatan D&C....
Gembiranya dihati baru-baru ini apabila mendapat tahu Pusat Rawatan Mahsuri di buka kembali & aku berhajat utk melahirkan anakku kali ini di sini jugaklah sama seperti sebelumnya sewaktu melahirkan Dania dahulu. Sayunya kedatangan aku kali ini bukanlah utk melahirkan anak, tapi sebaliknya menjalankan rawatan D&C..
Sebelum aku dibius ketika didalam labor room, aku cium tangan hubby aku memohon kemaafan & segalanya kekhilafan.. Ku lihat berlinangan airmata jernih jatuh dipipi hubby aku, sambil mengangguk-angguk memaafkan aku.. Katanya 'Omey kena tabah & kuat.. Allah sedang menguji kita'..
Jawabku 'Ya, Omey tau..cuba Abg tengok, Omey dah x nangis lagi.. Omey dah redha dengan ketentuan Allah, Alhamdulillah Omey dah makin kuat & tabah..tapi kenapa abg pulak yang nangis'?..
'Abg kesiankan tengok keadaan Omey sekarang'..seraya hubby ku membalas.
'Abg jgn risau, Omey baik-baik saja cuma abg doakan Omey selamat ya!'..sekali lagi aku menjawab lantas memeluk seerat-eratnya hubbyku itu..
Selepas itu aku dibius, proses rawatan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 jam tanpa aku sedarkan diri..
Selesai semuanya prosedur, aku kembali sedar seperti sediakala, aku dapati hubby berada disisi sambil tersenyum, dah selesai pun.. Perlahan-lahan aku meraba perut aku, aku dapati perutku kembali kempis seperti tidak mengandung lagi.. Perasaan hiba & sayu menerjah kembali ruang hatiku, airmata ku gugur lagi.. Maafkan Mama 'sayang', bukan sengaja mama buat begini, tapi 'sayang' yang pergi tinggalkan mama terlebih dahulu.. Sungguh 'sayang' terlalu kasihkan mama, sehinggakan 'sayang' gugur pun mama tidak merasai apa-apa kesakitan yg bisa dirasai oleh sesetengah ibu lain yg mengalami keguguran seperti mama..
'Sayang' walaupun 'sayang' tidak dilahirkan di sisi mama, tapi percayalah 'sayang' terpahat abadi di hati mama buat selamanya.... Bersabarlah wahai hati, pasti ada hikmah menanti...

Sep 22, 2011

Ternyata Allah Lebih Menyayangimu 'SAYANG'

SYAFAAT BABY YANG GUGUR
Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya bayi yang gugur dalam kandungan benar-benar akan menarik ibunya dengan tali pusarnya
ke syurga bila ibunya rela dengan itu (ibunya bersabar dengan kehilangan anaknya).”
Ibnu Majah, Kitab Janaiz, 1632

BG YG MENINGGAL MASA KECIL (belum baligh),
Aisyah berkata, “Rasulullah diundang untuk melayat jenazah seorang anak kecil dari kalangan Anshar. Aku (Aisyah) berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah beruntungnya anak ini. Ia salah satu burung diantara burung-burung di surga. Ia tidak pernah berbuat keburukan dan belum pernah menemuinya.’ Rasulullah bersabda, ‘Apakah engkau tahu yang selain itu, wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah menciptakan penghuni syurga yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula. Dan Dia menciptakan penghuni neraka yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula.”[29]

Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah bersabda, “Anak-anak kaum muslimin itu berada di sebuah gunung di syurga. Mereka diasuh oleh Ibrahim dan Sarah sampai mereka dikembalikan kepada ayah-ayah mereka pada hari kiamat.”
Shahih Al Jami’, 1023

SYAFAAT ANAK BAGI KEDUA ORANG TUA YANG SABAR ATAS KEMATIAN ANAKNYA
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat kurnia dan rahmat-Nya.” Abu Hurairah melanjutkan, “Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam syurga!’ Anak-anak itu menjawab, ‘Kami menunggu kedua orang tua kami’. Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam syurga’.”
Bukhari, Kitab Janaiz, 1171