Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Mar 18, 2013

7th anniversary celebration- THE REGENCY HOTEL

Salam..

Alhamdulillah, tanggal 10 MAC 2013 lps, cukuplah sudah 7 thn usia perkahwinan kami. 
Sekejap saja rasa, kelip pok kelip pok, dah 7 tahun pun..Tahun ni jgk sangaaaaat special kerana 7 adalah nombor feberet kami. Aku semestinya suka nombor tu sbb aku lahir bln 7 & dapat cik abg pun sukakan nombor 7 jgk. mmg kamceng lah kami.. Bagi kami nombor 7 tu sgt unik.

Setuju dgn kata2 di bawah:

' HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH, LANGIT X  SELALU CERAH, 
SURAM MALAM X BERBINTANG, ITULAH LUKISAN ALAM'..

Lumrah kehidupan, ada susah & senang, waktu ketawa, waktu berendam airmata, pahit manis, tp itulah sebenarnya cinta. Gaduh2, merajuk2 tu biasa lah kan.. nak kata x pernah gaduh2, nmpk sgtlah tipu..

Dulu mula2 kawen, asal cik abg blk lmbt sket mula 'majuk ahh'...
Cik abg biasalah selalu bizi kan, jnji nk blk pkl 6ptg, tp pkl 7ptg x nmpk batang idung lagi. 
Ikutkan nk majuk, jenuh lah hari2 asyik majuk selalu aku dulu.. Sebulan lps kawen, cik abg outstation 10 hr, rsa cam nk meroyan jer aku masa tu. besalah org baru kawen kan kan, mana leh pisah lama2..heheh...
Dah lama kawen, mula faham sket akn kebizian cik abg tu..Skrg mmg dah faham bebenor la..
Alah bisa, tegal biasa.. 

 Mlm tu dinner di THE REGENCY HOTEL, sempena meraikan hari istimewa kami..
Order jgn x order..


 x ramai sgt org mlm tu, adalah 2-3 couple.. suasana sgt tenang..
Sesuailah sgt nk menikmati mkn mlm romantik kami.
 Vanilla & Strawberry shake..
 Mixed fruit yg kaler merah tu.
 Paha kambing grill..yg ni biasa2 ja..
 
Eye Ribs Steak....sgt2 sedap
Menu idaman aku sepnjg zaman 'nasi lemak'. makan lah kat manapun, hotel berapa bintang pun..
kalo ada menu nasi lemak, wajib aku akn order..tp nasi lemak di situ, tersgt sedap..puas hati, walaupun harga agak mahal..
Calamari Rings
Lawak ja tgk vanilla shake ni, sama mcm bju aku tu..hehe

Kekonon nk feeling2 romantik lah, tp Cik Dania asyik wat bising ja...
Spoil sguh kamu ni cik dania.. 
Abg sayang bagi bunge..siap pakat dgn cik dania lg buat surprise utk aku..
apalagi meleret2 lah senyuman aku..
TQ sayunk!..lebiu much2..
 Cik Dania dah start nk conquer bunga tu..majuk2 dgn papa, sbb x bg bunga utk dia sama..
apesal mata cik dania mcm tu..gerun tgk..haha

Asal aku nk posing je, mesti Cik Dania mencelah..ermmm..
 Hasil snap dr cik dania..ermm, oklah walaupun x balance..
 Yang ni, balance semua ok, taaapii blurrrr la plak.huhu..
Sekali yg ni, kepala papa nmpk sekerat ja..haha..
oklah tu cik dania syang! 
at least adalah gambar kenang-kenangan walaupun kepala papa nmpk sekerat..
Gambar bertiga.suruh pak guard tlg snap..tapi cik dania terpejam la plak..
ermm..kira oraitlah tu..
Syukur, dah masuk 7 thn kawen, hubby tetap romantik sama mcm bercinta2 dulu.
selalu wat buat surprise, tu yg aku sgt sukaa tu..
  Terima kasih Ya Allah, di atas kurniaan kebahagian yg x terhingga ini.
Moga ikatan kami suami isteri kekal ke Jannah..Amin.

In Sha Allah, next vacation akan menyusul, honeymoon sempena 7th wedding anniversary..
 X sabar rasanya..yeayy!

Apr 2, 2012

Cerita Ceriti Anniversary Part 2

Di pagi hari anniversary kami, aku ada dapat sejambak bunga ros yg segar bugar..TQ hubby!
6 kuntum ros melambangkan 6 tahun usia perkahwinan kami..
Alhamdulillah..


Sedang kami feeling2 romantik di pagi hari, tetiba kami dgr dania kata "papa x agi buna (bagi bunga) kat narnia pun'.. :(
terus merajuk budak sorang tu..
hehe.. si kecik jeles lorr..

Sebelah malamnya, hubby ajak dinner..tapi cik abg aku ni selalu la bt surprise,
sekali hubby ajak dinner kat hotel..ermm hentam je lah..

Sebelum makanan yg di order smpi, haruslah berposing dulu yea..
Aku belasah pakai baju dok umh ja, sbb hubby x bagitau dr awal2 nk dinner kat hotel..
dia cuma ckp nk keluar makan ja.. aku igt makan kat gerai je la cam selalu..

Salmon grill (hubby punya)- mmg sedap nak mampos!
Fish & chips (dania punya)-ok,sedap jgk!
Nasi Goreng apa ntah (tuan blog yg montel itu punyalah)- bole tahan juga kesedapannya..

Minuman2 tu aku x tau nma apa ekk..sebab dah lupa..maklumlah mak cik dah tua..hehe
Yg nie asyik bergmbar mesti angkat satu jari.. konon2 cam piece ler tu..

Pak cik yang baik hati.. kui kui
Sumpah tengok gmbr ni terus aku insaf nak diet..sebab? 
aku semcm doremon sudaa, bulat seperti cekodok..
Paha kemain besaq lagik.
Ikutkan mmg malas nak bergmbr skrg ni sbb sudah gemok!..
tapikan bila fikir2 blk, biarlah bt kenangan kot2 pasni kurus bole tgk2 blk gambar masa gedempol ni..haha
jgn gedempol terus sudaa..huhu
Tuan blog terkesima sekejap..
Sbbnya, sgt la ter'touching' pabila mendengar ucapan sempena anniversary dari encik hubby tersayang..
Tapikan encik hubby buat surprise lg satu, tetiba ja hulurkan buku ASB aku..
Mulanya, apa kehei dia ni amik buku aku ni..
Then, hubby suruh buka..
Bila tgk je baki buku ASB aku..
Kelip pok kelip pok mata smpi x terkata..
cpt pulak baki aku beranak..
Baru je bulan lepas gie update ada la 5 juta..
Sekarang dah beranak jdi 4 ploh juta..hehe
Terus menangis la mak cik montel ni..
Errmmm, part ni yg terus aku tangkap leleh..ekeke


Tuan blog gigih membawa bunga yg dia dpt pagi td utk bergambar kat luar hotel..
keciwi la konon!
Haruslah keciwi.. sbb bukan senang laki aku nk bagi bunga ooii..
Sibuk ja mak cik sebelah tu dok cium bunga haku..


Abis sudaa sambutan anniversary utk tahun nie.. smpi part 2 je..
konon bt ber 'part', mcm la ada byk part sgt kan..
Hehehe...

Cerita Ceriti Anniversary Part 1..

Horayy, akhirnya berjaya jugak aku upload gambar menggunakan picasa web..
ntah la dok godek2 & try itu ini last2 boleh la jgk..


Muka fotostet.

Walaupon entry ni dah basi, jln2 masa anniversary aritu,
tapi aku nk jgk letak dlm blog ni sebagai kenang-kenangan di hari tua..
Sehari sebelom anniversary,
kami bertolak ke Penang konon2 nak celebrate anniversary la..heheh..

Setiap kali ke Penang, cam biasalah ronda2 sekitar..
jalan2 window shopping kat shopping compleks & haruslah pegi lepak di tepian pantai.
Plan mulanya nak ke Bukit Bendera..
tapi disebabkan keretapi utk naik ke atas bukit bendera masih dlm penyelenggaraan,
jadi niat ke sana dibatalkan.. 

Dania yg makin slim melim..
Kami yang makin berisi..heheh
Pandai jgk Dania amik gmbaq mak pak dia ni..

Mar 6, 2012

~ Citra Cahaya Cinta ~

~ maaf, entry terpaksa di publishkan lebih awal, sebelum tarikh sebenar anniversary iaitu 10 MAC 2012.
Ini disebabkan pada tarikh tersebut, tuan punya blog sibuk berbulan madu..
 auuwwww..~

Dia telah menentukannya,  kita bertemu dan bercinta... 
Inilah takdirnya bukan kerana harta, inilah citra cahaya cinta...

Pintu hatiku telah kau buka, tak mampu ku menafikannya..
     Kejujuran diberi kasih x kan terhenti, Ini bahagia yang ku cari....

Sayangi daku.. peluklah daku..
Janji dengan ku, semai cinta nan satu...

Tuhan menguji, takkan berhenti... 
Hanya ku pinta, sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga.....

Alhamdulillah, 
syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi hari ini genap usia perkahwinan kami yg ke- 6 thn.
Jika ditambahkan dgn 6 thn usia perkenalan kami dahulu sblum berkahwin , 
jdinya selama 12 thnlah kami mengenali hati budi msg2..
Walaupun usia kami berbeza 9 thn.. 
tetapi semua itu bukanlah penghalang utk kami terus mencipta memori bahagia. 
Kami serasi & bahagia bergelar suami isteri..
 Di anniversary ini sengaja aku peruntukan secebis masa nan terluang..
Untuk mengimbasi  kembali  kenangan2 di masa nan silam... 
Ditempuhi bersama setiap cabaran & dugaan yang datang.. 
Pengalaman pahit & manis x kan senang2 aku lupakan.. 

 12 thn dahulu, 
perkenalan kami bermula sbg seorang cikgu & aku sbg ank murid kepada cikgu itu ..
Lawak benar jika mahu kenang kembali saat2 itu, 
mana tak nya aku masih bdk2 hingusan 
tapi hubby ku adalah seorang cikgu muda yg baru saja posting, segak, tampan bergaya 
& sudah tentunya menjadi kegilaan kebanyakan bdk2 perempuan sekolah aku yg lain juga..
Tapi tiada siapa menduga, akhirnya cikgu itu sah menjadi milik ku kini..
Walaupun aku tahu ramai yg cemburu kenapa mesti cikgu memilih aku?.. 
kenapa tidak mereka & mereka yg lain..
Jawapannya hanyalah satu, 
kerna telah tersurat & ditakdirkan cikgu itu adalah jodoh dgn ku..
 
Dari bawah setangga ke setangga kami mendaki, 
menyelusuri percintaan bersama hari2 nan penuh bererti .. 
Kdg jatuh terluka & bangkit melangkah kembali..
Smbil menginjak usia remaja ku bersama cikgu & meredah onak yg berliku2..
Setiap hari makin menebal rasa cinta di antara cikgu & aku.... 

Selepas selesai SPM, 
kami jarang berjumpa kerana ibu aku seorang yg tegas 
& selalunya x beri muka utk benarkan aku keluar sesuka hati, 
apatah lg jika mahu keluar berdating.. 
Hanya melalui telefon sajalah kami berhubung melepaskan segala kerinduan yg terbuku.. 
Setiap hari hampir 4-5 kali cikgu akan menghubungi aku..
Sedar x sedar asyik bergayut, smpi bil telefon cikgu mencecah ribu2.. adoiii..
Kalau ada jumpa pun, dlm sebulan hnya sekali keluar curi2, 
alasan aku adalah mahu menghantar kakak aku yg mahu balik ke kampusnya..
Bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air.. 
Selepas menghantar kakak ku naik bas, selepas itulah aku ambik peluang berjumpa dgn cikgu sekejap menatap wajah utk melepas rindu buat sang pujaan hati.. 

Selepas keluar keputusan UPU, 
kami terpaksa berpisah kerana aku ditawar melanjutkan pelajaran di Uitm Perak..
 Mggu pertama orientasi aku lalui dgn penuh perasaan rindu terhadap cikgu.. 
semua pelajar tidak dibenar berhubung dgn sesiapa pun, kami di kuarantin selama semggu....
Masa tu hanya gambar saja menjadi penawar rindu.. 
di usung ke sana ke mari sentiasa ada terselit di celah2 buku,
 utk tatapan daku di kala rindu..
Begitulah penangan cinta cikgu, x mampu mengugat jiwa aku 
walaupun ramai jejaka2 di kampus yg  mencuba2 menawan hati aku.. 
cinta ku tetap utuh nan satu hanya pada cikgu.. 
ternyata cikgu telah mencuri hatiku..
X tahan dek kerna jarak kami agak jauh & susah utk kami berjumpa, 
aku ambil keputusan utk menukar kampus ke Uitm cawangan Kedah....
Ermmm... akhirnya lega sgt masa tu, sbb dpt bertemu dgn buah hati selalu .. 
Dugaan demi dugaan kami lalui bersama meredah onak duri percintaan, 
sehinggalah satu hari aku terpaksa memutuskan hubungan kami utk sementara waktu. 
Kerna aku x tahan mendengar fitnah2 yg dilemparkan terhadap cikgu,
datang bertalu2 mengugat imanku..
Masa tu hanya pada Tuhan tempat mengadu, 
walaupun jiwa memberontak menahan rindu pendam di kalbu bt sang arjunaku..
Siang & malam aku berdoa jika cikgu adalah jodoh buatku, maka dekatkanlah kami.. 
Tetapi jika ditakdirkan cikgu bukanlah jodoh ku, 
maka jauhkanlah & hilangkanlah cikgu dari jiwaku, luputkanlah dari ingatanku bawalah pergi bersama angin2 lalu..

Demikianlah kebalnya ikatan cinta antara kami berdua, 
demikian jugalah eratnya jalinan rasa..
Keyakinan diiringi doa & airmata..
Setelah diselidiki, rupanya semua fitnah2 itu rekaan semata2. 
Rekaan dari insan2 yg ternyata cemburu & x senang melihat kebahagiaan hubungan kami yg semakin hari semakin kembang bak bunga.. :)
Jodoh kami terlalu kuat, akhirnya ikatan yg terputus seketika waktu, 
bertaut kembali & x mampu putus lagi, 
walaupun dugaan kembali & kembali.. 
Kerna ikatan kami sudah pun tersimpul rapi..
 x mudah goyah sekalipun datang badai tsunami..

Jom bercerita sedikit tentang cikgu..
Cikgu sgt romantik, baik hati, selalu bt jenaka, & aku pula selalu ketawa.. 
 Tapi romantik cikgu itu bertempat, x selalu di tunjukkan di depan org...
Sbg isteri aku tahu yg cikgu @ hubby ku masih romantik dari dulu shgga kini.. 
Orgnya sempoi, nmpk cam rock sket tapi dalam hati ada taman..
Hatinya cepat tersentuh mcm aku juga, mudah menangis..
Teramatlah manja taik ulat, walaupun bkn yg ank bongsu.. Paling bestnya ialah cikgu selalu buat surprise utk aku.
Cikgu juga seorang yg sgt low profile, x suka menunjuk & bermegah2 apa yg dimiliki..
Bayangkanlah, sewaktu cikgu membeli rumah yg pertamanya di Penang pun aku x tahu. Dirahsiakan dari pengetahuan aku.. Sehinggalah 2 mmgu sebelum kami nk berkawin, 
barulah cikgu bt surprise bawa aku ke rumah itu..
 Waktu itu barulah cikgu memberitahu itu rumahnya yg telah dibeli 2 tahun yg lalu..
 Lepas di tanya mengapa dirahsiakan semua itu dari pengetahuan aku, 
kata cikgu dia mahu menguji tahap kesetiaan aku terhadapnya, 
dia x mahu aku menyintai dia kerna harta..
sebaliknya biarlah aku benar2 ikhlas menyintai dia seadanya..
(ehh! mcmlah aku nie materialistik sgtkan)..

Alhamdulillah, 
selepas aku tamat belajar kami mengambil keputusan utk menyatukan ikatan yg suci ini.. 
Cikgu melamar aku utk menjadi teman sehidup semati.. 
Benar kata pepatah, 
Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..
Kami juga turut mengikuti jejak ibu bapa hubby (FIL & MIL) aku..
Yg mana cikgu berkahwin dgn ank murid sendiri..
FIL (cikgu) berkahwin dgn MIL (ank muridnya)..
 
Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi, 
akhirnya dpt menjadi suri hati bt insan yg aku cintai sepenuh hati..
Hari ini genap 6 tahun usia ikatan suci murni kami.. 
6 tahun  melayari bahtera rumahtangga, syukur kami dikurniakan 2 org ank.. 
Seorang menemani kami di dunia bt penghibur di kala suka duka 
manakala seorang lagi  setia menanti kami di sana, yakni di syurga kekal nan abadi..
Doaku semoga Tuhan memberi keizinan utk kami menimang cahayamata lagi,
 agar menambah lg keserian dlm rumahtangga kami.

Terima kasih duhai sayangku..
 kerna dikau sudi menghulur seranjang mawar..
tanda cintamu yg suci harumi di hati ini..
Terima kasih jua wahai kekasihku..
 kerna dikau sudi menyelami..
Selautan kasihku dengan harum wangian..
 cintaku selama ini.. 
Sayangku..
engkau bina mahligai syahdu..
 dari permata yg aku dambakan..
Buat diriku berteduh kasih..
 di bawah redup kasih sayangmu..
Engkau bentangku padang cintamu..
 utk mengalas beraduan lenaku..
Engkau selimut ku dgn sutera..
 kasih sayangmu sungguh asyiknya..
Hanya kasih & belaianmu yang penuh syahdu..
 sudah cukup memadai ku..
Hingga engkau membuat diriku..
 terpaut sayang padamu..
Harapanku, 
agar kami akan terus berbahagia melalui liku2
 susah & senang di  hari2 yg bakal mendatang..
 bersama rasa cinta yg x kan pernah terpadam..
Yang terpahit jua termanis semuanya itu terindah, 
akan diingati buat selama-lamanya..
Hingga ikatan yg dibina ini kekal abadi ke alam syurga.. 
InsyaAllah..

Gambar2 di bawah ini, di ambil ketika zaman percintaan kami dulu..  



Wajah aku & cikgu di zaman muda remaja 12 tahun dahulu.. 
 Masa ni aku di tingkatan 5 & cikgu baru posting..


Gambar ni di ambil kat Shahab Perdana semasa aku nk blk ke kampus.. Sebelum blk, haruslah jumpa buah hati dulu..hehe



 Masa ni baru lepas gaduh, bila gaduh mesti la nangis..sbb tulah mata aku teramatlah sepet.
Dulu, kalau keluar dating x gaduh mmg x sah la..
Sekali tgk aku mcm ustazah pun ado.. hehe

 Sempena anniversary yg ke-6 ni.. Jom hayati lagu 'RATU HATIKU' yg telah cikgu ciptakan khas untuk aku..

Tika meraba arah
Aku sengaja melangkah
Tiada apa yang bercahaya
Hanya ketika dirimu menjelma

Senyum mengukir rindu
Bila kita bertemu
Walaupun kuntum mekar seribu
Bagiku hanya engkaulah ratu

Biar onak duri datang menikam
Tiada apa tiada kata
Cintaku hanya satu

Seindah pelangi hari
Kau menyirami warna suci
Menyentuh sanubari
Membuka lembaran hati

Kini engkau di sisi
Mengisi ruang hati
Saling sayang menyayangi kasih

Marilah kita langkah
Menuju ke alam bahagia
Usahlah kita menoleh lagi
Bagiku hanya engkaulah RATU HATIKU..


Selamat Hari Ulangtahun untuk diri sendiri & hubby a.k.a cikgu
Everlasting Love..