Saja nak bercerita tentang perkembangan umh baru kami. Dah menjadi kebiasaan kalau weekend saja mesti gantung periuk, dapur pun terus x berasap. Mcmmana nak masak sebab lepas bangun tidur saja, terus hubby suruh bersiap2 nak keluar ronda2, bukannya ronda jauh2 manapun, selalunya dok pusing kot alor star ni saja. Mmg begitulah rutinnya kami setiap weekend bila hubby tidak ada apa2 hal..
Paginya keluar sarapan selalunya kami pekena roti puri kat kedai mamak , lepas sarapan terus ke lokasi tetap kami iaitu our new house di Taman Laman Kuda.. InsyaAllah, jika tidak ada aral setelah bertangguh hampir 2 thn lebih asyik nk pindah2 tp x jdi2, kali nie mmg dah nekad. Skrg hubby sedang sibuk dok buat lanskap dekat tanah tepi sekangkang kera tu, kali ni aku biarkan lanskap tu mendapat sentuhan dri org horticulture (hubby), mesti gempakkan? sama2 kita tgk nanti gempak ke hapa.. haha
Lighting, cat umh, curtain baru semuanya dah settle, cuma skrg sibuk deco rumah. Konsep yg kami pilih adalah moden kontemporari. Ni semua adalah idea hubby lah, aku x kisah hanya ikut saja asalkan cantik.. Lgpun hubby yang keluarkan duit kan..
Setakat ni perabot saja masih belom penuh, kami decide utk beli perabot2 baru jadi haruslah kumpul duit sket2, then beli satu persatu. Sempatlah penuh kot sementara nak pindah masuk. Melihat byk perabot2 yg dah dibeli, cuma tgl beberapa saja belom, sempatlah kot masuk dlm bulan 3 or 4 nanti. Hubby ni jenis yg x suka membeli hutang, kata hubby kalau nak berhutang lebih baik x payah beli jadi mau x mau terpaksalah kumpul duit sket2 dlm tabung ayam utk dptkan perabot2 idaman.. Perabot umh skrg?.. kebanyakan perabot yang ada di rumah kami skrg adalah belas ehsan sumbangan dari MIL masa kami mula kawen dulu, dari tv, kabinet dapur, peti sejuk & beberapa jenis almari semuanya MIL yg bagi.. Jdi skrg perabot2 tu dah lama & byk yg dah rosak sbb tenggelam banjir aritu. Dulu kami hanya beli set katil & sofa saja baru yg lainnya semuanya brg2 secondhand MIL yg bagi. Dan skrg sofa yg ada ni pun dah lembik lunyai, warna pun dah jdi kelabu asap & penuh dgn contengan hasil karya dari Cik Dania kita... Dan jgn x percaya umh kami skrg mmg x pernah ada meja makan, selama hampir 6 thn ni kami makan bawah bersila atas lantailah jawapannya, dah asal dari kg kan, haruslah kekalkan kekampungan itu..
Jadi dah nak masuk umh baru, teringinlah sgt nak merasa perabot baru plak kan, x kan nk usung perabot yg dah nak berkecai tu lagi kot.. Plan kami biar penuh & lengkap segala perabot dulu baru kami akan pindah. Lgpun ini mmg janji hubby dulu, katanya dulu x yah beli apa2 perabot baru, juz guna yg mana ada saja, tp nanti bila nk masuk umh sendiri barulah kami akan beli perabot2 baru..
Melihat jiran sebelah menyebelah pun dah pindah masuk, jd sgt tepatlah kami buat keputusan utk berpindah ni, at least bila dah ada reramai jiran2 ni x lah sunyi sgt kami nanti..
Seronok sgt bila dah ada umh sendiri sbb boleh deco ikut citarasa sendiri, cat warna kesukaan kita, paku & tebuk sana sini x perlu lagi minta izin sapa2 kalau nak buat apa2.. Plan kami utk tgl di rumah ni utk sementara tempoh saja, jika ada rezeki lebih nanti sebelum hubby pencen teringin nak bina rumah dgn design sendiri atas tanah sendiri, senang la sket nak buat khemah byk2 utk kenduri Dania kawen nanti..hehe.. InsyaAllah..
Alhamdulillah, walaupun gaji hubby tidaklah byk, hidup kami tidak semewah mana & hanya hubby seorang yg bekerja tapi berkat kami hidup yg secara bersederhana ternyata rezeki Allah itu cukup luas, ditarik rezeki yang itu semalam tp hari ini Dia gantikan rezeki yg lain pula. Syukur Ya Allah! Baru mendapat satu berita smlm yg membuatkan kami anak beranak tersenyum indah.. Kdg2 terkejut juga ada kwn2 hubby yg mengadu sering x cukup duit & minta pinjam duit, padahal dua laki bini bekerja tp hairan kenapa msh x cukup2.. Sedangkan minta pinjam duit dkt hubby yg hanya bekerja seorang. Tapi bila dilihat balik mmg kehidupan mereka agak mewah, rumah besar, kereta setiap tahun mesti mau ditukar baru.. Teruk la kan kalau hidup nak semewah itu sedangkan gaji tidak seberapa. Apapun semuanya terserah kepada kita bagaimana cara uruskan duit, jika jenis x pandai nak menguruskan duit ni, mailah gaji byk mana pun mmg still x cukup2 lg.. tp kalau jenis pandai uruskan duit insyaAllah, walaupun gaji kecik boleh bt itu ini juga..
Teringat kata MIL yg pernah beri nasihat utk aku yg sgt2 frust masa mula kawen dulu sbb hubby x izinkan aku bekerja katanya 'REZEKI ALLAH TU LUAS WANIE MELIMPAH RUAH BYKNYA, BUKAN SEMUA ORG2 YG BEKERJA DUA LAKI BINI TU SENANG HIDUPNYA, INSYAALLAH ADA LAH REZEKI LAIN YG ALLAH AKAN BAGI NANTI, YG PENTING APA2 PUN KELUARGA MESTILAH TETAP MENJADI KEUTAMAAN'..
Dulu sering sgt aku rasa rendah diri bila terjumpa dgn kwn2 yg rata2 dah ada kerja tetap, ada gaji sendiri, tetapi kini lain pula aku rasa selepas ada keluarga & anak skrg ni, segala benda semestinya anak adalah keutamaan aku.
Dan aku mula nmpk akan kebenaran kata MIL dulu, aku dapat merasai kenikmatan & kebahagiaan hidup sebagai seorang isteri, ibu & surirumah. Aku juga dapat apa yg aku nak, cukup makan, pakai & yg menariknya kelebihan aku dapat merasai kepuasan menjaga anak sendiri & melihat anak membesar di depan mata. Walaupun tidak bekerja, aku ni jenis yg x reti duduk diam, aku cuba amik kursus menjahit & skrg aku sudah boleh menjana pendapatan sendiri dgn bekerja di rumah, aku juga ada income sendiri hasil dr aku ambil upah menjahit & buat biz kecik2 di rumah cukuplah utk aku beli itu ini & menabung sket utk bekalan hari tua. Begitulah suratan takdir & seandainya kita redha dgn takdir yg telah Allah tetapkan, pasti kita kan merasai kemanisannya.. Yg penting kita sentiasa berusaha & hidup enjoy sementara masih di beri peluang bernyawa di bumi Allah ini..
Jika ditanya skrg, adakah aku mahu bekerja semula?.. ermmm..jawapan aku mgkin tidak, sbb aku dah bahagia dgn hidup aku, aku nak jaga ank2 aku sendiri.. & x sanggup nak antar dania & anak2 aku nanti kat umh pengasuh.
bagi aku wang bukanlah segala-galanya..
Walau sebesar mana pun rumah kita, bersyukurlah seadanya kerana hanya itulah kemampuan kita..
10 comments:
Bestnya wanie dah ada rumah sendiri.Bolehla nak design ikut suka hati kan.Yana belum ada rezeki nak beli rumah sendiri lagi.Doakan murah rezeki kami ye.
Wanie, yana nak tanya sikit boleh?masa kandungan kedua dulu wanie buka buku pink waktu kandungan berapa minggu?Yana dah lupa dulu masa preggy arwah start buka buku bila.Kebetulan buku pink arwah, nurse kk dah ambil.
Sekarang yana dah 8w, rasanya kalau start buka next week boleh tak?Haha...anak dah nak masuk 3 ni tapi masih blurr lagi.
wah...semangat baru...itulah yg sebaik2nya...bersyukur dgn apa yg ada, redha dgn ketentuannya...insyaallah bahagialah kita...selamat masuk rumah baru....kalau rmh baru dpt sentuhan cikgu amri pakar lanskap & hiasan dalaman mesti cantik tu...
yana:tu lah excited sgt nk msk umh baru nie..hehe
buku tu kena buka sebelum msk 13w, bole jgk nk buka lepas tu tp takut kena marah plak dgn nurse nanti. wanie rasa wanie pi buka dulu masa 10w.. elok dah tu nk pi buka pun skrg ni dah 8w.
pendragon: aah, semangat tahun baru nih.. x nak lg fikir benda2 sedih itu ini yg lepas2, biarlah berlalu..
kena terima seadanya, sbb mgkin inilah yg terbaik aturan yg Tuhan telah tetapkan utk wanie..
x tau la, nanti kita tgk la sentuhan listrik ckgu amri cantik ke tidok..ngeee..
mungkin ini lah yang dinamakan rezki berkat, walau x byk tapi cukup, malah boleh bantu org lain pula..
tumpang merasa ke'best'an nk masuk rumah baru.. hehee
Salam Wanie..
Seronoknya nak msk umah baru..tgh sibuk sana-sini pulak tu.. .Bestnya.. .Suka baca enty Wanie kali ni, jeles jugak sebab korang ada peluang nak membesarkan anak sendiri.. . Insya Allah kalau kiter ikhlas dan redha memang rezeki ada kat mana-mana.. .Nanti boleh update gambar rumah baru pulak yer... .
izah:btul, itulah yg dinamakan rezeki Tuhan itu luas.
mamaonie: alhamdulillah, wanie bhgia bergelar surirumah & dpt besarkan ank sendiri..
insyaAllah, nanti wanie update gmbr msk umh baru..ngee
teringin jgk nak jd full houzwife n didik anak sndr di umah.. ;)
ohh pak tam..silalah baca blog sub nie..hi3..
yana:hehe..cpt2 suruh pak tam baca..
along keja la dulu skrg kumpul duit & beli aset byk2, nanti bila dah ada ank2 & kalo rasa nk berenti bole lah..
Post a Comment