Dec 31, 2011

Welcome to 2012 & Good bye 2011 full of memories

Sedih sgt dah nk bye2 thn 2011, tggl beberapa jam lagi nk msuk thn baru 2012..
Tahun 2011 adalah tahun yang termanis buat aku, thn 2011 merupakan tahun pelbagai ujian buat aku, thn 2011 jgklah thn aku byk berendam air mata.. Selepas satu satu ujian aku hadapi.. ermmm.. tapi sumpah semua ujian itu bisa menjadikan aku semakin tabah & kuat skrg utk menempuhi ujian2 yg bakal mendatang.
Byk rancangan yg hendak direncanakan tidak menjadi & ada pula yg boleh dikatakan sudah ada di dlm mulut cuma tggl hendak telan saja tetapi terpaksa diluahkan kembali kerana sudah ditakdirkan bukan rezeki aku.. Semuanya aku terima dgn redha bersama leraian airmata, mgkin belum rezeki aku..
Dan paling menyentap jiwa nuraniku bila terpaksa menerima ujian Allah yang begitu hebat, yang aku keguguran di usia 14 mggu kandungan aku.. Pedih sgt hati hendak menerima berita sedih itu tatkala kelahiran itu sgt2 aku nanti2kan.. Dugaan ini juga aku terima dengan redha. Hati ibu mana lah yg tidak pedih, sakit & bagaikan nak gila bila tahu kehilangan anak sendirikan?? Berbulan juga hati aku berduka lara tapi Alhamdulillah kini aku sudah pulih seperti sediakala.. Syukur sgt kerana ada insan2 tersayang & rakan2 yang byk memberi sokongan & aku sgt2 bersyukur kerana pernah mengandungkan bidadari syurga yang bakal aku temui disana serta membantu aku & suami di akhirat kelak.. InsyaAllah, kita jumpa di sana ya 'adik' sayang! & tlg bantu mama utk bertemu 'adik' di sana..
Cukuplah 2011 menjadi kenangan terindah dlm hidupku.. apa yang aku dambakan sekarang 2012 bakal memberi sinar buat aku.. Tidak mahu lagi mengenang kisah2 sedih yg lepas. Semoga 2012 aku dikurniakan rezeki yang luas, kekuatan hati dlm menghadapi ujian2, kebahagiaan dunia & akhirat serta yang paling aku inginkan adalah utk mengandung lagi.. sebagai penganti atas kehilangan dulu.. Apa yang aku yakin skrg adalah
' Tuhan telah rencanakan sesuatu rezeki yg lebih baik buat aku sbb itulah aku dipilih utk menerima ujian yg hebat ini'..
Selamat tahun baru semua..

2 comments:

penDragon said...

HAPPY NEW YEAR WANIE!! Kita buka lembaran baru 2012...semoga kebahagiaan sentiasa bersamamu......

mamaonie said...

Salam Wanie..
Selamat tahun baru.. .
Insya Allah 2012 nanti rezeki kiter untuk menambah ahli keluarga.. .
Fad pun masih memujuk hati...Allah tak izinkan kiter bersama mereka (bidadari-bidadari syurga) sbb Dia punya perancangan yang lebih baik...penambah syafaat di sana nanti... .Insya Allah.. .
Teruskan berusaha..moga tahun ni bawa seribu rahmat buat Wanie sekeluarga.. .