Sep 7, 2011

Manjakan Diri

Harini sempat aku luangkan masa utk berkunjung ke spa utk memanjakan diri aku ini yg tersgt kepenatan bertungkus lumus menjait di bln puasa hari tu. Tujuan utama ke situ adalah utk bt facial & massage badan yg rasa mcm dah nk keras semua urat saraf aku ni. Tapi bila tgk je pakej2 yg disediakan terus tergoda & siap ambil rawatan utk keseluruhan badan. Kesemua rawatan2 tersebut mengambil masa hmpir 5 jam. Dania mmg dah awal2 lagik aku antar ke umh mak toknya.. Hubby aku pn tumpang sekaki bt rawatan muka jgk.
Utk rawatan berurut awal2 lagik aku sudah mention yg aku sdg mengandung, aku nak urut seluruh bdn kecuali bhgn perut. Lagipn sejak akhir2 aku sering mengalami kebas sebelah badan iaitu di sebelah kiri dari tgn sehingga ke kaki, entahlah akibat pembawakan budak ataupn duduk yg terlalu lama sewaktu menjait. Terasa betapa nikmatnya bila badan yg dalam keletihan dpt diurut, aaahh bestnya.. Lepas berurut keseluruh badan terasa segar serta urat2 kembali lembut & rasa kebas tu semakin berkurangan sedikit..
Aku sgt berpuas hati dgn rawatan spa tersebut & layanan yg diberikan sgt baik..Lepas ni rasanya nk pergi lagilah..
Kelmarin aku berkunjung ke klinik kerajaan utk membuka buku merah ibu mengandung tetapi disebabkan org terlalu ramai, aku ambil keputusan utk dtg lain kali saja. Lagipn skrg ni sejak mengandung, bila aku ke tempat public yg ramai org terus naik rimas rasa pening kepala & nk termuntah.

2 comments:

Aku DaN SeSuAtU said...

lamanya xp spa..skali je aku pernah p manjakan diri kt spa..tu pun msa nk kawin aritu..hee

wanie amerie said...

nati p la,bole relax2kan diri..hehe