Sep 12, 2011

Raya Yang Suram..

Kenapa ya hari raya kali ni sgguh x meriah spt sebelum2nya. Mgkin disebabkan aku yg terlalu keletihan menjait di masa bulan posa ditambah pulak dgn keadaan kesihatan badan yg kurang memberangsangkan.. Baju raya seperti biasa la, x sempat nk siapkan termsuk la baju ank dara aku sorang tu, sian dania selalu jd mangsa x boleh nk melaram baju raya di pagi syawal..huhu (sayu bila kenang2kan baju org sempat plak jait berpuloh2 psg, nk bt baju sendiri & ank spsg pn x sempat)
Selalunya bila tiba masa 2 mggu nak raya mmg x keluar umh aku, sibuk yg teramat sgt. Kali ni lagik bertambah teruk sbb aku selalu dmm masa bulan puasa. Nasiblah aku ada hubby a.k.a bibik yg byk membantu menguruskan hal rumah dari memasak, mengemas, membasuh & menguruskan dania semuanya dilakukan oleh hubby aku.. Aku bgun ja dari tidur terus mengadap mesin jait hal2 lain berkenaan rumah semuanya hubby aku yg amik alih. Bertuah rasanya dpt hubby yg memahami, membantu isteri tatkala si isteri tersgt sibuk. X sempat jgk nk menolong mak mentua memasak ketupat & rendang. Plan tiap2 thn nak belajar balut ketupat palas dari mak mentua tapi smpai skrg masih x reti, padahal kawin dh msk 5 thn lebih2..ishh malu2..Dulu masa mula2 kawin x sibuk menjait cam skrg ni, sempatlah jgk tolong mak mentua membalut ketupat, tapi tu pun kejap jadik kejap x..InsyaAllah, aku akan belajar jgk balut ketupat sehingga pandai supaya aku boleh buat sendiri nanti..hehe
Gmbar masa hari raya pun x dak utk kali ni, rasa x dak mood nak posing cam thn2 lepas2. Paginya selepas hubby selesai semayang raya, kami bergegas ke rumah mentua. Bermaafan2, makan2 & dalam kul 12 tghri terus balik umh mak aku pulak. Beraya di umh mak aku, sedara-mara yg berdekatan smpai kul 3ptg, pastu aku terus blk umh kami, sedih jgk sbb badan aku kurang sihat di hari raya. Balik umh jer, berehat sampai mlm. Esoknya raya ke-2 barulah smbung beraya umh sedara-mara yg x sempat nk berkunjung semalamnya, lgpun badan pun rasa baik sket berbanding semlmnya..
Bila dikenangkan2 beginilah rasanya raya aku tiap2 thn, bila hari raya saja mesti keletihan tahap gaban. Entahlah, kadang2 rasa cam nak resign ja jadi tukang jait ni. Dikala org lain menyambut syawal dengan kegembiraan, tapi aku menyambutnya dlm keletihan & stress yg teramat sgt. Tp bila dipikirkan2 semula, rugi rasanya jika aku persia2kan bakat yg aku ada ini sbb bukan semua org pandai menjait. Lalu aku gagahi jugak, biarlah setahun sekali saja penat cam atromen pun.
Skrg ni aku bole berehat secukupnya2, supaya dapat cover balik kepenatan aku dulu. hoyey...

No comments: