Mar 22, 2012

Mai Pakat2 Baca!

DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

... Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......
 
 

8 comments:

Aine Ainun said...

Betul...dan kalo suami mengahargainya...hilang segala penat lelah tu...

mummY daniSha said...

for me..suri rumah lg penat dari bekerja..dah rasa dua2 hehee....

wanie amerie said...

Aine ainun: that's right dear..

wanie amerie said...

mummydanisha:mmg,keje surirumah ni mmg x kan pernah abis...

Aine Ainun said...

Erm..saya da follow blog ni lama da rsanya..hehe

wanie amerie said...

aine ainun:alamak, ye ker..sori dear,x perasan la plak..maklum le dah tua..hehe

mummycda said...

wanie ida penah baca ada org post dlm fb baru nie...orang pompuan lagi byak keja dari lelaki..24 jam keja tolak tidur ja tu pun tidur2 ayam jea....sbb tu la suami kena hargai isteri kan.....

wanie amerie said...

ida:mmg btul..org pompuan reja mmg byk,mcm2..tu x termsk layan suami lagi..tu pun reja gak kan??..heheh