Rasanya dah 2 minggu nak menulis cerita ini, tapi disbbkan x berkesempatan dgn mcm2 benda, maka harini barulah ada masa terluang utk mengupdate semula blog ini..
Mggu lepas ada melawat kwn di PMC, aku pun dah x ingat hari apa, kami anak beranak nak pergi ke Tesco utk jenjalan cari makan. Masa on da way, hubby dapat satu msg dari kawan sekerjanya yg berbunyi..' Siti dah selamat melahirkan anak semalam kul 5 pg'..
Bila dengar je Cikgu Siti Mahani selamat melahirkan anak, tiba2 aku rasa sayu sgt.. Terus laju ja airmata turun, x berenti2 plak tu smp bengkak2 mata..
Bukannya menangis kerana merungut menyalahkan akan segala takdir Tuhan, tapi entahlah! Rasa gembira, sedih & pilu berbaur rasa perasaan ketika itu.
Yg x dapat aku rungkaikan dgn kata2. Hanya airmata saja yg mampu menjadi penawar.
Walaupun dah nekad berjanji dengan diri sendiri, tahun 2012 bukanlah tahun utk aku bersedih2 lagi meratapi apa yg telah pergi & terjadi. Hakikatnya mgkin aku boleh berlakon di depan org seolah2 aku tidak lagi bersedih akan kehilangan itu, tapi aku x mampu utk menipu diri sendiri lagi, yg sebenarnya aku terlalu RINDUUUU....
Akhirnya air mata tahun 2012 ni gugur juga. Lega rasa dapat menangis sepuas2nya, melepaskan segala kerinduan yang terbuku sekian lama di dalam hati..
Cikgu Siti Mahani ini selain kwn sekerja hubby, beliau juga merupakan kawan aku. Kami sgt la baik, selalu keluar2 bersama. Lepas sebulan beliau disahkan mengandung, ada pula berita gembira buat aku yg turut juga disahkan mengandung.
Waktu tu gembiranya hati x terkira, sempena meraikan berita gembira itu kami keluar berbuka puasa bersama2. Selepas raya puasa pula, kami sama2 berkongsi duit utk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di sekolah hubby tanda syukur di atas rezeki yg Allah anugerahkan buat kami.
Tapi sayangnya hari ni, beliau telah pun selamat melahirkan anaknya. Lain pula dgn aku yg x dapat meneruskan kandungan, gugur di tengah jalan.. Alahai, sedihnya hati jika mahu mengimbas kembali saat itu. Betapa sakit & pilunya jiwa ragaku hanya Tuhan saja yg tahu..
Mula2 rasa sangsi juga nak melawat beliau, takutkan aku x dpt mengawal perasan sedih lagi. Tapi alhamdulillah, aku berjaya menyembunyikan semua perasaan sedih aku. Dapat bersembang2 seperti biasa bertanyakan pengalaman beliau bersalin. Ataupun mgkin aku sudah puas menangis sebelumnya melepaskan segala2nya..
Ini dia gambar baby boy ke-2 Cikgu Mahani di bwh jagaan nursery.
Kami hanya dapat tgk melalui cermin nursery sahaja. Kami x dibenarkan berjumpa direct, kalau tidak aku teringin sangat nak peluk cium baby ini agar dapatlah lepaskan rindu terhadap 'adik'.. Bila tgk baby, bergenang airmata.. Rindu serindu rindunya..
Sedang rancak bersembang2 sambil tgk baby, x sangka btul tiba2 terjumpa dgn kawan Uitm Perak pula merangkap rakan blogger iaitu K.Ina.
Terkejut juga sbb x tahu pun yg dia mengandung anak ke-2 kali ni. Amboi k ina, lama sungguh mendiamkan diri. rupa2nya diam2 ubi berisi ye..
Tahniah buat k ina atas kelahiran cahayamata yg ke-2 ni.. Ermm, sedih lagik.
Inilah baby ke-2 k ina. Baby girl juga, sama dgn kakaknya syifa. Dgrnya baby ni berkongsi tarikh lahir yg sama dgn kakaknya syifa. Senanglah nk celebrate besday nanti ya k ina..
Sempena tahun baru ini, banyak dgr berita gembira dr kwn2 yg selamat melahirkan anak. Rata2 sudah memasuki anak yang ke-2.. Bilalah turn aku pulak yer..
Moga2 Allah mempercepatkan utk aku. Rasanya bila dah ada penganti nanti kot, barulah terubat perasaan ini kembali..
Yang terbaru dgr berita kakak aku sendiri mengandung lagi ank ke-4.
Ermm.. bestkan, Tuhan beri rezeki lg buat kakak aku.
Sekarang aku kembali TTC( trying to conceive). Berjumpa doktor pakar utk treatment. Doktor akan mengambil darah aku setiap bulan utk melihat kesan ubt yg di ambil utk treatment tersebut.
Skrg ni bdn pun dah mulai naik, mmg begitulah keadaannya bila kita mula mengambil pil subur.
Selain itu aku ada juga amalkan meminum air rebusan buah hawa & makan jamu buat masa ni. Kata doktor, sekiranya dlm masa 6 bln treatment ni tp masih belum mengandung jgk, aku perlu tambahkan lg dos ubt yg di ambil itu & akan diberi melalui suntikan pula. Semuanya kembali seperti rutin dulunya sewaktu aku cuba berusaha utk mengandungkan Dania.
Jika dulu, smp lebam2lah tgn aku dibuatnya akibat selalu disuntik utk masukkan ubt & di ambil darah. Tapi demi utk mendapatkan cahayamata, aku sanggup hadapi semua itu.. Apalah sgt bagi aku kalau setakat sakit2 lebam cucuk ambil darah tu, jika nak dibandingkan peritnya sewaktu nak melahirkan Dania dulu. Aku sanggup hadapinya walaupun perut aku terpaksa dibelah2 bagaikan buah nangka.
Berdasarkan pengalaman2 lepas, yg bnyak mengajar aku agar x terlalu berharap sgt. Bukannya apa takutkan hati melara lagi. Aku yakin jika suatu hari tiba masanya ada rezeki buat aku, InsyaAllah Allah tetap akan beri jua. Apapun, aku tetap akan terus berusaha sedaya upaya utk ke arah itu..
Sebagai manusia, kita x kan terlepas selalu diuji pelbagai ujian dari Allah. Aku, selalu diuji dalam soal mendapatkan zuriat. Ternyata hati aku selalu menangis & menangis dalam usaha mendapatkan zuriat ini yg sgt menuntut erti kesabaran.
Sudah nasib badan, aku tidak semudah org lain, aku perlu berusaha keras, mendapatkan pelbagai rawatan & perlu berhabisan wang ringgit utk mendapatkan cahayamata..
Tetapi aku amat bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan 'Nur Dania Ermyna' buat aku & hubby sebagai penyeri hidup kami & pengubat segala duka lara.. Ianya hadiah yang amat bernilai dlm hidup aku. Semoga Allah mengizinkan & memberi peluang utk aku mengandung kembali. InsyaAllah..
10 comments:
Sabarlah wanie..menangis tu satu cr nak luahkan rasa hati...sy doakan awak berjaya dgn treatment tu ye..amin...
wanie, tetiba rasa sayu baca psot wanie ni.Takpe wanie, setiap ujian tu tanda Allah sayangkan kita.Wanie lebih beruntung sebab kehilangan bayi ketika masih awal kandungan.Bayangkan kami yang kehilangan anak setelah berbulan2 mengandungkan mereka.
Macam yana ni, siap bawa beg baby lagi pergi hospital tapi akhirnya hanya kain putih yg diperlukan utk 'dipakaikan' kepada Siti Hawa.Lebih berat ujian buat kami kan?
Yana tahu, wanie kuat.Wanie kena happy, jangan stress sbb ianya akan ganggu proses ttc wanie.Yana akan doakan rezeki wanie dan sahabat2 yg lain ye.Mudah2an 2012 ni kita sama2 dapat timang baby.
mummycda: tenkiu..mmg lepas nangis rasa tenang sgt..lenkali x nak tahan2 lagi, kalo rasa nk nangis, nangis jer..x yah simpan2.
yana: mmg wanie salute dgn ketabahan yana tu, ntahlah kalo wanie di tmpt yana mcmanalah kan..
wanie mmg dah ok skrg ni, x mo sedih2 lg. tp sejak melawat bby haritu, hati jd x tenteram sgt..teringat jer..
Harap2 cptlah wanie peknen semula, hnya itulah satu2 nya cara membuatkan wanie kembali pulih.
Salam..
Wanie...sedih la baca entry wanie hari ni.. . Secebis kata-kata buat penguat semangat (memujuk hati Fad jugak ni) hikmah atas yang terjadi..hadirnya mereka (bidadari-bidadari syurga ) ni pun rezeki buat ibu bapa mcm kiter... .Mereka dah dijanjikan syurga dan Insya Allah kiter boleh menumpang syafaat mereka nanti.. . Insya Allah.
So, Macam apa yang Yana komen, Fad pun tau Wanie kuat. Jangan sedih-sedih lagi k. Moga-moga tahun ni kiter diberi rezeki tambah ahli keluarga.. .aminnnn.
sekurang2nya wanie ada jgk anak & dpt merasai saat2 mengandung,melahirkan bb & membesarkan anak...syukur atas apa yg diberi olehNya,ingatlah, kalo wanie bersedih sbb blum dikurniakn bb ke2, ada yg lg sedih sbb xdpt merasai pengalaman menjadi seorg ibu..bila berkahwin tp blum ada anak,ingatlah skrg2nya anda masih ada suami,dan ingatlah ada jg insan diluar sn yg xpernah merasai nikmatnya alam perkahwinan...sabar ye wanie,insyaAllah ada rezeki utk mengandung anak ke2 nnt...amin...;p jgn sedih2 ye?
mamaonie:kata2 yana tu semangat bt kita fad,jgn putus asa teruskan berusaha selagi kita blom menopous.hehe
insyaAllah, ada rezki kita nanti..
entahlah, kdg2 rasa kuat & dah ok mcm biasa. tapi bila tgk bb @ dgr berita kwn2 adik beradik terdekat peknen btkn wanie rasa sedih sgt, x tahu la kenapa..
mek yuzs: terima kasih atas ingatan utk diri ini yg kdg2 terlupa, masih ramai lg di luar sana yg blom merasai pengalaman bergelar ibu seperti yg wanie pernah rasa..
btul kata mek yuzs, wanie bersyukur sbb pernah melalui pengalaman itu semua..
Mek yuzs sbnrnya dugaan bt mek yuzs lg kuat. kalau nk dibndingkan dgn dugaan wanie ni, apalah sgtkan..
Wanie kagum dgn mek yuzs, tabah setabahnya lalui dugaan demi dugaan.kalau lah wanie di tempat mek yuzs x tahulah mcmana.. Subhanallah..
Semoga kita terus bersabar menghadapi dugaan2 ini yer mek yuzs..
Wanie doakan kebahagiaan bt mek yuzs jgk..
sub:tq aritu wlauon lawatan xsengaja...aku km sebenarnya nk disclose tetapi byk sbb xdk moood nk citer...mula2 xleh terima keyataan jgk sbb mmg suprise tetapi bila difikirkan n baca n3 sub km menjadi insaf n bersyukur dgn rezki tuhan...sub byk bersabar yer insyaallah rezki sub yg terbaik kali ni...
k ina: bersyukur k ina, sbb Tuhan permudahkan & beri rezeki dpt bby lg, insyaAllah setiap bby yg lahir akn ada rezkinya tersendiri.
K ina kena tau, mcm sub ni mmg nak sgt2 ank lg, tp Tuhan uji dgn pelbagai ujian bt sub setiap kali cuba utk dpt ank.
Sub kena bt treatment, mkn ubt dll. Duit pun mmg byk kena keluarlah sbb nk bt treatment2 tu semuanya pkai duit.
Post a Comment