Nov 23, 2011

Special Menu from my hubby - Yee Mee in Claypot


This is a special menu from my hubby. Amacam sedap x tgk??
So delicious, betul x tipu.. bkn puji sbb laki sendiri ke apa, tapi mmg sedaplah! pandai jgk yer hubby aku memasak ekk. Aku pun x reti, if I want to cook this recipe, haruslah aku google mencari resepi..
Patutlah lama btul hubby memasak dari pukul 10 pg menunggu sampai pukul 2 ptg baru bole makan, hampir2 4 jam.. ketaq pala chek tgu tau!
Tapi mmg berbaloi la tgu lelama sbb bila dah mkn mmg superb, kalah yg kat kedai..
Siap dgn ada decoration lagi.. TeRbAeEkkk!! hehee
Bila tnya resepi mana dpt nie, katanya 'biarlah rahsia',hok eleh.. pelik aku manalah hubby dapat resepi nie sbb dari A to Z mmg semua hubby yg buat sendiri, nak kata dok mengoogle b4 masak x der jgk, haisshhh..konpious haku... Apapun tenkiu bang, mmg sedap, nanti masak lagi tau..
Best sgt bila hubby cuti lelama nie, bole aku goyang kaki x yah masak sbb dah ada tkg masak baru.. tapi x tau pasni bila thn plak la dia nk offer masak lagik cengini..
Yg x bestnya plak bila masuk dapur lps hubby selesai masak, mak ai berseleraknya dapur aku mcm tongkang pecah, tapi x pe lah..
Claypot tu sebenarnya dah berkurun beli, but i've never used it.. nasiblah hubby dah guna, kalo x entah kurun bila aku nk menggunakannya.

Nov 22, 2011

Buah Hawa @ Buah Zuriat

Pg tadi ziarah kwn skool hubby yg baru blk haji dari Mekah. Alhamdulillah, dpt minum air zam-zam & makan buah kurma dll dari Mekah selain dpt mendgr cerita2 ketika beliau berada di sana. Bilalah rezeki kami pulak utk ke sana yer? InsyaAllah ada rezeki serta dgn izin Tuhan nanti, maka akn smpi jgklah kami ke tanah suci. Sebelum blk kwn hubby ada menghulurkan satu bgkus plastik yg mengandungi buah hawa@ buah zuriat. Aku hairan jgk kenapa kwn hubby bole bagi buah ni utk kami, rupanya hubby yg memesan buah ni sebelom kwnnya itu bertolak ke Mekah, masa tu aku baru saja miscarriage msih dalam kesedihan. Jadi hubby ada la dgr cerita2 org, yg buah hawa ni sesuai utk golongan yg susah nk conceive cam aku ni & satu ikhtiar utk dicuba bagi mendapatkan zuriat .
Buah ni tersgtlah keras. Nak membelahnya pun agak susah, terpaksalah mengunakan gergaji kecik utk membelahnya, pisau mmg x jalan. Caranya adalah dgn merebus buah ini, lalu diminum air rebusannya. InsyaAllah, aku akan cuba nanti. Bt masa skrg ni, doktor menasihati aku utk rehat dulu selama 3 bulan selepas miscarriage hari tu. Kata doktor biar rahim aku kuat kembali sebelum trying to conceive again, takutkan jika terpeknen skrg 'sejarah akan berulang'. Bermakna awal tahun dpnlah aku bole mencuba utk conceive lagi.. Sempatlah kot hormon aku stabil semula, lgpun pening jgk skrg ni bila Cik P masih tunggang langgang, bulan ni saja dah 3 kali Cik P datang..hadoii gie mana neh...


Bila tgk buah ni tetiba teringat kat 'adik'.. dah dkt2 2 bulan 'adik' tglkan mama,papa & kak dania. Kalau 'adik' masih ada mesti dah 5 bulan lbh skrg ni kat dlm perut mama. Mesti mama dah dpt rasa 'adik' bergerak2 kan?.. Rindu sgt2 kat 'adik'..
Kdg2 hati mama sebak & tersentuh bila kak dania selalu cakap 'gud nite adik' & 'adik bt apa tue, jom tidoo'..sambil gosok perut mama sebelom tido. Sbb dulu mama jgk yg ajarkan kak Dania cakap mcm tu kat 'adik' sewaktu 'adik' masih ada dlm perut mama. Puas jgklah mama cuba terangkan kat kak dania yg 'adik' dah x der, Tuhan dah amik 'adik'.. Pastu dgn selambanya kak Dania cakap nak 'puk' Tuhan sbb amik 'adik'.. Mama ckp x baik kata mcm tu kerana Tuhan terlalu sayangkan 'adik' & skrg 'adik' berada di tempat yg paling terbaik di sana sbb itulah Tuhan amik jaga 'adik'..
Nmpaknya kak Dania mmg belum mengerti apa2 lagi.. Takpelah, perlahan2 lah nanti kak Dania akn faham jgk.
Baru terjumpa geng bloggers yg senasib dgn aku, seronok bila dpt berkongsi cerita dgn mereka yg sekapal. Menitik air mata bila membaca kisah mereka mengenai kehilangan anak msg2. Aku sgt kagum dgn ketabahan & kesabaran mereka menempuhi ujian Allah. Aku mahu amik semangat mereka sbg inspirasi bt aku.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi aku Dania, walaupun Engkau telah mengambil 'adik'. Aku redha.. Sumpah terubat kerinduan terhadap 'adik' tatkala memeluk Dania terasa seperti memeluk 'adik' juga. Sbb itu aku x bole berpisah lama2 dgn Dania, rindu yg teramat sgt!
Aku harap selepas try buah hawa ni, aku akan cepat to conceive blk nanti, sesenangnya aku peknenkan 'adik' dulu..

Nov 21, 2011

Jom Berkarok -Ok

Harini kami dua laki bini dah rindu tahap gaban kat Dania, jadi tghari td pergi jgk memaksa Dania ajak blk, lgpun dah 4 hari Dania kat umh mak aku. Cukuplah nak oii duk umh mak tok kejap2, sunyi sepi umh ni tanpa kamu, seriously mama sgt2 x bole nk berpisah dgn kamu lelama, rindu serindu rindunya!! Bila Dania x mo blk jgk, haruslah dipujuk pelbagai cara agar Dania mahu ikut kami blk. Antaranya ajak Dania gi karok-ok, dgr ja nk gi karok-ok laju ja Dania nak blk, budak nie pun hantu karok-ok tau serupalah dgn mak bapaknya jgk.. heheh..
Sebenarnya mak bapak Dania yg terlebih eksited nk gi karok-ok, sbb dah lama x test suara....



Dua beranak sedang khusyuk menyanyi.. amboi si papa pulun lebih nmpak, smpi ternganga mulut!


Aku pun belasah selagu dua, mana bole tahan beb tgk asyik dorang je dok menyanyi...
Gmbr je la aku letak, malu nk letakkan video sekali sedang berkarok-ok, kang bernanah plak telinga nanti dgr suara kami :)

Nov 20, 2011

Disinilah tempat pertama kami dating!!...

Ho ho ho dah cuti sekolah, yabedabeduuu!!!.. sukanya bila tiba time cuti sekolah, bermakna hubby pun start cuti.. boleh lah ronda2 sakan kami..
Semalam pergi makan kat Restoran Dusun Permai, teringat blk sbb tempat nilah 1st time kami dating dolu2.. masa tu zaman moda remaja lagi..
Bercerita ttg 1st time dating dulu, disebabkan kami takut terserempak dgn org yg kenal kami maka pilih restoran nilah yg agak jauh sket dgn harapan x terserempak lah dgn sapa2 yg kenal kami, kang kantoi nanti. Restoran ni terletak di Bandar Darulaman, Jitra..
Masa tu aku dah abis SPM msk lower 6 kejap sblom dipggl msk ke UITM, rasanya dlm 2 mggu je kot aku sempat msk lower 6 kat SMK Dato Syed Omar, manakala hubby masih mengajar sekolah lama aku SMK Kepala Batas. Pastu kami pun janji la nak jumpa kat bus stop depan airport lepas blk sekolah dlm kul 3 camtu lah. Oh teringat bus stop depan airport tu menjadi saksi percintaan kami, sbb selalu nk keluar dating mesti jumpa dulu kat situ sebelum pergi mana2 tempat lepas tu..
Zaman tu hubby aku x der kereta lagik naik motor ja, aku pun sama pergi sekolah naik motor. Tapi kami tidaklah naik motor sekali bila nk gi dating, msh naik motor masing2 ye.. Aku dgn lengkap berpakaian baju sekolah 1st time keluar dating dgn cikgu hari tu....hihi
Bila dah jumpa haruslah dicontrol abis..haha.. aku minum je, hubby yg makan katanya lapar baru blk sekolah. aku plak kata dah kenyang, padahal dlm perut asyik dok berkeroncong ja lapar tapi disbbkan malu2 kucing masa tu sanggup berlapar konon terus kenyang bila dah jumpa dgn buah ati.. masa tu bercakap pun masih membahasakan diri 'saya' & 'cikgu'.. dating kejap ja dalam sejam gitu, kang lama2 blk umh kena sekeh kepala dgn mak aku nanti.. lawak ja bila terkenangkan kisah dulu..hehee


Restoran ni tenang je, sesuwailah utk sapa2 nk dtg dating.. lanskap dia pun cantik. Sebelah wakaf tu adalah sungai, tapi kami pergi waktu malam maka x nmpklah sungai tu.


Di wakaf nilah 2 hati bertemu 11 tahun yg lalu & di wakaf yg sama jgklah kami duduk malam tu..


Dah 3 hari Dania blk umh mak tok, rindu sgt2 kat budak comei ni. Janji nk blk hari ni, tp seronok sgt dok umh mak tok sampai mama & papa nk gi amik pun x mo blk lagi.. huhuu.. Dania nak bagi peluang mama & papa honeymoon ekk!!! bagus..bagus..

Nov 16, 2011

Adik DSLR- Nikon Coolpix S6100

- 16.0 Million Pixels
- 7x Optical Zoom NIKKOR Lens
- 3.0" Touch Panel TFT LCD Monitor
- 28mm wide-angle
- Slideshow Magic
- HD Movie Recording with Stereo Sound
- Pet Portrait Mode
- Smart Portrait System
- Scene Auto Selector
- 20 Optimized Scene Mode
- Low Noise at High Sensitivities
- Motion Detection
- Lens-shift Vibration Reduction(VR)

Smlm jalan2 window shopink kat Alor Star Mall, tgk ade bt promosi camera. Dok survey2 DSLR, tapi semuanya harga 2k ke atas. Pehtu aku pun terbekenan la dgn satu camera nikon comel ni, discuss2 dgn hubby then kami bt decision utk beli dulu la adik DSLR ni. hehee..
Kata hubby nati bila dah cukup duit baru beli plak DSLR yg betul.. sejak 2 bulan yg lepas ni bila camera rosak, rasa x syiokk ler sbb x dpt nk amik gmbr lgpun aku ni adalah jenis yg suke bergambar.. x best arr gie mana2 x dpt nk merakam gambar habuan nk citer kat blog.. har..har...
Harganya pun adalah ok, original price RM789, pas diskaun dptlah harga RM650..
Tempat2 lain aku x tau la, ntah2 dpt murah lg per.. Aku amik kaler blue, teringin nk kaler merah darah tp dh abis la pulok..
Lepas tu try la snap2 gmbr dania, sgt berpuas hati dgn kualiti gambarnya.. Takpe la, x dpt DSLR dpt adik DSLR pun hokeyy.. janji ada dari 'hapa pun x dak'..eeeee...

Nov 15, 2011

Sampainya Hati..

Sedih sgt bila mendengar 'sok sek sok sek' dari hmba2 Allah yg baru mendapat tahu aku keguguran & paling menyentap jiwa adanya persoalan yg mengatakan adakah aku sengaja menggugurkan kandungan dgn cara memakan ubat. Ya Allah.. tergamaknya hati menuduh sebegitu terhadap aku.. Apalah dosa aku!!!
Cukuplah, hati aku cukup2 sakit kehilangan 'adik'.. jgnlah ditambah lagi sakit itu dgn tohmahan2 seumpama ini. Apalah gunanya aku bersedih, menangis sampaikan bengkak2 mata pabila mengetahui aku keguguran.
Gembiranya hati aku bukan kepalang bila disahkan mengandung, aku sanggup berhabis duit semua rawatan sewaktu mengandung aku mahu dptkan yg terbaik di hosp private, walaupun aku tahu bayarannya berkali ganda jika dibandingkan dgn hosp gomen. Semuanya bukannya apa, semata2 mahu yg terbaik utk kandungan aku. Apa gunanya aku menghebahkan berita gembira tersebut kepada teman2, sekadar mahu berkongsi berita gembira aku itu. Jika aku seperti apa yg diperkatakan, lebih baik aku merahsiakan berita itu & mengugurkannya secara senyap2 sbb siapa pun x tahu yg aku sedang mengandung. Kejam sgtkah aku sehingga sanggup mengugurkan anak sendiri..
Kenapa aku perlu mengugurkan anak itu, sedangkan aku begitu menginginkannya..
aku bukannya gila, aku masih waras lagi.. cuma bila selalu dituduh sebegini yg membuatkan aku nak gila!
Tolonglah.. jgn disiksa lagi hati aku sedemikian rupa, aku dah cukup sengsara.. aku dah penat menangis merindui 'adik' yg telah diambil Tuhan... Ya Allah Ya Tuhanku, adakah ini dugaan lagi buat aku, kuatkanlah hati aku Ya Allah, tabahkanlah hati aku utk menempuhi semuanya..

~ 'adik', sampai hati dorang tuduh mcm tu kat mama, 'adik' taukan mcmana sayangnya mama kat 'adik'.. biarlah 'adik'.. yg penting 'adik' & Tuhan tahu betapa sayangnya mama kat 'adik' kan??.. ~

Nov 10, 2011

AidilAdha 2011


Sempat bergambar kami sefamily walaupun hnya menumpang camera my BIL. Camera cap chicken aku tue dah innalillah, dek kerna selalu dihempuk oleh Cik Dania, teross lingkup....
skrg sedang gigih menghimpun dowit sehari 2 kupang utk dptkan camera idaman DSLR, sehari 2 kupang bila tahun nk cukop neh!! ada ke sapa2 yg nk sedekahkan DSLR kat aku?..sila2..
baju pun raya kali ni haruslah sedondon, kononnya nk sedondon masa aidilfitri lepas tapi x sempat nk siapkan, jd kain itu akan disimpan utk raya thun depan..


Geng mak dare.. yg kiri kak ipar & yg tgh tu adik ipar.. cun x kami?..hehee
Aku adalah sgt gumuk, nmpk sgt kemontelan aku tu tambah2 lagik bila bergambar dgn dorang ni yg tinggi2 belaka, aku nmpk rendang jer..eeeee...menci2.. Aku harus diet!!!


Dania bersama cousin2 nya.. lepas ni dorang ni nk berpindah ke Qatar, entah brapa lama la dorang nk dok sana, alamatnya nanti lagi jarang nk berjumpa cam gini..