Mar 12, 2011

Anniversary ke-5 tahun..

Alhamdulillah pejam celik, pejam celik dah 5 thn aku melayari bahtera perkahwinan bersama hubby. Bohonglah kalau aku cakap x penah berselisih faham sepanjang perkahwinan kami, bagi aku semua itu adalah asam garam rmhtgga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri..hehehe
Bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa..
Kali ni kami meraikan secara sederhana, berbanding tahun lepas pergi melancong ke China, tahun ni x dak kot surprise camtu lagi, kang tiap2 tahun pergi melancong luar negeri maunya pokai..ngeee


Kami memilih untuk meraikan anniversary kali ini dgn menonton wayang di Village Mall Sg Petani, ceritanya ialah Hikayat Merong Mahawangsa..jln citernya best sbb berlainan dgn citer2 melayu yg lain, yg mana semuanya berkisarkan komedi @ seram..suatu pembaharuan dlm industri filem tempatan..


Sebelah malamnya pulak, kami memilih Spring's Leaf Cafe untuk makan malam romantik kami..hehe
Terbaik sgt, suasana yg tenang serta diiringi muzik berentak slow, menjadikan makan malam kami sgt bermakna.


Makanan yg disajikan pn tersangatlah sedap..berbaloi rasanya kami memilih Cafe ini untuk meraikan anniversary kali ini..


Hubby aku sedang menjamu selera..nyum..nyum


Aku pn x terlepas untuk posing dulu bersama menu istimewa yang kami pilih sempena anniversary kami....

Doa aku semoga rumahtangga kami bahagia selamanya, kekal hingga ke akhir hayat.Tabahkanlah hati kami dalam mengharungi ujian & cabaran dalam melayari bahtera rmhtgga ini..Amin.

Mar 2, 2011

Hantuu Telor :)



Skrang ni dania asyik mkn telor ja..pagi petang, sket2 'maa nak egg'..nasi ke haper jenis mkanan lain semua dania x layan kecuali telor..So, hari2 aku dok pikirkan menu untuk dania yg berasaskan telor..dri telor goreng mata, telor dadar, sup telor, masak lomak telor, msak kicap telor, mcm2 lagi janji ada telor..aku pon hari2 mkn telor, rsa muka aku pn dah mcm telor..Jd menu wajib masakan aku hari2 skrg mesti ada telor x kisah la telor masak apa pn..sekali hadap maunya 2 biji telor dania makan, isshh x boring ka dania ni asyik makan telor ja..
Risau jgk aku, ok ke x untuk tumbesaran dania kalo asyik jamah telor jer tanpa makan makanan lain..
Memang aku tau telor merupakan makanan yg sihat tp sekiranya diambil secara berlebihan akan membawa kemudaratan..