Nov 15, 2011

Sampainya Hati..

Sedih sgt bila mendengar 'sok sek sok sek' dari hmba2 Allah yg baru mendapat tahu aku keguguran & paling menyentap jiwa adanya persoalan yg mengatakan adakah aku sengaja menggugurkan kandungan dgn cara memakan ubat. Ya Allah.. tergamaknya hati menuduh sebegitu terhadap aku.. Apalah dosa aku!!!
Cukuplah, hati aku cukup2 sakit kehilangan 'adik'.. jgnlah ditambah lagi sakit itu dgn tohmahan2 seumpama ini. Apalah gunanya aku bersedih, menangis sampaikan bengkak2 mata pabila mengetahui aku keguguran.
Gembiranya hati aku bukan kepalang bila disahkan mengandung, aku sanggup berhabis duit semua rawatan sewaktu mengandung aku mahu dptkan yg terbaik di hosp private, walaupun aku tahu bayarannya berkali ganda jika dibandingkan dgn hosp gomen. Semuanya bukannya apa, semata2 mahu yg terbaik utk kandungan aku. Apa gunanya aku menghebahkan berita gembira tersebut kepada teman2, sekadar mahu berkongsi berita gembira aku itu. Jika aku seperti apa yg diperkatakan, lebih baik aku merahsiakan berita itu & mengugurkannya secara senyap2 sbb siapa pun x tahu yg aku sedang mengandung. Kejam sgtkah aku sehingga sanggup mengugurkan anak sendiri..
Kenapa aku perlu mengugurkan anak itu, sedangkan aku begitu menginginkannya..
aku bukannya gila, aku masih waras lagi.. cuma bila selalu dituduh sebegini yg membuatkan aku nak gila!
Tolonglah.. jgn disiksa lagi hati aku sedemikian rupa, aku dah cukup sengsara.. aku dah penat menangis merindui 'adik' yg telah diambil Tuhan... Ya Allah Ya Tuhanku, adakah ini dugaan lagi buat aku, kuatkanlah hati aku Ya Allah, tabahkanlah hati aku utk menempuhi semuanya..

~ 'adik', sampai hati dorang tuduh mcm tu kat mama, 'adik' taukan mcmana sayangnya mama kat 'adik'.. biarlah 'adik'.. yg penting 'adik' & Tuhan tahu betapa sayangnya mama kat 'adik' kan??.. ~

8 comments:

CIK NANA said...

Ok, this is ridiculous...
Sabar ek Sub, tabahkan hati and try to forget those nonsense thingy.

Simply because, people talk and will never stop.

Hope Sub akan kuat untuk face all these.

Amin..

penDragon said...

x abis2 manusia ni nk menyakitkan hati org lain. Biarlah apa org nk kata, yg penting Allah tahu hati kita!

wanie amerie said...

cik nana: TQVM, manusia mmg x kan berenti bercakap..biarlah..

wanie amerie said...

pendragon: btul k ruby, kdg2 nk melayan ckp org ni bole gila jadinya,tmbh2 tuduhan yg dibt tu x betul belaka..sabar je la..

Pn.Ibu said...

sabar k...jgn stress2 sgt.jg kesihatan...2thn lps sy pn keguguran 2nd bby dan sy rs sedih sgt..so, sy fhm perasaan awak....sy pun lama dah menanti dikurniakan zuriat yang ke-2...harap2 dimakbulkan :p

wanie amerie said...

pn ibu: tq, sama2 kita berdoa moga cpt2 Allah perkenankan hajat kita ye..

zuliana abd rahman said...

Salam wanie, sabar ye.Mungkin ada hikmahnya atas kejadian ni.Mudah-mudahan Allah berikan 'rezeki' lagi nanti ye.Jaga kesihatan baik-baik.

Oh ya, awak orang alor star ye?

wanie amerie said...

tenkiu yana. ya, saya org alor star..