Oct 13, 2011

Kalau x sakit, bukan kehidupan namanya..



'adik' yang mama sayangi dan nanti-nantikan, Allah izinkan kita jumpa begitu awal. Tempoh masa sayang dalam perut mama hanya 13 minggu sahaja.

Sayang, begitu kecil sekali sewaktu kamu keluar. Hanya sebesar buah anggur yang kecil. Subhanallah..

Allah baik, Allah bagi mama dan papa tarbiyah. Allah nak mama dan papa belajar lebih lagi. Dengan keluarnya kamu dari perut mama berjaya menginsafkan mama dan papa. Hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Walaupun hati mama bagai digigit, riak wajah papa tak seceria suria, namun kami dapat rasai yang Allah sayang kami. Terima kasih sayang.. Bagi mama dan papa sedar hanya Allah sahaja tempat yang patut kami bergantung.

Semoga Allah izinkan mama dan papa dapat jumpa adik-adik kamu insha Allah. Papa ada cakap, papa hajat nak jumpa kamu di syurga. Tapi sebelum ke sana, kami di sini mesti berusaha bersungguh-sungguh menjadi hamba yang dicintai Allah.

~ Sayang mama, terima kasih 'sayang'~

~Musibah yang turun kepada manusia itu bagaikan ubat yang sangat pahit yang mujarab.

~Menurut sebuah hadith :
*Musibah akan menghapuskan dosa seseorang hamba Allah swt dan akan menaikkan darjatnya disisi Allah swt.

Suka sgt dgn kata2 di bawah ni:
~Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"~

**Terima kasih Allah~ semoga dosa-dosa kami Kau ampunkan.

2 comments:

Aku DaN SeSuAtU said...

sub suka nyer ayat di bwah tu..nak share dalam fcbook leh

wanie amerie said...

aaa..bole ja..aku pun copy kat mana ntah, dah luper den..