Oct 12, 2011

Mimpikan 'Adik'

Semalam hubby amik cuti sbb kami perlu ke Penang menguruskan hal umh di sana. Bertolak jam 9 pg, singgah mkn dkt Restoran Haji Ramli.. Lepas tu terus bertolak smpi dlm kul 12 tghri, terus ke Komtar utk bayar bil Pembetungan Indah Water. Jalan2 kejap situ, then terus balik umh. Bila smpi je umh terus rasa sayu sebab sebelum ni every weekend time bulan puasa aritu dtg sini bawak (peknenkan) 'adik', tp skrg x lagi. Pastu hubby & Dania turun mandi pool kt bwh aprtment tu, aku cuma tgkkan dorang je, x join sekali pun , lgpun bdn rasa x sedap mcm nk dmm. Dlm kul 6 ptg, penyewa baru pun sampai.. Siap berbincang & settle segala agreement2. Alhamdulillah, 'adik' umh kita dah ade penyewa baru skrg ni, dorang akan masuk hari Jumaat ni.
Bila lepak kat balkoni, tgk view laut waktu malam, rasa tenang sgt hati. 'Adik', mama, papa & kak Dania rindu sgt2 kt 'adik', cpt sgt 'adik' hadir & pergi. Dulu 'adik' jgk turut sekali, kita dtg bermalam sini, mandi pool sama2, lepak2 Pantai Seagate smbil makan burger McDonald, makan nasi minyak Kassim Mustoffa, beli jeruk, 'adik' igt lagi x? . Kalau 'adik' nk tahu skrg kak Dania dh terbiasa membahasakan diri dgn panggilan 'kakak', biarlah.. InsyaAllah, jika ada rezeki suatu hari mama peknen lagi, kak dania tetap akan jadik 'kakak' jgk..
'Adik' masa on da way blk, mama tertido masa papa drive keta. Masa tertido tu mama mimpikan 'adik'.. mama mimpi mama ada di dlm ward hospital mcm baru lepas bersalinkan 'adik'. Ada nurse dtg bwkkan 'adik' dkt mama. Masa tu papa & kak dania pun ada skali. 'Adik' rupanya perempuan, sama dgn kak dania, muka 'adik' ada iras2 kak dania, mata bulat, kulit putih melepak, hidung 'adik' mancung sket dari hidung kak dania, comel sgt 'adik'. Papa cakap muka 'adik' ada iras2 muka mama.. Mama bersyukur sbb mama dapat cium & peluk 'adik' erat2.. Tapi sekejap je, lepas tu nurse tu dtg amik blk 'adik'. Mama tnya nurse tu nk bawak 'adik' pergi mana, biarlah dgn mama. Nurse tu tiba2 menangis & cakap dia terpaksa bwk 'adik' ke satu tempat. Mama pun terus nangis sambil pegang nurse tu, tolong jgn bawak 'adik' pergi, 'adik' anak mama.. Nurse tu terus amik jgk 'adik'. Mama jerit suruh papa amik balik 'adik' tapi papa mcm x dgr pun jeritan mama masa tu, pastu papa hanya tgk je nurse tu bawak 'adik' keluar tanpa berbuat apa2..
Lepas tu mama terjaga dr tido, rupanya mama hanya bermimpi saja. Terus cerita dkt papa di sebelah sambil teresak2 menangis, mimpi jumpa 'adik', 'adik' adalah perempuan. Entah la betul tidak mimpi tu @ hanya mainan tido shj sbb mama mmg terlalu rindukan 'adik'.. Apapun kalau itu mmg betul adalah 'adik', mama bersyukur sbb dpt mencium & memeluk 'adik' walau hanya dalam mimpi... Cukuplah sekadar utk mengubati kerinduan mama terhadap 'adik' yg telah diambil Tuhan..

5 comments:

Aku DaN SeSuAtU said...

semoga roh adik aman di sana..sub mcm sebuah cerpen pula bila aku baca,hee

wanie amerie said...

hee..ntah la ila, aku selalu teringat kat 'adik'. ila ni adalah cerpen ttg hidup aku, dah nama blog pn It's My Life.. selamat membaca cerpen2 yg seterusnya ok..

>>EiN@>> said...

sub,jgnla terus mcmni....nti kesihatan pulak terganggu...usaha lg yer supaya cpt da pengganti...sblm tu jga kesihatan baik2....

wanie amerie said...

TQ, insyaAllah k ina, skrg sub dh makin ok sket,. nati bila dah lama sket, ok la kot..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy nangis bc entri ni..sebakk sgt