Jul 14, 2011

Rezeki Di Hari Lahir

Alhamdulillah,hari ini genap usiaku 28 tahun.. Bermakna sudah 28 tahun jugaklah aku bernafas di atas bumi Allah yg bertuah ini..Syukur yg x terhingga aku panjatkan kerana dikurniakan kesihatan yg sihat & sepanjang usiaku ini dpt aku bergelar anak kepada kedua org tuaku, suri kepada suamiku & ibu kepada puteri comelku..Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang aku merasai kenikmatan terhadap gelaran2 tersebut..

Tepat jam 12 tgh mlm smlm, ucapan hari lahir yg pertama semestinya dari suamiku yg tercinta. Katanya apa aku inginkan sempena hari lahir kali ini, lantas aku menjawab bukanlah intan permata yg aku dambakan, cukuplah dgn segala kasih sayang & pengorbanan yg tidak pernah berbelah bahagi dirinya kepada aku selama ini. Bagi aku semua itu sangat bermakna & tidak boleh dibeli walau dimana-mana sekali pun.
Tiada apa-apa sambutan sempena hari lahir aku ini memandangkan kedua-dua kami tersgt sibuk terhadap kerja masing-masing, maka terpaksalah ditunda ke hujung bulan nanti utk meraikannya. Insyaallah..

Sejak dari awal pagi lg x berhenti-henti hp aku berdering, ada yg mengucapkan selamat hari lahir & ada yg mahu membuat pesanan baju kanak2 (biz online)..
Hari ini juga merupakan hari yang terbyk aku mendapat order baju kanak2 iaitu 9 psg dalam masa sehari & kali pertama jua aku mengeposkan brg kepada customer aku yg berada di Sarawak. Nmpaknya hasil tangan aku sudah sampai ke negeri Sarawak. 5 psg sudah selamat diposkan hari ini, hanya tinggal 4 psg lagi akn diposkan keesokan hari, memandangkan payment yg 4 psg itu dibuat selepas pkl 2 ptg tadi..
Sambil tersenyum lalu terdetik dalam hati kecilku, mgkin ini lah yg dikatakan 'rezeki di hari lahir'.

Syukur sekali lagi, walaupun masih hijau aku dalam biz online ni, yang dibuat secara kecil-kecilan (x sampai sebulan pn), sambutannya sangat menggalakkan. Cuma hari-hari aku perlu kerap membuat promosi iklan agar diketahui umum. Mgkin sekarang masa agak terbatas, aku hanya boleh membuat iklan hanya disebelah malam memandangkan di sebelah siangnya aku begitu ligat menyiapkan tempahan baju-baju raya.

Akhir sekali, apa yang aku harapkan sempena hari lahir kali ini ialah semoga kebahagiaan yg dikecapi bersama suami selama ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa..Semoga Allah SWT memberkati kehidupan aku seharian, tabahkanlah diri sekiranya diuji dgn segala dugaan supaya aku tidak mudah melatah. Permudahkanlah segala urusan seharian yang aku ceburi, sekiranya itu adalah jalan yg terbaik & mmg telah tersurat utk aku, jadi lorongkan lah aku ke arah itu. Jauhkanlah diri aku dari segala sifat-sifat yg tidak baik & semaikan lah diri aku ini dengan sifat-sifat yg terpuji..Amin.

3 comments:

~IZZAH~ said...

happy birthday.. dah tuoo noo..

tahniah biz dah berjalan smoothly.. InsyAAllah akan bertambah2 rezki. tunggu Adlina besar sikit nk order juga.. ;-)

Aku DaN SeSuAtU said...

eppy belated besday sub..lmbt wish..hee

wanie amerie said...

izah & ila: TQVM :)