Mar 14, 2013

KRONOLOGI - PEMBEDAHAN TONSIL & TURBINOPLASTY- PART 2

Salam..bertemu kembali..

Ok, jom sambung story hubby operation tempoh hari..
Setelah hmpir 5 jam lebih aku menunggu dgn penuh kesabaran, hubby pun di sorong keluar dr dewan bedah...
Bila dgr pintu dewan dibuka, aku pun terjengok2, panjangkan leher bak burung bangau tgk siapakah gerangannya.. Kali itu, sah! terpanjang wajah kesayangan hamba, mata kami saling tepat memandang..Aku tahu masa tu hubby pun tercari2 aku..'Omey ada kat sini bang, tetap setia tunggu abang keluar, x berganjak pun'.. Bingkas aku cepat2 bangun mengiringi hubby yg disorong ke dlm ward.. Alhamdulillah, pujaan hati aku dah selamat.. x terkata betapa rasa bersyukur pada Yang Maha Esa!

 
Masa ni hubby masih dlm keadaan sedar x sedar lagi..
Nurse suruh aku tukarkan baju hubby yg dipakai masa operate sbb penuh dgn darah. Perlahan2 aku tukarkan baju baru, masa tu hubby x bole bergerak & masih dlm keadaan sakit, jadi aku menggunakan seluruh kudrat utk tolak badan hubby supaya mengiring agar senang proses nk tukar baju tu..
Buat sementara waktu hubby x bole bernafas melalui hidung sbb hidung hubby disumbat dgn kapas utk menahan darah yg mengalir. Jadi hubby perlu bernafas melalui mulut. ptg tu ramai jgk sedara mara & kwn2 dtg melawat..tapi hubby masih dlm keadaan lemah..terima kasih semua.
Hubby minta air nk minum, dahaga katanya..ye lah, dr semlm hubby kena puasa utk operation hari tu.
Aku beri air masak melalui straw minuman, perlahan aku titiskan atas bibir hubby.. Berlinang tgk airmata hubby menahan sakit utk menelan walaupun setitis air. Aku yg tgk ni pun, turut berlinang airmata jgk bila tgk keadaan hubby masa tu.. kesian hubby.. utk 3-4 jam lps operate hubby x dibenarkan makan, minum je bole..tp x minum sgt pun,sbb tekak masih perit..Doktor nasihat supaya mkn benda2 sejuk seperti aiskrim..Elok sgtlah tu, sbb hubby mmg hantu aiskrim..
 Hubby berbuka puasa dgn aiskrim mlm tu..hehe

Malamnya, bila ubat bius beransur habis hubby mulai rasa sakit tekak & paling sakitnya dlm hidung.. Seminit pun kami x dpt lelapkan mata, aku pun panic tgk keadaan hubby, aku cuba tenangkan hubby gosok2 & urut2kan hubby.. Nurse dtg bg ubt tahan sakit,aku tumbuk2kan ubt tu & larutkan dlm air bg hubby minum..
Selepas sejam amik ubat tahan sakit, sedikit pun x memberikan kesan pada hubby. Hubby mula mengadu makin sakit & rasa sesak nafas..alahai..Nurse aku panggil sekali lagi, kali ni doktor yg dtg untuk cucuk ubt tahan sakit..Kata doktor ubat tu kuat, jarang diberi pada pesakit2 cuma jika ubat tahan sakit biasa x bertindak barulah ubat tu akn diberikan..Aku cakap dgn doktor ' takpelah doktor, bagi jelah ubat tu, 
kesian tgk hubby saya menahan sakit'.. Hati sayu sgt, tgk hubby..Ikutkan nk nangis je tgk hubby masa tu, tp cuba bertahan..

Alhamdulillah, 
ubat yg kedua tu berkesan..Hubby rasa kurang sket sakitnya..syukur. lega sgt hati.
Jam menunjukkan  6.00pg, hubby pun terlelap.. Aku tgk je hubby tido, x berani nk terlelap sekali sbb takut hubby sesak nafas kembali, lgpun waktu tu dah dkt2 nk masuk subuh.. aku curi masa sekejap waktu hubby tido utk mandi & solat subuh.. 
Lepas tu aku kejutkan hubby makan ubat & mandi. perlahan2 aku pimpin hubby ke bilik air, mandikan hubby, jirus air, sabunkan hubby,gosok2 buang daki di bdn hubby, cuci darah dlm hidung hubby.
sweet sgt detik tu, satu pengalaman indah.
Sepanjang perkahwinan kami, nilah 1st time aku mandikan hubby dlm keadaan sedemikian, sebelom ni pernah jgk hubby sakit, pening, demam, tp hubby masih mampu mandi seniri..utk kali ni, hubby lemah x berdaya nk mandi seniri..*(Yg selalu mandi2 bersama manja2 tu, x yah cerita lah kan..itu selalu je..hehe)*
Aku menjaga hubby sebaik mgkin, mudah2an aku nk jadi isteri yg baik buat hubby, ku jaga dgn penuh rapi & kasih sayang.. Aku nk ada sentiasa di sisi hubby dikala sihat & apatah lagi di kala sakit mcmni.
Lps mandi, siap kan hubby pakaikan baju, letak minyak rambut,deodorant, kasi wangi2 sket.
Aku jagakan hubby seperti bayi.. Bila dah wangi2, tertido plak hubby..hehe
Dah terjaga tido, hubby mintak suruh belikan aiskrim.. Ikutkan x nak je tgl hubby sorang2, takut jadi apa2 kan.Tp hubby cakap ok jer. Laju2 aku turun bawah utk belikan aiskrim utk hubby, tp masa nk turun sempat jgk pesan dgn nurse tgk2kan hubby.. 
Dlm 10 min camtu, bila naik ke ward tgk nurse2 dok kerumun hubby..Panic lah lagi sekali, tgk hidung hubby keluar byk darah..Rsa bersalah sgt sbb turun tadi..nasiblah hubby ok jer, cuma hidung yg byk keluar darah.

Doktor terus tampal camni utk menahan darah yg mengalir..tu pun setiap 10 min perlu ditukar sbb akan penuh dgn darah kapas tu..alahai sayang..


2 hari lps pembedahan, barulah kapas yg disumbat dlm hidung hubby dibuang..
Awal2 lg doktor dh ckp, nti jgn panic bila tgk darah byk keluar..
Bila ditarik keluar je kapas, terus darah keluar selaju air paip..letak tisu, tukar..letak tisu,tukar..rasanya buat yg sama dlm 20kali adalah, smp darah dah kurang..
Ya Allah, masa tu ketaq tahap atromen semua ada, hubby pun takut terus dia pejam mata..
Bkn takat kami, nurse pun mengelabah jgk tgk. nasib baik aku jenis yg tengok darah x pitam, kalo yg jenis x tahan tgk, rasanya bole pengsan dah.. punyalah gabra waktu tu x smpat nk amik gambar dah, lps ok sket baru amik gambar yg kat ats tu.
Tgk kapas yg disumbat dlm hidung hubby, mak aii punyalah besar & panjang.x sangka bole ja sumbat dlm hidung kita kapas sebesar tu..kapas tu panjang dlm sejengkal, lebar dlm sebesar ibu jari..abis la kembang hidung hubby..
Lps buang kapas tu, hubby rasa selesa sket,tp still x bole bernafas guna hidung lagi sbb masih tersumbat..

Hari ke-5 berkampung di hospital, hubby masih x bole keluar ward..huhu
Boringnya, x tau nk ckp..tp x pe, aku sentiasa menemani hubby habuan teman nk menyembang.
hubby dah makin sihat, dah bole mkn bubur & aiskrim. tp hidung still keluar darah, sbb tu x bole blk lg..
rindu sama cik dania, sian dia..

Hari ke-6..x yah tampal hidung lagi.darah keluar sket2 je..
Doktor ckp, dah bole discharge hari tu..yeay..

Buat mama & abah (FIL, MIL) yg susah payah blk dari kl, semata2 nk tgk hubby buat pembedahan, terima kasih byk2, utk mak & ayah yg sudi tlg jagakan cik dania sepanjang aku menjaga hubby di hospital & buat adik aku yg menjadi pekerja sementara utk settlekan urusan membungkus order2 dr customer aku..
Terima kasih semua, Allah Taala shj yg mampu membalasnya..
 
Sepanjang 6 hari berada di hospital, layanan yg diberikan oleh doktor & nurse2 sgt aku berpuas hati.
Terima kasih buat semua doktor2,nurse2 & staff ward 7B Hospital Sultanah Bahiyah.
 
Syukur sgt, sepanjang menjaga hubby di hospital, biz berjalan seperti biasa, segala urusan pos & bgkus brg diuruskan oleh adik aku. Yg nak COD brg, mereka sanggup dtg di hospital, utk amik brg yg dorang order. 
Bestkan, dpt jaga suami sakit, x yah pening2 kepala nk apply cuti utk jaga suami, income msuk seperti biasa..malahan, mgkin yg dikatakan rezeki menjaga suami sakit, di hari suami buat operation, bertalu2 org  buat order sehinggakan sales hari tu pecah rekod.. Berapa yg pecah rekod tu, biarlah rahsia..
Kdg2 rezeki Allah nak bagi, siapa yg tahu kan..
murah rezeki skrg.. Alhamdulillah..

Aku yg sentiasa tersenyum :)
Pengalaman menjaga hubby sakit di hospital adalah satu kenangan yg sgt indah, walaupun x ckp rehat & tido. tido pun dlm keadaan yg sgt2 tidak selesa.bila hubby x bole mkn, secara automatiknya aku pun x berselera nk makan..sbb kesian & sedih semua ada. Itulah hakikatnya menjaga org sakit..
Akulah yg menjaga hubby siang & mlm, teman berbual hubby, teman ketawa, teman menangis, 
menjaga segala-galalah.. 
Jom nyanyi sket..
*ketawa bersama, menangis pun bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama*
heheh..sapa tau lagu apa?

Hubby turun 3 kg lps keluar ward & juga aku turun 2kg.. haaa, ko x yah nk berdiet2 bagaikan..
bila susah hati, sure x berselera nk mkn, berat pun senang je turun..
Babai hospital..

12 comments:

Aine Ainun said...

alahai Wanie...
saya yang berdebar baca...sebak...

Alhamdulillah..selamat da kan...=)
berkat isteri yang menjaga....

Lagu apa ye?
x cam saya...

erm..kalo saya yg melaluinya mst managis-nangis la hai...da la penyedih...

ashra said...

sayu tengok..lagi lah wanie kan...
alhamdulillah...saat yang sukar da ditempuhi.mudahan kesihatan suami wanie semakin baik dan sepenuhnya.

untung dapat isteri cam wanie..
btw,untung kita housewife kan..kalu kerja,mgkn lagi serabut nak cuti sebagainya =)

Cho Zila said...

Alhamadulillah dapat merasi saat sebgn.. moga pengorbanan wanie mendapt perhatiannyer... tak mudahkan... syukur rezekipun bertambah..
ps ingatkan tak nak sambung cerita...

Unknown said...

salam kenal,

erm moga hubby semakin sihat yerk...

mummY daniSha said...

wanieee!!sori sgt....lama sgt x berBW...bz jee....semoga hubby wanie cepat sembuh ye..amin....

Tie HT said...

aduhai, seriau akak tengok..moga sembuh sepenuhnya..aamiin

>>EiN@>> said...

TAKUT JGK YER...EMAK KAMI SAMPAI LA XOPERATE SBB BERISIKO...ALHAMDULILLAH SAAT GENTING WANIE DH LEPAS DGN SELAMAT...

Masya said...

alahai... menakutkan jer sy dibuatnya...

Anonymous said...

Huhu..appointment operate tonsil sy bln 12 ni..seram la plak

AzlinaFizuan said...

pengalaman y sama...baru hari ke 7 hari ni...

Badrul said...

Entry ni sama dengak kisah sy...huhu. mmg sakit tp terpaksa. Minggu ini afalah minggu ke3 sy selepas operation. Hidung terasa bengkak lg. Solat pun duduk, kalau sujud meleleh darah. Kepala berat aja sebab selalu douching guna air garam yg doktor bekalkan. Jangkaan 2 bulan baru sembuh. Nak lasak pun xboleh...
Yang paling tak selesa bila paru2 xboleh ikut rythm nafas sebab hidung bukaan dah xsama dulu. Kita akan pening n sesak dada.

Badrul said...

Entry ni sama dengak kisah sy...huhu. mmg sakit tp terpaksa. Minggu ini afalah minggu ke3 sy selepas operation. Hidung terasa bengkak lg. Solat pun duduk, kalau sujud meleleh darah. Kepala berat aja sebab selalu douching guna air garam yg doktor bekalkan. Jangkaan 2 bulan baru sembuh. Nak lasak pun xboleh...
Yang paling tak selesa bila paru2 xboleh ikut rythm nafas sebab hidung bukaan dah xsama dulu. Kita akan pening n sesak dada.