Hai semua.. lama betul x berblog, rindu ya amat!
Akibat byk keja yg terpaksa didahulukan, harini baru ada kesempatan nk update cerita ceriti 'sweet journey' kami.. Meh dengar mak cik nak cerita ni.. hehe...
Hari ahad 29/4 lepas kami bertolak ke Butterworth naik bas pkl 7
ptg.. Leceh betul cik abg aku tu, pkl 6 ptg baru terkial2 sampai umh..
Nasib baik aku dah siap2 semua brg2, tunggu cik abg aku sampai jer.. Dah
tau dah cik abg aku tu sentiasa sibuk, smpikan nak gie bercuti pun
teramat2 ler susah.. Sehari sebelom bertolak, cik abg aku baru ada dpt
surat kena in charge satu kursus di Sg Petani hari rabu 2/5.. padahal
cik abg aku dah awal2 lagi mintak cuti.. Mana cukup kan pergi ptg ahad,
hari selasa dah kena blk kedah.. aku apalagi, sentap lah.. Pastu tu
pujuk lah hubby suruh gantikan sapa2.. nasib baik ada sorang kwn hubby
dgn sukarelanya nak gantikan tempat hubby, tapi utk sehari saja.. oklah
kan, adalah masa nak gie jalan2..hehe..
Ptg tu ayah & mak aku
yg hantar kami kt Shahab Perdana.. Beli tiket bas KBES (Konsortium Bas
Express Semenanjung) ke Butterworth. Hubby amik VIP seat, so kami duduk
sederetlah.. aku dgn cik dania, hubby dok bersebelahan sorang2. Dulu
masa aku study 8 tahun lepas, tiket bas utk ke Butterworth harga RM6.30,
skrg ni semua dah naik RM9.80 (dewasa), RM6.70(kanak2)..
Yg
bestnya, cik dania tersgtlah excited naik bas utk 1st time.. terloncat2
atas bas tue, suke bebenor dia..Cik dania sgt2 good sbb x buat
perangai.. naik je highway terus tertidur dia, maknya pun ter'join'
sekali..haha
Di Shahab Perdana sebelum bertolak bersama ayah & emak aku..susah betul nak amik gambar dorang ni, sbb jenis yg pemalu nak bergmbar..ni pun puas aku paksa dorang nie..
Cik Dania dressing punya brutal, seluar siap ada rantai lagik. tapi botoi x lepas, gonggong memanjang.. aiyaaa!!
Bas yg kami naik tu laju jgk lah.. sbb kami smpi agak awal dlm jam 9 mlm di stesen bas Butterworth. Lepas solat & makan mlm di situ.. kami bergegas nak ke stesen keretapi.. blur la jgk sbb dah lama x dtg stesen bas butterworth ni, dah byk perubahan sgt & kami plak smpi waktu malam. cangak punya cangak, last sekali baru tanya polis kat mana stesen keretapi, rupanya dorang ubah buat stesen sementara. sbb tulah carik stesen keretapi yg lama x jumpa, stesen yg betul belom siap lagik..
Bergmbar di stesen keretapi sementara Butterworth.. dok kelewaq dlm sejam lebih jgklah kat sini.. Malam tu ramai jgk yg naik keretapi sekali dgn kami..
Nin dia keretapi kami dah smpi dayang senandung, ehh silap 'SENANDUNG MUTIARA'.. Keretapi ni bertolak jam 11 mlm.. nasib baik x delay, tepat jam 11 mlm terus bertolak..bagus2..
Haa..nilah cabin kami.. Hubby amik 1st class Premier Night Deluxe Sleeper (ADNFD).. Harganya agak mahal satu cabin ni RM255.. tapi sekali sekala nak enjoy, apa salahnya kan..
Katil tingkat atas..
Ada tibi lcd kecik dlm cabin tu..siap dgn rak utk letak brg2..
Juga terdapat bilik air, ada shower utk mandi..
Mee Goreng yg sgt sedap, air mineral, towel & toiletteries
Toiletteries..
Laluan utk masuk ke dalam cabin.
Sebelum keretapi bertolak kami sempat jalan2 atas keretapi tu. Yg nie 1st class duduk.. ada 2 org je dlm kelas tue..
Jam 11mlm keretapi pun jalan..best sgt sbb nie kali kedua aku naik keretapi, 1st time dulu masa darjah dua naik pi umh sedara kat Bukit Jenun.. masa tu time raya, punyalah ramai manusia. Naik dr alor setar kena berdiri smpilah kat bukit jenun... adeh, lemah longlai lutut aku..
Tapi kali nie, best2 sbb kami bole tido lagi.. sgt2 selesa.. siap ada org served makanan sekali..
Dlm pkl 2pg baru kami dpt tido.. sembang2 merancang masa depan dgn cik abg sambil makan koci.. Wahh, romantik uollls dapat honeymoon atas ketapi, bergoyang2 rasa mcm tido atas buai je.. sbb tulah kot, budak2 suka naik buai..
Setengah jam lepas bertolak, ada staff dtg antar makanan utk supper iaitu mee goreng basah & air mineral.. Mee goreng dia sgt2 mabeles! mcm mee goreng mamak..
Dlm pkl 5.30pg, sekali lg staff antar makanan utk breakfast iaitu milo panas & kek pisang..
Then, lagi setengah jam nk smpi KL Sentral, staff ktmb dtg sekali lgi utk maklumkan destinasi kami dah nak smpi..
Cuma aircond cabin tu x bole control, teramat sejuk! Rasa cam nak beku ja kami kat dlm cabin tue..
Mulanya igt nak mandi sebelum smp, tapi bila rasa air cam ketoi ais ja, terus aku cancel nak mandi pagi tu..
Ni dah smp di KL SENTRAL dlm jam 6.50pg.. posing jap, muka kami x mandi..
Bila smpi, terus kebulur.. td makan kek pisang je, mana cukop kan.. Aku cam biasalah, pagi2 mesti cari nasi lemak.. Melilau sana sini, jumpa satu kedai makan kat situ yg jual nasi lemak.. hehe lega...
Terus rembat nasi lemak 2 bgks aku sorang.. See, mcmna nak kurus kan.. makan x igt dunia..
Lepas makan, beli tiket komuter plak ke umh kakak aku kat Klang..
Peace dulu sebelum naik komuter ke Klang pkl 8.10pg camtu.. Org2 KL jgn gelakkan aku, sbb nilah 1st time aku naik komuter.. malu saja kan, dah lama hidup baru merasa naik komuter, tapi x kesahlah.. Masa naik komuter x sempat nak amik gmbr, sbb org ramai kami kena berdiri.. Perjalanan ke Klnag amik masa 45 minint camtulah.. Masa tu kebetulan hari isnin, jadi adalah hari bekerja.. So, dapatlah merasa pengalaman berebut2 naik komuter, walaupun penat tapi berbaloi sbb dpt rasai pengalaman nie.. Naik bas, ketapi & berebut naik komuter.. So sweet!.
Sebenarnya, kalau nk senang kami bole aje naik bas dr Alor Star terus ke Klang umh kakak aku, tapi saja kami nak enjoy dgn journey kami kali nie.. Ternyata mmg sgt2 happy & enjoy, sungguh adventurous.. lain dari journey yg lain2..
Ok, cukuplah kot utk kali nie.. x larat dah nie..
Jumpa lagi next entry ya, part 2 plak utk cerita kenapa sebenarnya kami ke KL..