Nov 22, 2011

Buah Hawa @ Buah Zuriat

Pg tadi ziarah kwn skool hubby yg baru blk haji dari Mekah. Alhamdulillah, dpt minum air zam-zam & makan buah kurma dll dari Mekah selain dpt mendgr cerita2 ketika beliau berada di sana. Bilalah rezeki kami pulak utk ke sana yer? InsyaAllah ada rezeki serta dgn izin Tuhan nanti, maka akn smpi jgklah kami ke tanah suci. Sebelum blk kwn hubby ada menghulurkan satu bgkus plastik yg mengandungi buah hawa@ buah zuriat. Aku hairan jgk kenapa kwn hubby bole bagi buah ni utk kami, rupanya hubby yg memesan buah ni sebelom kwnnya itu bertolak ke Mekah, masa tu aku baru saja miscarriage msih dalam kesedihan. Jadi hubby ada la dgr cerita2 org, yg buah hawa ni sesuai utk golongan yg susah nk conceive cam aku ni & satu ikhtiar utk dicuba bagi mendapatkan zuriat .
Buah ni tersgtlah keras. Nak membelahnya pun agak susah, terpaksalah mengunakan gergaji kecik utk membelahnya, pisau mmg x jalan. Caranya adalah dgn merebus buah ini, lalu diminum air rebusannya. InsyaAllah, aku akan cuba nanti. Bt masa skrg ni, doktor menasihati aku utk rehat dulu selama 3 bulan selepas miscarriage hari tu. Kata doktor biar rahim aku kuat kembali sebelum trying to conceive again, takutkan jika terpeknen skrg 'sejarah akan berulang'. Bermakna awal tahun dpnlah aku bole mencuba utk conceive lagi.. Sempatlah kot hormon aku stabil semula, lgpun pening jgk skrg ni bila Cik P masih tunggang langgang, bulan ni saja dah 3 kali Cik P datang..hadoii gie mana neh...


Bila tgk buah ni tetiba teringat kat 'adik'.. dah dkt2 2 bulan 'adik' tglkan mama,papa & kak dania. Kalau 'adik' masih ada mesti dah 5 bulan lbh skrg ni kat dlm perut mama. Mesti mama dah dpt rasa 'adik' bergerak2 kan?.. Rindu sgt2 kat 'adik'..
Kdg2 hati mama sebak & tersentuh bila kak dania selalu cakap 'gud nite adik' & 'adik bt apa tue, jom tidoo'..sambil gosok perut mama sebelom tido. Sbb dulu mama jgk yg ajarkan kak Dania cakap mcm tu kat 'adik' sewaktu 'adik' masih ada dlm perut mama. Puas jgklah mama cuba terangkan kat kak dania yg 'adik' dah x der, Tuhan dah amik 'adik'.. Pastu dgn selambanya kak Dania cakap nak 'puk' Tuhan sbb amik 'adik'.. Mama ckp x baik kata mcm tu kerana Tuhan terlalu sayangkan 'adik' & skrg 'adik' berada di tempat yg paling terbaik di sana sbb itulah Tuhan amik jaga 'adik'..
Nmpaknya kak Dania mmg belum mengerti apa2 lagi.. Takpelah, perlahan2 lah nanti kak Dania akn faham jgk.
Baru terjumpa geng bloggers yg senasib dgn aku, seronok bila dpt berkongsi cerita dgn mereka yg sekapal. Menitik air mata bila membaca kisah mereka mengenai kehilangan anak msg2. Aku sgt kagum dgn ketabahan & kesabaran mereka menempuhi ujian Allah. Aku mahu amik semangat mereka sbg inspirasi bt aku.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi aku Dania, walaupun Engkau telah mengambil 'adik'. Aku redha.. Sumpah terubat kerinduan terhadap 'adik' tatkala memeluk Dania terasa seperti memeluk 'adik' juga. Sbb itu aku x bole berpisah lama2 dgn Dania, rindu yg teramat sgt!
Aku harap selepas try buah hawa ni, aku akan cepat to conceive blk nanti, sesenangnya aku peknenkan 'adik' dulu..

2 comments:

zuliana abd rahman said...

Salam wanie, yana ada terbaca tentang buah zuriat ni.Salah satu ikhtiar kita utk mendapatkan zuriat lagi kan.Insyaallah ada rezeki dania nak dapat adik lagi nnt.Wanie jaga kesihatan baik-baik ye

Yana pun sedang ttc ni.Doktor pakar tak suggest yana utk ambil apa2 family planning.Kalau boleh biarlah cepat 'berisi' semula sebagai 'penawar' buat yana katanya.

Period mmg akan tin tong sikit kalau baru lepas miscarriage@ bersalin ni.Yana pun baru bulan ni CD okey.Sebelum2 ni semuanya tak berapa okey.Yana doakan moga rezeki kita utk memiliki zuriat lagi akan diperkenankan olehNYA.

wanie amerie said...

aahh, sbb tulah wanie nk try tgk buah ni, mana lah tau kot2 ada rezekikan..
yana, wanie mmg x pernah amik apa2 family planning langsung sejak kawen.
tulah, Cik P pun x btoi lagi ni.. takpe InsyaAllah adelah rezki kita nanti kan..heee