Oct 22, 2011

Pabila November Datang Lagi..

Risau sebenarnya bila ada mendengar ura-ura mengatakan banjir akan datang lagi awal november nanti. Dalam media2 pun mmg sudah sedia maklum ada berita yang menjangkakan 'Kedah akan dilanda banjir lagi' serta disuruh bersiap sedia segala kemungkinan yang akan berlaku. Tambahan pula sekarang ni banjir yang melanda di Thailand nmpknya semakin hari semakin buruk. Dijangkakan lepas raya deepavali ni, air empangan di Thailand akan dilepaskan. Berdasarkan pengalaman yang lalu, selalunya banjir akan terjadi sebaik sahaja air empangan di Thailand tu dilepaskan..
Bila memikirkan soal banjir ni, rasa mcm dah fobia mengingatkan kenangan mengemas rumah sebelom banjir, basuh rumah & nk mengemas semula rumah selepas banjir..adehh lotih den..
Semoga kami sekeluarga dilindungi serta terhindar dari bencana banjir seperti yang diuar-uarkan tu..

2 comments:

penDragon said...

kita kena bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir ni wanie. serik dh rasanya kena banjir ni....

wanie amerie said...

tulah, mmg kita kena get ready utk hadapi banjir ni.. katanya banjir kali ni akan lebih teruk berbanding tahun lepas.. kena beli stok makanan byk2 siap2 dari skrg la..huhu