Sep 28, 2011

PASRAH SEADANYA...

Entah bagaimana hendak aku luahkan kisah hatiku yg telah menduga aku, tatkala menulis entry ini hati aku masih lagi dirundung pilu. Terasa bagaikan baru semalam hati aku berbunga-bunga menyanyi kegirangan apabila menerima satu kurniaan Dari MU, tetapi hari ini hati aku bagaikan direntap-rentap, menangis kesedihan kehilangan di atas kurniaan yg telah Engkau pinjamkan sementara waktu buat aku.. Sungguh hebat dugaan MU YA ALLAH..
Aku percaya setiap dugaan yang Allah turunkan utk hambaNya adalah mahu menguji tahap kesabaran hambaNya. Ya benar... skrg Allah sedang menguji ketabahan hatiku.
Aku redha Ya Allah.. jika ini adalah yang terbaik buat aku serta keluargaku. Aku pasti ada seribu hikmah menanti disebalik dugaan ini.. Walaupun hati aku teramat amatlah sedih, sakitnya x mampu aku ungkapkan, bukan kerna sakit menjalani rawatan D&C tapi sakitnya di dalam hati menanggung kesedihan bagai ditusuk-tusuk panah duri..SUBHANALLAH..
Ironinya, siapalah aku? Aku hanya seorang hamba Mu yg lemah.. aku hanya seorang ibu yg bisa menangisi pabila kehilangan anak walaupun anak itu masih di dalam kandungan..
Terkenang kembali tarikh 16/9/2011 ketika check up yang pertama, aku bisa melihat denyutan jantung bayiku..berdenyut-denyut..sungguh bahagia sekali kurasakan saat itu..
Tapi di tarikh 20/9/2011 ketika doktor mengesahkan bayiku sudah tidak bernyawa lagi, terasa menggeletar seluruh tubuh, mulutku kelu seribu bahasa..kepalaku terus diawang-awangan, ku cuba tahan agar tidak pecah empangan air mataku.. ketika itu hanya hubby aku saja yg terus berbicara dengan doktor, manakala aku hanya mengiakan apa yang diperkata, segala keputusan ku serahkan segalanya pada hubby aku kerana pikiran ku tidak semena-mena buntu, walaupun aku berjaya menahan sebak didada di depan doktor tetapi akhirnya tumpah juga sebaik saja keluar dari bilik doktor..maka berderailah airmataku tanpa hentinya..Malamnya ku lewati dengan kesedihan di hati sambil x putus2 berdoa kepada Allah berilah aku kekuatan hati..
Bukan kerana tidak percayakan kata-kata doktor, hanya untuk mendapatkan kepastian buat terakhir kali, keesokkannya aku pergi ke sebuah klinik lain pula, masih menaruh harapan manalah tahu akan keajaiban Tuhan.. tapi telah tertulis keputusannya adalah sama seperti sebelumnya.. lalu aku pasrah seadanya, aku redha Ya Allah!.. kembalilah 'sayang', kembalilah kepada Pencipta mu..
Tanggal 24/9/2011 merupakan satu tarikh yg akan terus segar dalam ingatan aku, jam 3 ptg aku pergi ke Pusat Rawatan Mahsuri untuk menjalankan rawatan D&C....
Gembiranya dihati baru-baru ini apabila mendapat tahu Pusat Rawatan Mahsuri di buka kembali & aku berhajat utk melahirkan anakku kali ini di sini jugaklah sama seperti sebelumnya sewaktu melahirkan Dania dahulu. Sayunya kedatangan aku kali ini bukanlah utk melahirkan anak, tapi sebaliknya menjalankan rawatan D&C..
Sebelum aku dibius ketika didalam labor room, aku cium tangan hubby aku memohon kemaafan & segalanya kekhilafan.. Ku lihat berlinangan airmata jernih jatuh dipipi hubby aku, sambil mengangguk-angguk memaafkan aku.. Katanya 'Omey kena tabah & kuat.. Allah sedang menguji kita'..
Jawabku 'Ya, Omey tau..cuba Abg tengok, Omey dah x nangis lagi.. Omey dah redha dengan ketentuan Allah, Alhamdulillah Omey dah makin kuat & tabah..tapi kenapa abg pulak yang nangis'?..
'Abg kesiankan tengok keadaan Omey sekarang'..seraya hubby ku membalas.
'Abg jgn risau, Omey baik-baik saja cuma abg doakan Omey selamat ya!'..sekali lagi aku menjawab lantas memeluk seerat-eratnya hubbyku itu..
Selepas itu aku dibius, proses rawatan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 jam tanpa aku sedarkan diri..
Selesai semuanya prosedur, aku kembali sedar seperti sediakala, aku dapati hubby berada disisi sambil tersenyum, dah selesai pun.. Perlahan-lahan aku meraba perut aku, aku dapati perutku kembali kempis seperti tidak mengandung lagi.. Perasaan hiba & sayu menerjah kembali ruang hatiku, airmata ku gugur lagi.. Maafkan Mama 'sayang', bukan sengaja mama buat begini, tapi 'sayang' yang pergi tinggalkan mama terlebih dahulu.. Sungguh 'sayang' terlalu kasihkan mama, sehinggakan 'sayang' gugur pun mama tidak merasai apa-apa kesakitan yg bisa dirasai oleh sesetengah ibu lain yg mengalami keguguran seperti mama..
'Sayang' walaupun 'sayang' tidak dilahirkan di sisi mama, tapi percayalah 'sayang' terpahat abadi di hati mama buat selamanya.... Bersabarlah wahai hati, pasti ada hikmah menanti...

3 comments:

my life as an ice_cream said...

bersabar bnyk2...

>>EiN@>> said...

sabarla yer sub...mgkin thn depan da rezki lg...apa2pn berehat n kurgkan skit aktiviti menjahit yer..

Rina Rahamat said...

sy yg asyik nangis bc entri awakk