Aug 9, 2011

Anugerah Dari Allah


Syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki yang makin mencurah-curah sejak akhir2 ni. Tatkala aku sibuk menyiapkan tempahan baju2 utk raya, aku baru menerima satu berita yang bisa membuatkan aku tersenyum kegembiraan.
Boleh dikatakan akhir2 ini, selepas berbuka puasa aku akan terus tertidur keletihan di atas tikar sejadah pabila selesai menunaikan solat maghrib & akan terjaga bila dikejutkan oleh hubby aku.. Ralat melihat aku yang selalu tidak sihat & asyik keletihan yang luar biasa, hubby mengajak aku untuk berjumpa dengan doktor selaku mahu mengetahui apakah sakit aku sebenarnya.
Bila diperiksa semuanya baik2 saja, lalu doktor menguji air kencing aku.. Tanpa kuduga tiba-tiba muncul 2 line merah yang bermaksud 'I'M PREGNANT'.. Terharu mendengar ucapan tahniah dari doktor, tanpa aku sedari berlinangan air mata dipipi aku, begitu jgk dgn hubby aku turut sama menitiskan airmata kesyukuran..
Lantas aku memeluk Dania yg kehairanan melihat mama & papanya menangis tanpa mengerti apa-apa. Sambil memeluk aku berbisik ke telinga Dania "X lama lagi Dania nak dapat adik tau"..
Sebenarnya sukar untuk aku ramalkan akan mengandung kerana aku ni jenis datang bulan (haid) yg tidak tetap. Datangnya tidak menentu seringkali lewat, adakalanya lewat sampai 1 bulan, jadi kalau setakat lewat semggu mahupun 2 mggu aku masih tidak mengesyaki apa2. Kali ini haid aku cuma lewat sepuluh hari saja, apa yang aku rasa ada kelainan kali ini kerana aku sering tidak sihat, sakit kepala serta kerap muntah2. Lantaran itu, aku pun menaruh secebis harapan 'mengandungkah aku ni' tanpa mengharapkan sepenuhnya. Agak terkejut juga baru2 ni bila hubby aku bertnyakan apakah aku sudah dtg haid belum bulan ni? Katanya dia pun sering muntah2 ketika berada di sekolah.. Sebab dahulunya sewaktu mengandungkan Dania, hubby aku turut mengalami alahan seperti mana yang dialami oleh aku, cuma dia hanya diperingkat permulaan saja manakala aku pula berterusan sehingga kandungan mencecah ke-9 bulan pun, aku masih mengalami alahan pembawakan budak... Rupa-rupanya kejadian yang sama berulang kembali..
Bukan aku tidak berharap akan mengandung lagi, cuma pengalaman lepas byk mengajar aku. Kalau dulunya, bila haid aku agak lewat mencecah 2 mggu aku pun mula berangan-angan yang aku sudah mengandung. Tapi bila tiba masanya haid aku datang jgk, terasa betapa peritnya menanggung kesedihan untuk menerima kenyataan yang aku hanya berangan sahaja. Bila sudah berkali2 berlakunya kejadian yang serupa, aku belajar menerima kenyataan bahawa rezeki itu Allah yg tentukan, sekiranya tiba masanya nanti aku ditakdirkan mengandung, aku akan mengandung jua..
Dan tiba masanya, akhirnya Allah memperkenankan hajat aku.
Terkenang kembali dahulunya betapa aku & hubby bersusah payah berikhtiar utk mendapatkan Dania, cakap saja ubat apa yang tidak pernah aku cuba dari berurut, makan jamu, ambil pil subur, jumpa dgn doktor pakar, minum air tasik dayang bunting dan bermcm2 lg. Selama hmpir 2 tahun Allah menguji kesabaran aku dan selama itulah aku tetap berusaha dan berusaha dengan pelbagai cara. Adakalanya aku sgt tertekan bila adanya sindiran yg mengatakan aku mandul, luluh benar hati bila mendengarkan ada jgk manusia yang snggup mengeluarkan kata2 seperti itu tanpa memikirkan perasaan aku. Dan seringkali membuat aku tertekan bila mengetahui sahabat2 aku yg baru berkahwin telah pun disahkan hamil tapi aku terus tunggu & menunggu tanpa sesekali aku berhenti berharap. Aku redha seadanya dengan ketentuan Allah. Akhirnya, bila aku disahkan hamil betapa gembiranya hati ini hanya Tuhan saja yg tahu. Dan kali ini hati aku kembali berbunga-bunga seperti dahulunya sewaktu mengandungkan Dania. Mgkin inilah hikmah disebalik ujian yang telah aku tempuhi dahulu & Alhamdulillah Allah mengabulkan hajat aku. Lihat betapa Allah itu Maha Adil. Jika dulunya aku perlu bersusah payah tp kali ini Allah permudahkan segalanya..
Mungkin bagi sesetengah insan lain agak biasa bila disahkan mengandung, tapi tidak bagi aku. Aku menganggap ianya satu keajaiban anugerah dari Tuhan apabila aku disahkan mengandung kerana aku pernah melalui ujian yang benar2 menguji keimanan aku untuk mendapatkan zuriat ini. Syukur yang x terhingga apatah lagi mendapat berita ini di dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.. Semoga Allah pelihara diri aku & kandungan aku ini..
SYUKUR YA ALLAH! KERANA KALI INI ENGKAU MEMPERMUDAHKAN SEGALANYA.

10 comments:

Roslaily Saad said...

tahniah sub!!

CIK NANA said...

Tahniah.. ;p
Take care tau!

penDragon said...

tahniah!! jgn penat2 sgt...

>>EiN@>> said...

tahniah sub...dlu kak ofis da pesan klo pregnan xleh kuat menjahit tp klo mesin yg guna kaki mcm org2 dlu2 tu dia bg tekanan kt perut,tu yg km stop berlajar menjahit..dia pernah turun darah katanya...apa2pn sub hati2 yer...

~IZZAH~ said...

tahniah.. suka suka suka dan sukaaaa..

take care, jgn menjahit smp lewat2 mlm. rehat kena cukup, kalau takut takdan siap tempahan baju, harus la minta cuti memasak dari bos ye..

Aku DaN SeSuAtU said...

tahniah sub..bakal anak ke 2..rezeki ramadhan..hee

wanie amerie said...

TQ SEMUA..LUV U!!

yaNa said...

tahniah sub!
jaga diri bebaik..
doakan along plak menyusul yer.. ;)

wanie amerie said...

TQ along..insyaAllah,along byk2kan berdoa tau sempena bulan ramadan ni.jgn putus asa..

Anonymous said...

… Unbelievable , but I just found software which can do all hard work promoting your wanie-sweetmemories.blogspot.com website on complete autopilot - building backlinks and getting your website on top of Google and other search engines 1st pages, so your site finally can get laser targeted qualified traffic, and so you can get lot more visitors for your website.

YEP, that’s right, there’s this little known website which shows you how to get to the top 10 of Google and other search engines guaranteed.

I used it and in just 7 days… got floods of traffic to my site...

…Well check out the incredible results for yourself -
http://magic-traffic-software.com

I’m not trying to be rude here, but I believe when you find something that finally works you should share it…

…so that’s what I’m doing today, sharing it with you:

http://magic-traffic-software.com

Take care - your friend Jennifer