Jun 19, 2011

Happy Father's Day..

Jika bulan Mei sinonim dengan hari ibu, Jun pula hari untuk memperingati para bapa. Benarlah kata pujangga, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa berkorban nyawa. Bapa atau apa sahaja panggilannya berperanan lebih di luar rumah berbanding si ibu yang lebih berperanan besar di rumah, tugasnya adalah untuk mencari rezeki perginya pagi pulangnya petang atau malam. Semata-mata mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri.
Sempena hari bapa ini pastinya aku ucapkan khas untuk ayah aku yang tidak pernah kenal erti penat mencari rezeki membesar dan mendidik kami tiga beradik. Begitu tinggi pengorbanan mak dan ayah yang meletakkan keutamaan anak2 melebihi keutamaan sendiri. Buat hubby tersayang juga tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang bapa, serta mencari rezeki untuk kita tiga beranak ini..
Buat bapa mentua juga terima kasih segalanya..Sememangnya jasa & pengorbanan kalian tidak ada tolok bandingnya. Hanya Allah yang mampu membalas.
Semoga kalian terus diberkati Ilahi, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur serta sentiasa berada dibawah lindunganNya..Amin.
..

No comments: