May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan 'SELAMAT HARI IBU' BUAT IBU TERSAYANG CHE AH BT MAHMUD, IBU MERTUA AKU MARIAM BT ABU BAKAR & untuk diri aku sendiri yg sudah bergelar ibu serta semua ibu2 di seluruh dunia..
Buat 'mak', aku sgt berterima kasih di atas segala pengorbanan 'mak' & susah payah dalam membesarkan aku..Hanya Tuhan saja yg mampu membalas segala kasih sayang yg dicurahkan tiada tolok bandingnya..
Bagi aku bila sudah ada anak sendiri baru aku faham benar erti pengorbanan seorang insan bergelar ibu ini. Dari saat mula mengandung selama 9 bulan, melahirkan, menyusukan serta menjga & mendidik dgn penuh kasih sayang adalah satu tanggungjawab yg sgt berat yg harus dipikul oleh seorang ibu disamping dorongan & bantuan dari seorang suami. Semuanya dilalui dengan penuh yakin & sabar, walaupn adakalanya dugaan mendatang. Bagi aku pengalaman yg aku lalui waktu mengandung, melahirkan adalah satu pengalaman yg berharga dlm hidup aku, apatah lagi aku diuji kerana 'puteri kesayangan' aku sering tidur lewat bermula dari dalam pantang sampai skrg. Waktu tidurnya tidak seperti kanak2 lain, rata2 kanak2 lain jam 9-10mlm sudah enak dibuai mimpi. Tp berlainan dgn 'puteri' aku waktu tidur sebelah malamnya sekitar jam 2-3 pagi, maka setiap malam aku terpaksa berjaga melayan kerenah 'puteri' aku ini sehingga dia tidur. Nasib la aku tidak bekerja kalau tidak entahlah..
Macam2 petua yg sudah aku amalkan atas nasihat sahabat2 aku tp nmpknya belom berhasil. Aku redha mgkin ujian bt aku tp x putus2 aku berdoa moga satu hari waktu tidur 'puteri' aku seperti kanak2 lain.
Harapan aku semoga aku akan terus menjadi seorang ibu yg terbaik bt anak aku kini & selamanya.

* Lambat sket update blog pasal Hari Ibu sbb baru blk dari kg..hubby outstation.
Mggu depan hubby aku outstation lagi...sob..sob..kena tggl lagik nmpknya.
Buat En.Hubby- bertuahlah awak kerana memiliki isteri yg mempunyai kesabaran yg
tinggi, kalau tidak merajuk la isteri awak tiap2 hari dengan kesibukan kerja awak
itu..
Sabarlah wahai hati, ada hikmah menanti..Insyaallah.

2 comments:

penDragon said...

happy mother's day tu yu...mudah2an bila dania besar nnti time tido dia kembali normal...

wanie amerie said...

harap2 mcm tu la..tq