Sebenarnya percutian kali ni mmg x dirancang pn,sbb aku & hubby msing2 sibuk ngan tugas..aku sibuk menyiapkan tempahan bj2 untuk raya haji yg bakal menjelang nanti,manakala hubby aku sibuk ngan ngajar & latihan band yg sepatutnya dibt persembahan 9hb lepas,tp terpaksa ditangguhkan ke tarikh yg blom ditetapkan lagi..
Umah aku yg sebelum ni dijdkn tempat penempatan mangsa bnjir iaitu mak,ayah & adik aku,last2 aku pn terpaksa berpindah kerana umh aku pn turut ditimpa bencana yg sama.maka msg2 berhijrah la bawa diri,mak bapak aku tumpang kat umh mak sedara aku di pokok sena,disebabkan dah terlalu ramai yg menumpang disana & masalah ketiadaan air & elektrik lalu kmi pn amik keputusan untuk pergi ke tempat lain, destinasinya blom tahu lg..kmi pn bergerak la dgn menaiki kereta yg sarat dgn brg2 & dokumen penting kerana takut jika tinggal di rmh brg2 tersebut dikhuatiri akan rosak ditenggelami air bnjir..mcm2 perasaan wktu itu sedey,risau,takut,letih semuanya ada..
Kmi bt keputusan untuk pergi & bermalam di Penang, lgpn hubby aku ada urusan yg perlu diuruskan di sana..Esoknya selepas hubby aku menguruskan urusannya kmi pn pulang ke Alor Star semula untuk menyelamatkan motor & melihat keadaan rumah yg dikatakan air semakin naik..malangnya kmi x dpt smpi di rmh kerana kebnyakan jalan sudah tutup hnya motor & kenderaan pacuan 4 roda yg tinggi ja bole lalu..kereta km mmg x lepas nk mengharungi air sedalam tu..hubby aku terpaksa mintak bantuan kwnnya untuk blk ke rmh km dgn menaiki trak..aku tinggal di rumah kwnnya sementra hubby aku blk menyelamatkn mtor km. Selepas itu kmi bergegas blk ke sg petani & bermalam di situ..
Ini la keadaan umh aku sewaktu km mula2 berpindah keluar..ayaq dh naik sekerat pintu pagar tp blom msk ke dlm umh lg..tingai 1 inci lg nk msk dlm..
Lepas breakfast, bawa Dania mandi pool kt hotel yg kmi menginap..bkn main seronok lg dania main air..
Bilik km di hotel,x sabar nk berehat & tido sbb penat angkat brg2..
Dania sgt teruja 1st time tido hotel,dia pn mula la nk explore bilik ni,pegang itu pegang ini..
Dania sudah pndai meniru aksi2 yg aku bt,tp x brapa nk jd la..posing kt bilik ngan dania sblm check out..
Posing family kecik kmi seblom blk..selama 2 mlm km menetap di hotel ni..mlm sebelumnya di Hotel Seri Msia,Penang..
Disinilah penempatan mangsa bnjir (aku,hubby n dania)..jgn x caya kat hotel ni penuh dgn mangsa bnjir yg lain jgk..semuanya dtg dri area alor star & jitra..turun breakfast kat hotel semuanya citer bab bnjir ja..
Apapn,aku anggap ada hikmah di sebalik ujian yg Allah berikan ni,km sekeluarga dpt berehat bercuti bersama2,mulanya sekadar hnya mahu mencari tempat utk berteduh setelah umh km bnjir & bole dikatakan x da tmpt untuk km menumpang sbb semua sedara mara km pn mengalami situasi yg sama,yg ada pn hnya umh mak ngah aku di pokok sena,di umh dia pn lebih kurang dlm 16 org semuanya yg sedia ada menumpang di situ,jd km x nk menyusahkannya ..sbb itu km memilih utk bermlm ja di hotel x perlu susahkan sapa2 pn, tp dah alang2 km pn pergi bercuti skali la,haha..tenang2kan & rehatkn bdan dlu, blk nanti km kna kerah tenaga secukupnya utk cuci umh..bohong la jika aku katakan aku x risau memikirkan umh kmi yg bnjir tu..tp aku perlu redha kerana semua yg berlaku ni adalah ujian Allah kepada kmi..yg penting aku enjoy dgn percutian kali ni,walaupn dlm keadaan serba kekurangan..
No comments:
Post a Comment