Dec 1, 2009


CINTAKU KASIHKU ABADI



Sayang..

Saya rindu kat awak
Dulu saya tak macam ni
Mungkin 17 tahun dulu saya tak betul-betul kenal awak
Saya selalu dengar cerita tentang awak ustazah selalu puji awak
Mereka cakap awak baik hati
Suka tolong orang
Awak tak kisah orang hina awak
Sebab awak yakin dengan janji Allah
Bertuah nya ibu yang melahirkan awak
Awak tak sombong
Hormat orang tua dan sayangkan kanak-kanak
Walaupun awak tak kaya
Tapi awak tetap bantu mereka yang memerlukan
Walaupun awak ada kedudukan
Tapi awak tak pernah pandang rendah kat orang lain
Malah awak risau kalau orang lain sesat
Awak tak nak tengok kami tersalah arah
Kadang-kadang saya cemburu sangat
Ramai orang sayangkan awak
Ramai orang nak sangat jadi kekasih
awak
Sebab memiliki kasih awak
Bermakna memiliki kasih Illahi
Tapi saya tahu awak tetap sayangkan saya
Kalau saya ikut perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya
Awak suka wanita yang pandai jaga maruah
Tutup aurat dan taat kepada Allah,suami dan mak ayah
Awak pernah kata Penghuni neraka kebanyakannya wanita
Malah awak lihat sendiri seksaan neraka pesanan terakhir awak
Awak suruh kitorang solat
Sebab solat yang khusyuk
Akan hindarkan kami daripada perkara mungkar
Awak hensem sangat
Wajah awak bercahaya
Sejuk mata memandang
Bagi saya,awaklah jejaka paling kacak
Yang pernah hadir dalam hidup saya
Malahan Anas bin Malik r.a. meriwayatkan,
Kulit awak tak putih
Tak jugak sawo matang
Rambut awak ikal Tak lurus Tak jugak terlalu kerinting
Dada awak bidang
Rambut awak mencecah bahu
dari al-Bara bin'Azib r.a., ia mengungkapkan :Saya tidak pernah melihat orang yangberambut panjang terurus rapi, dengan mengenakan pakaian merah,
yang lebih tampan dari Rasulullah saw. .

Rambutnya mencapai kedua bahunya.
Kedua bahunya bidang.

Beliau bukanlah seorang yang berperawakan pendek dan tidak pula terlampau tinggi. Teringinnya saya menatap wajah awak
Rindu sangat sangat
Saya tahu awak dah ada keluarga sendiri
Ada isteri-isteri yang taat dan anak-anak yang soleh dan solehah
Awak suami yang romantik
Lemah lembut dan bijak bertolak ansur
Tak pernah menyakiti perasaan isteri-isteri awak
Tak pernah berkasar dengan anak-anak
Saya jugak tahu awak paling sayangkan Khadijah
Bertuahnya Khadijah disayangi awak
Saya tak kisah walaupun awak dah jadi suami orang
Saya tetap suka, sayang dan cintakan awak
Saya tak pernah cemburu dengan sayap kiri awak
Malah saya kagum dengan diorang
Teguh berdiri di belakang tabir pengorbanan
Dan setia menyokong perjuangan awak hingga ke akhir hayat mereka
Kalau dulu saya cuma dengar tentang kisah hidup awak
Keindahan budi pekerti awak
Dan jalan perjuangan dakwah awak
Tapi sekarang saya ingin usaha sendiri
Saya baca dan fahami kitabullah
Saya betul-betul nak faham diri awak
Saya nak tau warna kegemaran awak
Makanan favourite awak
Cara awak berjalan,
Pakaian awak dan macam-macam lagi
Makin banyak yang saya tahu
Makin bertambah rasa cinta ni
Makin saya kenal awak
Makin memuncak perasaan saya nak jumpa
awak
dan Pencipta kita

Saya nak sangat syafaat dari awak diakhirat kelak
Saya tau awak jauh
Tapi awak tetap dekat di hati saya
Walau saya tak mampu bertemu dengan awak
Tapi saya akan sentiasa ingat awak
Saya akan cuba sentiasa basahi bibir ini dengan selawat
Itu tanda saya cintakan awak

Saya akan cuba,Insya Allah Awaklah permata hidup saya, YA RASULULLAH..

No comments: