Showing posts with label hati menangis sapa tahu. Show all posts
Showing posts with label hati menangis sapa tahu. Show all posts

Mar 2, 2014

Lumrah hidup, ada pahit ada manisnya..

Assalamualaikum..

Ya Allah, lamanya x update blog..Terlalu byk sebenarnya kisah2 yg terjadi hendak dicoretkan dlm ni, tp disebabkan kekangan masa yg teramat sgt membatas diri utk berbuat demikian..Fokus utama kpd rumahtangga & biz..Insha Allah, ada masa free2 bole la story2..Cerita cuti2 Hong Kong & Dubai/Qatar masih blom dpt update lgi..takpalah, moga aku x lupa semua cerita2 tu & dpt coretkan dlm blog ni sbg kenang-kenangan..

Hrini 2/3/2014 hubby kembali memulakan tugasnya yang hakiki,setelah hampir 4 bulan cuti (2 bln cuti sekolah+2 bln cuti tanpa gaji)..sedih sgt bila setiap hari selalu berdua ke hulu ke hilir, antar Cik Dania ke tadika, uruskan hal biz. tp harini semua aku kena bt sorang seperti sediakala..
Selalunya lps antar Cik Dania ke tadika, kami akn pergi sarapan pekena roti doll la, gulai ikan temenu la..lps tu blk umh, packing order dr customer sama2.. jika aku bizi reply order2 dr customer hubby yg akn amik alih tugas basuh baju/basuh pinggan..sweet sgt nk dikenangkan..berdua kesana sini bak belangkas..

Agak terkejut juga aku, bila hubby amik keputusan utk cuti tanpa gaji 2 bln..ada sesuatu perkara yg berlaku yg menyebabkan hubby berbuat demikian, terlalu frust dgn politik dalaman org atasan dlm bidang pendidikan..
Bimbang sbnarnya aku, selama 2 bulan hubby x ada pendapatan, yg bole dikatakan sbg gaji utama yg menyara kami selama ni. Tapi Alhamdulillah, selama hubby tidak bergaji, dgn duit berbiz on9 inilah yg menyara kami semua, malahan ada lebihan utk kami pergi bercuti2.. Indahnya percaturan Mu Ya allah..
Diuji dgn sedikit ujian, dlm kesempitan itu terdapat jugak kelapangan..

Manusia mmg x pernah adil dlm menghakimi sesuatu perkara, siapa yg berada di atas, maka merekalah yg berkuasa menentukan semua, walaupun kita berada di pihak yg benar..Biarlah mereka puas hati dgn tindakan yg mereka buat harini..tapi Allah sentiasa mendengar doa hamba2nya, terutama yg teraniaya spt kita..

Buat hubby, bersabarlah, omey sentiasa bersama abg diwaktu susah & senang..
Percayalah, apabila kita redha dgn sesuatu yg mengecewakan & menyakitkan hati kita, maka percayalah Allah akan gantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yg x dijangka..

Alhamdulillah, rezeki aku dlm biz on9 ni, ternyata mencurah2..Skrg sdg berusaha mencukupkan target sales yg HQ tetapkan, moga dpt tiket percutian free ke Korea, destinasi idaman aku tu..
Aku fokus apa yg aku nak, berusaha sehabis mgkin, Insha Allah moga impian aku tu tercapai..

Mar 14, 2013

KRONOLOGI - PEMBEDAHAN TONSIL & TURBINOPLASTY- PART 2

Salam..bertemu kembali..

Ok, jom sambung story hubby operation tempoh hari..
Setelah hmpir 5 jam lebih aku menunggu dgn penuh kesabaran, hubby pun di sorong keluar dr dewan bedah...
Bila dgr pintu dewan dibuka, aku pun terjengok2, panjangkan leher bak burung bangau tgk siapakah gerangannya.. Kali itu, sah! terpanjang wajah kesayangan hamba, mata kami saling tepat memandang..Aku tahu masa tu hubby pun tercari2 aku..'Omey ada kat sini bang, tetap setia tunggu abang keluar, x berganjak pun'.. Bingkas aku cepat2 bangun mengiringi hubby yg disorong ke dlm ward.. Alhamdulillah, pujaan hati aku dah selamat.. x terkata betapa rasa bersyukur pada Yang Maha Esa!

 
Masa ni hubby masih dlm keadaan sedar x sedar lagi..
Nurse suruh aku tukarkan baju hubby yg dipakai masa operate sbb penuh dgn darah. Perlahan2 aku tukarkan baju baru, masa tu hubby x bole bergerak & masih dlm keadaan sakit, jadi aku menggunakan seluruh kudrat utk tolak badan hubby supaya mengiring agar senang proses nk tukar baju tu..
Buat sementara waktu hubby x bole bernafas melalui hidung sbb hidung hubby disumbat dgn kapas utk menahan darah yg mengalir. Jadi hubby perlu bernafas melalui mulut. ptg tu ramai jgk sedara mara & kwn2 dtg melawat..tapi hubby masih dlm keadaan lemah..terima kasih semua.
Hubby minta air nk minum, dahaga katanya..ye lah, dr semlm hubby kena puasa utk operation hari tu.
Aku beri air masak melalui straw minuman, perlahan aku titiskan atas bibir hubby.. Berlinang tgk airmata hubby menahan sakit utk menelan walaupun setitis air. Aku yg tgk ni pun, turut berlinang airmata jgk bila tgk keadaan hubby masa tu.. kesian hubby.. utk 3-4 jam lps operate hubby x dibenarkan makan, minum je bole..tp x minum sgt pun,sbb tekak masih perit..Doktor nasihat supaya mkn benda2 sejuk seperti aiskrim..Elok sgtlah tu, sbb hubby mmg hantu aiskrim..
 Hubby berbuka puasa dgn aiskrim mlm tu..hehe

Malamnya, bila ubat bius beransur habis hubby mulai rasa sakit tekak & paling sakitnya dlm hidung.. Seminit pun kami x dpt lelapkan mata, aku pun panic tgk keadaan hubby, aku cuba tenangkan hubby gosok2 & urut2kan hubby.. Nurse dtg bg ubt tahan sakit,aku tumbuk2kan ubt tu & larutkan dlm air bg hubby minum..
Selepas sejam amik ubat tahan sakit, sedikit pun x memberikan kesan pada hubby. Hubby mula mengadu makin sakit & rasa sesak nafas..alahai..Nurse aku panggil sekali lagi, kali ni doktor yg dtg untuk cucuk ubt tahan sakit..Kata doktor ubat tu kuat, jarang diberi pada pesakit2 cuma jika ubat tahan sakit biasa x bertindak barulah ubat tu akn diberikan..Aku cakap dgn doktor ' takpelah doktor, bagi jelah ubat tu, 
kesian tgk hubby saya menahan sakit'.. Hati sayu sgt, tgk hubby..Ikutkan nk nangis je tgk hubby masa tu, tp cuba bertahan..

Alhamdulillah, 
ubat yg kedua tu berkesan..Hubby rasa kurang sket sakitnya..syukur. lega sgt hati.
Jam menunjukkan  6.00pg, hubby pun terlelap.. Aku tgk je hubby tido, x berani nk terlelap sekali sbb takut hubby sesak nafas kembali, lgpun waktu tu dah dkt2 nk masuk subuh.. aku curi masa sekejap waktu hubby tido utk mandi & solat subuh.. 
Lepas tu aku kejutkan hubby makan ubat & mandi. perlahan2 aku pimpin hubby ke bilik air, mandikan hubby, jirus air, sabunkan hubby,gosok2 buang daki di bdn hubby, cuci darah dlm hidung hubby.
sweet sgt detik tu, satu pengalaman indah.
Sepanjang perkahwinan kami, nilah 1st time aku mandikan hubby dlm keadaan sedemikian, sebelom ni pernah jgk hubby sakit, pening, demam, tp hubby masih mampu mandi seniri..utk kali ni, hubby lemah x berdaya nk mandi seniri..*(Yg selalu mandi2 bersama manja2 tu, x yah cerita lah kan..itu selalu je..hehe)*
Aku menjaga hubby sebaik mgkin, mudah2an aku nk jadi isteri yg baik buat hubby, ku jaga dgn penuh rapi & kasih sayang.. Aku nk ada sentiasa di sisi hubby dikala sihat & apatah lagi di kala sakit mcmni.
Lps mandi, siap kan hubby pakaikan baju, letak minyak rambut,deodorant, kasi wangi2 sket.
Aku jagakan hubby seperti bayi.. Bila dah wangi2, tertido plak hubby..hehe
Dah terjaga tido, hubby mintak suruh belikan aiskrim.. Ikutkan x nak je tgl hubby sorang2, takut jadi apa2 kan.Tp hubby cakap ok jer. Laju2 aku turun bawah utk belikan aiskrim utk hubby, tp masa nk turun sempat jgk pesan dgn nurse tgk2kan hubby.. 
Dlm 10 min camtu, bila naik ke ward tgk nurse2 dok kerumun hubby..Panic lah lagi sekali, tgk hidung hubby keluar byk darah..Rsa bersalah sgt sbb turun tadi..nasiblah hubby ok jer, cuma hidung yg byk keluar darah.

Doktor terus tampal camni utk menahan darah yg mengalir..tu pun setiap 10 min perlu ditukar sbb akan penuh dgn darah kapas tu..alahai sayang..


2 hari lps pembedahan, barulah kapas yg disumbat dlm hidung hubby dibuang..
Awal2 lg doktor dh ckp, nti jgn panic bila tgk darah byk keluar..
Bila ditarik keluar je kapas, terus darah keluar selaju air paip..letak tisu, tukar..letak tisu,tukar..rasanya buat yg sama dlm 20kali adalah, smp darah dah kurang..
Ya Allah, masa tu ketaq tahap atromen semua ada, hubby pun takut terus dia pejam mata..
Bkn takat kami, nurse pun mengelabah jgk tgk. nasib baik aku jenis yg tengok darah x pitam, kalo yg jenis x tahan tgk, rasanya bole pengsan dah.. punyalah gabra waktu tu x smpat nk amik gambar dah, lps ok sket baru amik gambar yg kat ats tu.
Tgk kapas yg disumbat dlm hidung hubby, mak aii punyalah besar & panjang.x sangka bole ja sumbat dlm hidung kita kapas sebesar tu..kapas tu panjang dlm sejengkal, lebar dlm sebesar ibu jari..abis la kembang hidung hubby..
Lps buang kapas tu, hubby rasa selesa sket,tp still x bole bernafas guna hidung lagi sbb masih tersumbat..

Hari ke-5 berkampung di hospital, hubby masih x bole keluar ward..huhu
Boringnya, x tau nk ckp..tp x pe, aku sentiasa menemani hubby habuan teman nk menyembang.
hubby dah makin sihat, dah bole mkn bubur & aiskrim. tp hidung still keluar darah, sbb tu x bole blk lg..
rindu sama cik dania, sian dia..

Hari ke-6..x yah tampal hidung lagi.darah keluar sket2 je..
Doktor ckp, dah bole discharge hari tu..yeay..

Buat mama & abah (FIL, MIL) yg susah payah blk dari kl, semata2 nk tgk hubby buat pembedahan, terima kasih byk2, utk mak & ayah yg sudi tlg jagakan cik dania sepanjang aku menjaga hubby di hospital & buat adik aku yg menjadi pekerja sementara utk settlekan urusan membungkus order2 dr customer aku..
Terima kasih semua, Allah Taala shj yg mampu membalasnya..
 
Sepanjang 6 hari berada di hospital, layanan yg diberikan oleh doktor & nurse2 sgt aku berpuas hati.
Terima kasih buat semua doktor2,nurse2 & staff ward 7B Hospital Sultanah Bahiyah.
 
Syukur sgt, sepanjang menjaga hubby di hospital, biz berjalan seperti biasa, segala urusan pos & bgkus brg diuruskan oleh adik aku. Yg nak COD brg, mereka sanggup dtg di hospital, utk amik brg yg dorang order. 
Bestkan, dpt jaga suami sakit, x yah pening2 kepala nk apply cuti utk jaga suami, income msuk seperti biasa..malahan, mgkin yg dikatakan rezeki menjaga suami sakit, di hari suami buat operation, bertalu2 org  buat order sehinggakan sales hari tu pecah rekod.. Berapa yg pecah rekod tu, biarlah rahsia..
Kdg2 rezeki Allah nak bagi, siapa yg tahu kan..
murah rezeki skrg.. Alhamdulillah..

Aku yg sentiasa tersenyum :)
Pengalaman menjaga hubby sakit di hospital adalah satu kenangan yg sgt indah, walaupun x ckp rehat & tido. tido pun dlm keadaan yg sgt2 tidak selesa.bila hubby x bole mkn, secara automatiknya aku pun x berselera nk makan..sbb kesian & sedih semua ada. Itulah hakikatnya menjaga org sakit..
Akulah yg menjaga hubby siang & mlm, teman berbual hubby, teman ketawa, teman menangis, 
menjaga segala-galalah.. 
Jom nyanyi sket..
*ketawa bersama, menangis pun bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama*
heheh..sapa tau lagu apa?

Hubby turun 3 kg lps keluar ward & juga aku turun 2kg.. haaa, ko x yah nk berdiet2 bagaikan..
bila susah hati, sure x berselera nk mkn, berat pun senang je turun..
Babai hospital..

Oct 12, 2011

Mimpikan 'Adik'

Semalam hubby amik cuti sbb kami perlu ke Penang menguruskan hal umh di sana. Bertolak jam 9 pg, singgah mkn dkt Restoran Haji Ramli.. Lepas tu terus bertolak smpi dlm kul 12 tghri, terus ke Komtar utk bayar bil Pembetungan Indah Water. Jalan2 kejap situ, then terus balik umh. Bila smpi je umh terus rasa sayu sebab sebelum ni every weekend time bulan puasa aritu dtg sini bawak (peknenkan) 'adik', tp skrg x lagi. Pastu hubby & Dania turun mandi pool kt bwh aprtment tu, aku cuma tgkkan dorang je, x join sekali pun , lgpun bdn rasa x sedap mcm nk dmm. Dlm kul 6 ptg, penyewa baru pun sampai.. Siap berbincang & settle segala agreement2. Alhamdulillah, 'adik' umh kita dah ade penyewa baru skrg ni, dorang akan masuk hari Jumaat ni.
Bila lepak kat balkoni, tgk view laut waktu malam, rasa tenang sgt hati. 'Adik', mama, papa & kak Dania rindu sgt2 kt 'adik', cpt sgt 'adik' hadir & pergi. Dulu 'adik' jgk turut sekali, kita dtg bermalam sini, mandi pool sama2, lepak2 Pantai Seagate smbil makan burger McDonald, makan nasi minyak Kassim Mustoffa, beli jeruk, 'adik' igt lagi x? . Kalau 'adik' nk tahu skrg kak Dania dh terbiasa membahasakan diri dgn panggilan 'kakak', biarlah.. InsyaAllah, jika ada rezeki suatu hari mama peknen lagi, kak dania tetap akan jadik 'kakak' jgk..
'Adik' masa on da way blk, mama tertido masa papa drive keta. Masa tertido tu mama mimpikan 'adik'.. mama mimpi mama ada di dlm ward hospital mcm baru lepas bersalinkan 'adik'. Ada nurse dtg bwkkan 'adik' dkt mama. Masa tu papa & kak dania pun ada skali. 'Adik' rupanya perempuan, sama dgn kak dania, muka 'adik' ada iras2 kak dania, mata bulat, kulit putih melepak, hidung 'adik' mancung sket dari hidung kak dania, comel sgt 'adik'. Papa cakap muka 'adik' ada iras2 muka mama.. Mama bersyukur sbb mama dapat cium & peluk 'adik' erat2.. Tapi sekejap je, lepas tu nurse tu dtg amik blk 'adik'. Mama tnya nurse tu nk bawak 'adik' pergi mana, biarlah dgn mama. Nurse tu tiba2 menangis & cakap dia terpaksa bwk 'adik' ke satu tempat. Mama pun terus nangis sambil pegang nurse tu, tolong jgn bawak 'adik' pergi, 'adik' anak mama.. Nurse tu terus amik jgk 'adik'. Mama jerit suruh papa amik balik 'adik' tapi papa mcm x dgr pun jeritan mama masa tu, pastu papa hanya tgk je nurse tu bawak 'adik' keluar tanpa berbuat apa2..
Lepas tu mama terjaga dr tido, rupanya mama hanya bermimpi saja. Terus cerita dkt papa di sebelah sambil teresak2 menangis, mimpi jumpa 'adik', 'adik' adalah perempuan. Entah la betul tidak mimpi tu @ hanya mainan tido shj sbb mama mmg terlalu rindukan 'adik'.. Apapun kalau itu mmg betul adalah 'adik', mama bersyukur sbb dpt mencium & memeluk 'adik' walau hanya dalam mimpi... Cukuplah sekadar utk mengubati kerinduan mama terhadap 'adik' yg telah diambil Tuhan..

Oct 7, 2011

Kisah Aku & Berpantang

Skrg dah msuk mggu ke-2 aku berpantang,walaupun keguguran aku nekad nk berpantang,cuma x btoi2 mcm berpantang bersalin. Umur pn makin meningkat,maka haruslah menjaga kesihatan dari skrg ya.. Semggu yg pertama aku mmg berpantang mcm org bersalin,mandi akar kayu,berurut 3 hri berturut2,pakai stokin,ambik jamu,makan pun haruslah seperti makanan org dlm pantang,nasi putih panas2 bersama ikan talang kering & lada itam yg ditumbuk digaul bersama..nyum..nyumm..Sekali sekala makan mcm tu terasa kesedapan x terhingga..Smggu yg pertama tu aku berpantang di rumah mak aku & dijaga rapi oleh mak aku..
Masuk mggu yg ke-2 aku balik berpantang kat umh sendiri,rindu plak kat umh sendiri bila dah lama x blk.Bezanya aku tidaklah berpantang mcm mggu yg pertama tu,aku hnya berpantang dr makan makanan yg sejuk, tajam, minuman berais, berangin, yg lain aku makan mcm biasa..Lain2 keja umh aku dh bt cuma keja2 yg berat aku x bt. Aku dah drive keta cam besa,dah p jlan2 lagi..hehe
Ahad lepas pergi check up D&C yg dibt aritu, Alhamdulillah semuanya dah completed clear,lega rasanya..risau jgk takutkan ada saki baki lg ke,x pasai2 kena bt D&C sekali lagik..
Ptg semalam tgk rumput depan umh dah memanjang,sakit mata ya amat tgk rumput smp nk tenggelam rumah dah.x tahan punya pasai aku pun memulakan acara memotong rumput bersama Cik Dania dgn bersemangat waja..Sedang rancak memotong rumput tetiba ada sorang mak cik yg dok sebelah umh my MIL lalu depan umh & singgah menyembang pong pang pong pang....

Makcik:Amboi rhajinnya dok kegrat rumput..
Aku:heee..tgk dah pjg sgt,smpi nk tenggelam rumah..
Makcik:Haa..dgaq kata dok alah plak lani..btoi ka?..mak yam (MIL) la yg habaq retu..
Aku:Retu la dok alahnya..lani dak dah..
Makcik:Org ngndung semua camtu, mula2 mmg alah pas dah naik 3 bulan dah x alah la..
Aku:dak,sebenarnya wanie baru ja gugur 2 mgu lepaih, tu yg x alah dah tu..
Makcik:ishh..btoi ka?..loorr,awat jdik lagu tu..wanie bt pa yg smpi gugur tu,silap mkn ka dok agkt benda berat2..eee sayang noo..dah la jenis payah nk lekat,dah lekat jadik lagu tu plak..
Aku:nk bt camna,dah x dak rezki wanie lagik..x dak aihh silap makannya,wanie tau wanie ni jenis yg payah nk lekat,bila dah tau ja lekat mmg wanie jga sgt2 semuanya..
Makcik:takpa la nk bt camnakan,ble cuba lagik..muda lagi tuu.lepaih ni beranak tiap2 thn..
Aku:hee..
Makcik:Sian kat chek noo..kalo tidak bole main gerek dgn adik ptg2 camni(sambil usap pala Dania)..
Aku:aii org tua ni bila nk blk x tau,mai dok bt cherita sedeh tang ni plak..aku dah x larat nk rheyau dah ni,ayaq mata pun dah kering dah..(kata aku dlm hati)..
Pastu makcik tu pun balik...
Demikianlah kisah di satu petang yg gumbira berakhir dgn syahdunya..bila msuk dlm umh ja teruih aku rheyauu (aikk ada plak ayaq mata,td kata dah kering)heheh..

Sep 28, 2011

PASRAH SEADANYA...

Entah bagaimana hendak aku luahkan kisah hatiku yg telah menduga aku, tatkala menulis entry ini hati aku masih lagi dirundung pilu. Terasa bagaikan baru semalam hati aku berbunga-bunga menyanyi kegirangan apabila menerima satu kurniaan Dari MU, tetapi hari ini hati aku bagaikan direntap-rentap, menangis kesedihan kehilangan di atas kurniaan yg telah Engkau pinjamkan sementara waktu buat aku.. Sungguh hebat dugaan MU YA ALLAH..
Aku percaya setiap dugaan yang Allah turunkan utk hambaNya adalah mahu menguji tahap kesabaran hambaNya. Ya benar... skrg Allah sedang menguji ketabahan hatiku.
Aku redha Ya Allah.. jika ini adalah yang terbaik buat aku serta keluargaku. Aku pasti ada seribu hikmah menanti disebalik dugaan ini.. Walaupun hati aku teramat amatlah sedih, sakitnya x mampu aku ungkapkan, bukan kerna sakit menjalani rawatan D&C tapi sakitnya di dalam hati menanggung kesedihan bagai ditusuk-tusuk panah duri..SUBHANALLAH..
Ironinya, siapalah aku? Aku hanya seorang hamba Mu yg lemah.. aku hanya seorang ibu yg bisa menangisi pabila kehilangan anak walaupun anak itu masih di dalam kandungan..
Terkenang kembali tarikh 16/9/2011 ketika check up yang pertama, aku bisa melihat denyutan jantung bayiku..berdenyut-denyut..sungguh bahagia sekali kurasakan saat itu..
Tapi di tarikh 20/9/2011 ketika doktor mengesahkan bayiku sudah tidak bernyawa lagi, terasa menggeletar seluruh tubuh, mulutku kelu seribu bahasa..kepalaku terus diawang-awangan, ku cuba tahan agar tidak pecah empangan air mataku.. ketika itu hanya hubby aku saja yg terus berbicara dengan doktor, manakala aku hanya mengiakan apa yang diperkata, segala keputusan ku serahkan segalanya pada hubby aku kerana pikiran ku tidak semena-mena buntu, walaupun aku berjaya menahan sebak didada di depan doktor tetapi akhirnya tumpah juga sebaik saja keluar dari bilik doktor..maka berderailah airmataku tanpa hentinya..Malamnya ku lewati dengan kesedihan di hati sambil x putus2 berdoa kepada Allah berilah aku kekuatan hati..
Bukan kerana tidak percayakan kata-kata doktor, hanya untuk mendapatkan kepastian buat terakhir kali, keesokkannya aku pergi ke sebuah klinik lain pula, masih menaruh harapan manalah tahu akan keajaiban Tuhan.. tapi telah tertulis keputusannya adalah sama seperti sebelumnya.. lalu aku pasrah seadanya, aku redha Ya Allah!.. kembalilah 'sayang', kembalilah kepada Pencipta mu..
Tanggal 24/9/2011 merupakan satu tarikh yg akan terus segar dalam ingatan aku, jam 3 ptg aku pergi ke Pusat Rawatan Mahsuri untuk menjalankan rawatan D&C....
Gembiranya dihati baru-baru ini apabila mendapat tahu Pusat Rawatan Mahsuri di buka kembali & aku berhajat utk melahirkan anakku kali ini di sini jugaklah sama seperti sebelumnya sewaktu melahirkan Dania dahulu. Sayunya kedatangan aku kali ini bukanlah utk melahirkan anak, tapi sebaliknya menjalankan rawatan D&C..
Sebelum aku dibius ketika didalam labor room, aku cium tangan hubby aku memohon kemaafan & segalanya kekhilafan.. Ku lihat berlinangan airmata jernih jatuh dipipi hubby aku, sambil mengangguk-angguk memaafkan aku.. Katanya 'Omey kena tabah & kuat.. Allah sedang menguji kita'..
Jawabku 'Ya, Omey tau..cuba Abg tengok, Omey dah x nangis lagi.. Omey dah redha dengan ketentuan Allah, Alhamdulillah Omey dah makin kuat & tabah..tapi kenapa abg pulak yang nangis'?..
'Abg kesiankan tengok keadaan Omey sekarang'..seraya hubby ku membalas.
'Abg jgn risau, Omey baik-baik saja cuma abg doakan Omey selamat ya!'..sekali lagi aku menjawab lantas memeluk seerat-eratnya hubbyku itu..
Selepas itu aku dibius, proses rawatan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 jam tanpa aku sedarkan diri..
Selesai semuanya prosedur, aku kembali sedar seperti sediakala, aku dapati hubby berada disisi sambil tersenyum, dah selesai pun.. Perlahan-lahan aku meraba perut aku, aku dapati perutku kembali kempis seperti tidak mengandung lagi.. Perasaan hiba & sayu menerjah kembali ruang hatiku, airmata ku gugur lagi.. Maafkan Mama 'sayang', bukan sengaja mama buat begini, tapi 'sayang' yang pergi tinggalkan mama terlebih dahulu.. Sungguh 'sayang' terlalu kasihkan mama, sehinggakan 'sayang' gugur pun mama tidak merasai apa-apa kesakitan yg bisa dirasai oleh sesetengah ibu lain yg mengalami keguguran seperti mama..
'Sayang' walaupun 'sayang' tidak dilahirkan di sisi mama, tapi percayalah 'sayang' terpahat abadi di hati mama buat selamanya.... Bersabarlah wahai hati, pasti ada hikmah menanti...

Sep 22, 2011

Ternyata Allah Lebih Menyayangimu 'SAYANG'

SYAFAAT BABY YANG GUGUR
Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya bayi yang gugur dalam kandungan benar-benar akan menarik ibunya dengan tali pusarnya
ke syurga bila ibunya rela dengan itu (ibunya bersabar dengan kehilangan anaknya).”
Ibnu Majah, Kitab Janaiz, 1632

BG YG MENINGGAL MASA KECIL (belum baligh),
Aisyah berkata, “Rasulullah diundang untuk melayat jenazah seorang anak kecil dari kalangan Anshar. Aku (Aisyah) berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah beruntungnya anak ini. Ia salah satu burung diantara burung-burung di surga. Ia tidak pernah berbuat keburukan dan belum pernah menemuinya.’ Rasulullah bersabda, ‘Apakah engkau tahu yang selain itu, wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah menciptakan penghuni syurga yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula. Dan Dia menciptakan penghuni neraka yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula.”[29]

Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah bersabda, “Anak-anak kaum muslimin itu berada di sebuah gunung di syurga. Mereka diasuh oleh Ibrahim dan Sarah sampai mereka dikembalikan kepada ayah-ayah mereka pada hari kiamat.”
Shahih Al Jami’, 1023

SYAFAAT ANAK BAGI KEDUA ORANG TUA YANG SABAR ATAS KEMATIAN ANAKNYA
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat kurnia dan rahmat-Nya.” Abu Hurairah melanjutkan, “Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam syurga!’ Anak-anak itu menjawab, ‘Kami menunggu kedua orang tua kami’. Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam syurga’.”
Bukhari, Kitab Janaiz, 1171

Sep 21, 2011

......................



Hatiku menangis lagi.. YA ALLAH, AKU MENGHARAPKAN KEAJAIBAN DARIMU..

Sep 12, 2011

Raya Yang Suram..

Kenapa ya hari raya kali ni sgguh x meriah spt sebelum2nya. Mgkin disebabkan aku yg terlalu keletihan menjait di masa bulan posa ditambah pulak dgn keadaan kesihatan badan yg kurang memberangsangkan.. Baju raya seperti biasa la, x sempat nk siapkan termsuk la baju ank dara aku sorang tu, sian dania selalu jd mangsa x boleh nk melaram baju raya di pagi syawal..huhu (sayu bila kenang2kan baju org sempat plak jait berpuloh2 psg, nk bt baju sendiri & ank spsg pn x sempat)
Selalunya bila tiba masa 2 mggu nak raya mmg x keluar umh aku, sibuk yg teramat sgt. Kali ni lagik bertambah teruk sbb aku selalu dmm masa bulan puasa. Nasiblah aku ada hubby a.k.a bibik yg byk membantu menguruskan hal rumah dari memasak, mengemas, membasuh & menguruskan dania semuanya dilakukan oleh hubby aku.. Aku bgun ja dari tidur terus mengadap mesin jait hal2 lain berkenaan rumah semuanya hubby aku yg amik alih. Bertuah rasanya dpt hubby yg memahami, membantu isteri tatkala si isteri tersgt sibuk. X sempat jgk nk menolong mak mentua memasak ketupat & rendang. Plan tiap2 thn nak belajar balut ketupat palas dari mak mentua tapi smpai skrg masih x reti, padahal kawin dh msk 5 thn lebih2..ishh malu2..Dulu masa mula2 kawin x sibuk menjait cam skrg ni, sempatlah jgk tolong mak mentua membalut ketupat, tapi tu pun kejap jadik kejap x..InsyaAllah, aku akan belajar jgk balut ketupat sehingga pandai supaya aku boleh buat sendiri nanti..hehe
Gmbar masa hari raya pun x dak utk kali ni, rasa x dak mood nak posing cam thn2 lepas2. Paginya selepas hubby selesai semayang raya, kami bergegas ke rumah mentua. Bermaafan2, makan2 & dalam kul 12 tghri terus balik umh mak aku pulak. Beraya di umh mak aku, sedara-mara yg berdekatan smpai kul 3ptg, pastu aku terus blk umh kami, sedih jgk sbb badan aku kurang sihat di hari raya. Balik umh jer, berehat sampai mlm. Esoknya raya ke-2 barulah smbung beraya umh sedara-mara yg x sempat nk berkunjung semalamnya, lgpun badan pun rasa baik sket berbanding semlmnya..
Bila dikenangkan2 beginilah rasanya raya aku tiap2 thn, bila hari raya saja mesti keletihan tahap gaban. Entahlah, kadang2 rasa cam nak resign ja jadi tukang jait ni. Dikala org lain menyambut syawal dengan kegembiraan, tapi aku menyambutnya dlm keletihan & stress yg teramat sgt. Tp bila dipikirkan2 semula, rugi rasanya jika aku persia2kan bakat yg aku ada ini sbb bukan semua org pandai menjait. Lalu aku gagahi jugak, biarlah setahun sekali saja penat cam atromen pun.
Skrg ni aku bole berehat secukupnya2, supaya dapat cover balik kepenatan aku dulu. hoyey...

Apr 19, 2010

AL-FATIHAH...

Tersentuh benar aku bila mendengar berita kematian Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin,terpikir sejenak bagaimana perasaan isterinya bila mula2 mendapat berita akan kehilangan suami tersayang,betapa runtun n pilunya hati seorang isteri saat2 mendapat berita sedih tu,apapn hanya Tuhan saja yg tahu bagaimana hatinya di waktu getir itu..
Tp aku begitu salute melihat isterinya yg begitu tabah n reda akan kehilangan suaminya..ataupn mgkin dia masih terkejut n seakan2 x percaya kehilangan suaminya bt selama-lamanya kerana suaminya pergi dgn sebegitu cepat n tiba2..
Teringat aku sewaktu arwah achik spin n isterinya menjadi undangan dlm rancangan sehati sejiwa.Sewaktu di akhir rancangan hos memberikan peluang untuk isteri arwah menyampaikan ucapan teristimewa bt suaminya,tiba2 isteri arwah mengalir airmata terharu shgga tidak dpt berkata2 tp sedikit saja ucapan yg keluar dr mulut isterinya agar ikatan perkahwinan yg dibina kekal ke akhir hayat.Lantas,arwah terus memeluk isteri tercinta n menyatakan bahawa isterinya agak sensitif apabila berbicara hal demikian.Nmpk sgt betapa bahagianya n romantiknya pasangan merpati sejoli ini..
(tp aku paham benar apa yg dirasai isteri arwah betapa sayang n cintanya dia kepada suaminya itu shgga x mampu diluahkan dgn kata2 sbb aku pn selalu alami perasaan cam gini)agak tersentuh bila isteri arwah sanggup berhenti kerja semata2 mahu memberikan sepenuh perhatian kepada rmhtgga nya.Kini segalanya tinggal kenangan,Tuhan lebih menyayangi suaminya..
Namun apapun skrg kehidupan mesti diteruskan walaupn tnpa suami disisi,kerna yg pergi x akan kembali lg.Hanya anak2 lah yg akan menjd penawar n pembakar semangat untuknya meneruskan hidup n menghadapi hari2 yg mendatang..Lalu,terdetik dlm hati aku ini bagaimanakah kalo aku berada ditempat isterinya,mampukah aku??WALLAHUALAM..
Ucapan takziah bt isteri n keluarga arwah..Amin..

Nov 9, 2009

KELAHIRAN YG DINANTI....

Syukur Alhamdulillah, aku slmt melahirkan sorang baby girl yg comei n putih melepak tepat jam 1.30tghri, hri isnin 15/12/2008 (3.33kg). First time aku tgk wajah ank aku dgn rsa terharu trus cium ( kalo ikutkan mau jer aku peluk, tp aku x ble nk bergerak sbb wayar berselirat kt seluruh bdn).. Alhamdulillah ank aku sempurna... Ank ini aku namakan Nurdania Ermyna bt Khairul Amri.. NUR-CAHAYA, DANIA-BEAUTIFUL, ERMYNA-FRIENDLY. Sebenarnya nama dania ni dh lma aku berkenan, sblm ngandung lg ade la sorang customer aku yg anknya nama dania, bla aku dgr ermm sedap jgk nama ni. So,bla dh tau ngandung awal2 lg aku dh booking nma ni.. Pas selesai prosedur aku terus tido keletihan. Mlmnya aku mula rsa skit tmpt operate ( ubt bius dh abis) rsa berdenyut2 sakit yg teramat sgt n nk senyum kt tetamu yg dtg melawat mlm tu pn aku x mampu.. Selama 2 hr aku x ble nk bergerk n bgun dr katil n selama itula my hubby yg menjaga aku siang mlm n mengurus segalanya..Rsa bertuah bdn n terharu dpt suami yg baik hti n sggp jga isteri time cam ni. Aku hnya dpt menatap wajah ank 3 kali sehari apabila dihantar oleh nurse, ank aku dibwh jagaan nursery disbbkan kesihatan aku msh x mengizinkan apatah lg nk menguruskannya. Bila mlm jer aku rindu sgt kt baby sbb nilah bru first time aku berpisah dgnnya dimana selama ni 9 bln lbh sentiasa bersma. Itula org ckp baik normal deliver skitnyer cuma sekejap, manakala berslin operate ni mmg x skit sblum tp bla pas bdh sakitnya x mampu nk citer n agak lmbt utk sembuh. Hri ke 3 bru semua wayar kt bdn aku dibuang, msa tu bru DR benarkan aku bgn dr katil n blajar berjln. Mula2 bgn nk berjln aku hmpir pengsan mgkin disbbkan lma berbaring tp nsb baik hero aku ader disebelah n cpt2 slmtkan aku yg nk jtuh.. Aku stay kt hosp selama 4 hr n aku hanya dibenarkan mkn bubur nasi dgn ikan kering shj. Terima kasih bt suamiku yg baik hati, segala jasa n pengorbanan abg hnya Tuhan saja yg mampu balas...( mgkn lain org lain pengalaman bersalinnya, tp inilah pengalaman yg aku alami sgguh ngeri n takut rsanya nk bersalin lg )

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN..

Aku terus diuji lg, mana x nya kwn2 yg kawin sekali semuanya dh ada ank tp aku still berdua.. Mmg sedey, bila ada org tanya dlm nada perli ' hampa ni bla lg nk tmbh, x kan nk berdua smpi bila2 jer kot'?? Berdesing telinga aku dgr, tp kdg2 heran jgk ada lg manusia yg x paham2 ni, bkn aku x mau tp x dak rezki lg laa.. Ermm, x tau nk ckp cam ne tp aku mmg stress n sensitif sgt bila ade dgr soalan camtu.. Sapa la yg kawin x mau ank kan? Tp soal jodoh, rezki, ajal kan Tuhan yg tentukan..Walau mcmana kita dok merncang kalo Tuhan x izinkan x menjd jgkkan. Skrg bru aku faham sgt napa couple2 yg dh lma kwin tp msh blum ada ank sgt sensitif soal ni.. Nk kata x usaha,dh mcm2 aku ikhtiarkan jumpa DR PAKAR, cara traditisional, mkn jamu, mengurut, minum air tasik dyang bunting, kira kalo ada org petua tu semua aku try la tp still x rezeki. Akhirnya aku pasrah n set in my mind don't worry InsyaAllah kalo satu hr nati Allah nk izinkan ade la.. Benda kalo kita dok terlampau pikir sgt ble tertekan. Bagi aku mgkin cuma kita jer yg x tahu ada hikmah disebalik ujian Nya..