Mar 18, 2013

7th anniversary celebration- THE REGENCY HOTEL

Salam..

Alhamdulillah, tanggal 10 MAC 2013 lps, cukuplah sudah 7 thn usia perkahwinan kami. 
Sekejap saja rasa, kelip pok kelip pok, dah 7 tahun pun..Tahun ni jgk sangaaaaat special kerana 7 adalah nombor feberet kami. Aku semestinya suka nombor tu sbb aku lahir bln 7 & dapat cik abg pun sukakan nombor 7 jgk. mmg kamceng lah kami.. Bagi kami nombor 7 tu sgt unik.

Setuju dgn kata2 di bawah:

' HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH, LANGIT X  SELALU CERAH, 
SURAM MALAM X BERBINTANG, ITULAH LUKISAN ALAM'..

Lumrah kehidupan, ada susah & senang, waktu ketawa, waktu berendam airmata, pahit manis, tp itulah sebenarnya cinta. Gaduh2, merajuk2 tu biasa lah kan.. nak kata x pernah gaduh2, nmpk sgtlah tipu..

Dulu mula2 kawen, asal cik abg blk lmbt sket mula 'majuk ahh'...
Cik abg biasalah selalu bizi kan, jnji nk blk pkl 6ptg, tp pkl 7ptg x nmpk batang idung lagi. 
Ikutkan nk majuk, jenuh lah hari2 asyik majuk selalu aku dulu.. Sebulan lps kawen, cik abg outstation 10 hr, rsa cam nk meroyan jer aku masa tu. besalah org baru kawen kan kan, mana leh pisah lama2..heheh...
Dah lama kawen, mula faham sket akn kebizian cik abg tu..Skrg mmg dah faham bebenor la..
Alah bisa, tegal biasa.. 

 Mlm tu dinner di THE REGENCY HOTEL, sempena meraikan hari istimewa kami..
Order jgn x order..


 x ramai sgt org mlm tu, adalah 2-3 couple.. suasana sgt tenang..
Sesuailah sgt nk menikmati mkn mlm romantik kami.
 Vanilla & Strawberry shake..
 Mixed fruit yg kaler merah tu.
 Paha kambing grill..yg ni biasa2 ja..
 
Eye Ribs Steak....sgt2 sedap
Menu idaman aku sepnjg zaman 'nasi lemak'. makan lah kat manapun, hotel berapa bintang pun..
kalo ada menu nasi lemak, wajib aku akn order..tp nasi lemak di situ, tersgt sedap..puas hati, walaupun harga agak mahal..
Calamari Rings
Lawak ja tgk vanilla shake ni, sama mcm bju aku tu..hehe

Kekonon nk feeling2 romantik lah, tp Cik Dania asyik wat bising ja...
Spoil sguh kamu ni cik dania.. 
Abg sayang bagi bunge..siap pakat dgn cik dania lg buat surprise utk aku..
apalagi meleret2 lah senyuman aku..
TQ sayunk!..lebiu much2..
 Cik Dania dah start nk conquer bunga tu..majuk2 dgn papa, sbb x bg bunga utk dia sama..
apesal mata cik dania mcm tu..gerun tgk..haha

Asal aku nk posing je, mesti Cik Dania mencelah..ermmm..
 Hasil snap dr cik dania..ermm, oklah walaupun x balance..
 Yang ni, balance semua ok, taaapii blurrrr la plak.huhu..
Sekali yg ni, kepala papa nmpk sekerat ja..haha..
oklah tu cik dania syang! 
at least adalah gambar kenang-kenangan walaupun kepala papa nmpk sekerat..
Gambar bertiga.suruh pak guard tlg snap..tapi cik dania terpejam la plak..
ermm..kira oraitlah tu..
Syukur, dah masuk 7 thn kawen, hubby tetap romantik sama mcm bercinta2 dulu.
selalu wat buat surprise, tu yg aku sgt sukaa tu..
  Terima kasih Ya Allah, di atas kurniaan kebahagian yg x terhingga ini.
Moga ikatan kami suami isteri kekal ke Jannah..Amin.

In Sha Allah, next vacation akan menyusul, honeymoon sempena 7th wedding anniversary..
 X sabar rasanya..yeayy!

Mar 14, 2013

KRONOLOGI - PEMBEDAHAN TONSIL & TURBINOPLASTY- PART 2

Salam..bertemu kembali..

Ok, jom sambung story hubby operation tempoh hari..
Setelah hmpir 5 jam lebih aku menunggu dgn penuh kesabaran, hubby pun di sorong keluar dr dewan bedah...
Bila dgr pintu dewan dibuka, aku pun terjengok2, panjangkan leher bak burung bangau tgk siapakah gerangannya.. Kali itu, sah! terpanjang wajah kesayangan hamba, mata kami saling tepat memandang..Aku tahu masa tu hubby pun tercari2 aku..'Omey ada kat sini bang, tetap setia tunggu abang keluar, x berganjak pun'.. Bingkas aku cepat2 bangun mengiringi hubby yg disorong ke dlm ward.. Alhamdulillah, pujaan hati aku dah selamat.. x terkata betapa rasa bersyukur pada Yang Maha Esa!

 
Masa ni hubby masih dlm keadaan sedar x sedar lagi..
Nurse suruh aku tukarkan baju hubby yg dipakai masa operate sbb penuh dgn darah. Perlahan2 aku tukarkan baju baru, masa tu hubby x bole bergerak & masih dlm keadaan sakit, jadi aku menggunakan seluruh kudrat utk tolak badan hubby supaya mengiring agar senang proses nk tukar baju tu..
Buat sementara waktu hubby x bole bernafas melalui hidung sbb hidung hubby disumbat dgn kapas utk menahan darah yg mengalir. Jadi hubby perlu bernafas melalui mulut. ptg tu ramai jgk sedara mara & kwn2 dtg melawat..tapi hubby masih dlm keadaan lemah..terima kasih semua.
Hubby minta air nk minum, dahaga katanya..ye lah, dr semlm hubby kena puasa utk operation hari tu.
Aku beri air masak melalui straw minuman, perlahan aku titiskan atas bibir hubby.. Berlinang tgk airmata hubby menahan sakit utk menelan walaupun setitis air. Aku yg tgk ni pun, turut berlinang airmata jgk bila tgk keadaan hubby masa tu.. kesian hubby.. utk 3-4 jam lps operate hubby x dibenarkan makan, minum je bole..tp x minum sgt pun,sbb tekak masih perit..Doktor nasihat supaya mkn benda2 sejuk seperti aiskrim..Elok sgtlah tu, sbb hubby mmg hantu aiskrim..
 Hubby berbuka puasa dgn aiskrim mlm tu..hehe

Malamnya, bila ubat bius beransur habis hubby mulai rasa sakit tekak & paling sakitnya dlm hidung.. Seminit pun kami x dpt lelapkan mata, aku pun panic tgk keadaan hubby, aku cuba tenangkan hubby gosok2 & urut2kan hubby.. Nurse dtg bg ubt tahan sakit,aku tumbuk2kan ubt tu & larutkan dlm air bg hubby minum..
Selepas sejam amik ubat tahan sakit, sedikit pun x memberikan kesan pada hubby. Hubby mula mengadu makin sakit & rasa sesak nafas..alahai..Nurse aku panggil sekali lagi, kali ni doktor yg dtg untuk cucuk ubt tahan sakit..Kata doktor ubat tu kuat, jarang diberi pada pesakit2 cuma jika ubat tahan sakit biasa x bertindak barulah ubat tu akn diberikan..Aku cakap dgn doktor ' takpelah doktor, bagi jelah ubat tu, 
kesian tgk hubby saya menahan sakit'.. Hati sayu sgt, tgk hubby..Ikutkan nk nangis je tgk hubby masa tu, tp cuba bertahan..

Alhamdulillah, 
ubat yg kedua tu berkesan..Hubby rasa kurang sket sakitnya..syukur. lega sgt hati.
Jam menunjukkan  6.00pg, hubby pun terlelap.. Aku tgk je hubby tido, x berani nk terlelap sekali sbb takut hubby sesak nafas kembali, lgpun waktu tu dah dkt2 nk masuk subuh.. aku curi masa sekejap waktu hubby tido utk mandi & solat subuh.. 
Lepas tu aku kejutkan hubby makan ubat & mandi. perlahan2 aku pimpin hubby ke bilik air, mandikan hubby, jirus air, sabunkan hubby,gosok2 buang daki di bdn hubby, cuci darah dlm hidung hubby.
sweet sgt detik tu, satu pengalaman indah.
Sepanjang perkahwinan kami, nilah 1st time aku mandikan hubby dlm keadaan sedemikian, sebelom ni pernah jgk hubby sakit, pening, demam, tp hubby masih mampu mandi seniri..utk kali ni, hubby lemah x berdaya nk mandi seniri..*(Yg selalu mandi2 bersama manja2 tu, x yah cerita lah kan..itu selalu je..hehe)*
Aku menjaga hubby sebaik mgkin, mudah2an aku nk jadi isteri yg baik buat hubby, ku jaga dgn penuh rapi & kasih sayang.. Aku nk ada sentiasa di sisi hubby dikala sihat & apatah lagi di kala sakit mcmni.
Lps mandi, siap kan hubby pakaikan baju, letak minyak rambut,deodorant, kasi wangi2 sket.
Aku jagakan hubby seperti bayi.. Bila dah wangi2, tertido plak hubby..hehe
Dah terjaga tido, hubby mintak suruh belikan aiskrim.. Ikutkan x nak je tgl hubby sorang2, takut jadi apa2 kan.Tp hubby cakap ok jer. Laju2 aku turun bawah utk belikan aiskrim utk hubby, tp masa nk turun sempat jgk pesan dgn nurse tgk2kan hubby.. 
Dlm 10 min camtu, bila naik ke ward tgk nurse2 dok kerumun hubby..Panic lah lagi sekali, tgk hidung hubby keluar byk darah..Rsa bersalah sgt sbb turun tadi..nasiblah hubby ok jer, cuma hidung yg byk keluar darah.

Doktor terus tampal camni utk menahan darah yg mengalir..tu pun setiap 10 min perlu ditukar sbb akan penuh dgn darah kapas tu..alahai sayang..


2 hari lps pembedahan, barulah kapas yg disumbat dlm hidung hubby dibuang..
Awal2 lg doktor dh ckp, nti jgn panic bila tgk darah byk keluar..
Bila ditarik keluar je kapas, terus darah keluar selaju air paip..letak tisu, tukar..letak tisu,tukar..rasanya buat yg sama dlm 20kali adalah, smp darah dah kurang..
Ya Allah, masa tu ketaq tahap atromen semua ada, hubby pun takut terus dia pejam mata..
Bkn takat kami, nurse pun mengelabah jgk tgk. nasib baik aku jenis yg tengok darah x pitam, kalo yg jenis x tahan tgk, rasanya bole pengsan dah.. punyalah gabra waktu tu x smpat nk amik gambar dah, lps ok sket baru amik gambar yg kat ats tu.
Tgk kapas yg disumbat dlm hidung hubby, mak aii punyalah besar & panjang.x sangka bole ja sumbat dlm hidung kita kapas sebesar tu..kapas tu panjang dlm sejengkal, lebar dlm sebesar ibu jari..abis la kembang hidung hubby..
Lps buang kapas tu, hubby rasa selesa sket,tp still x bole bernafas guna hidung lagi sbb masih tersumbat..

Hari ke-5 berkampung di hospital, hubby masih x bole keluar ward..huhu
Boringnya, x tau nk ckp..tp x pe, aku sentiasa menemani hubby habuan teman nk menyembang.
hubby dah makin sihat, dah bole mkn bubur & aiskrim. tp hidung still keluar darah, sbb tu x bole blk lg..
rindu sama cik dania, sian dia..

Hari ke-6..x yah tampal hidung lagi.darah keluar sket2 je..
Doktor ckp, dah bole discharge hari tu..yeay..

Buat mama & abah (FIL, MIL) yg susah payah blk dari kl, semata2 nk tgk hubby buat pembedahan, terima kasih byk2, utk mak & ayah yg sudi tlg jagakan cik dania sepanjang aku menjaga hubby di hospital & buat adik aku yg menjadi pekerja sementara utk settlekan urusan membungkus order2 dr customer aku..
Terima kasih semua, Allah Taala shj yg mampu membalasnya..
 
Sepanjang 6 hari berada di hospital, layanan yg diberikan oleh doktor & nurse2 sgt aku berpuas hati.
Terima kasih buat semua doktor2,nurse2 & staff ward 7B Hospital Sultanah Bahiyah.
 
Syukur sgt, sepanjang menjaga hubby di hospital, biz berjalan seperti biasa, segala urusan pos & bgkus brg diuruskan oleh adik aku. Yg nak COD brg, mereka sanggup dtg di hospital, utk amik brg yg dorang order. 
Bestkan, dpt jaga suami sakit, x yah pening2 kepala nk apply cuti utk jaga suami, income msuk seperti biasa..malahan, mgkin yg dikatakan rezeki menjaga suami sakit, di hari suami buat operation, bertalu2 org  buat order sehinggakan sales hari tu pecah rekod.. Berapa yg pecah rekod tu, biarlah rahsia..
Kdg2 rezeki Allah nak bagi, siapa yg tahu kan..
murah rezeki skrg.. Alhamdulillah..

Aku yg sentiasa tersenyum :)
Pengalaman menjaga hubby sakit di hospital adalah satu kenangan yg sgt indah, walaupun x ckp rehat & tido. tido pun dlm keadaan yg sgt2 tidak selesa.bila hubby x bole mkn, secara automatiknya aku pun x berselera nk makan..sbb kesian & sedih semua ada. Itulah hakikatnya menjaga org sakit..
Akulah yg menjaga hubby siang & mlm, teman berbual hubby, teman ketawa, teman menangis, 
menjaga segala-galalah.. 
Jom nyanyi sket..
*ketawa bersama, menangis pun bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama*
heheh..sapa tau lagu apa?

Hubby turun 3 kg lps keluar ward & juga aku turun 2kg.. haaa, ko x yah nk berdiet2 bagaikan..
bila susah hati, sure x berselera nk mkn, berat pun senang je turun..
Babai hospital..

Mar 2, 2013

KRONOLOGI - PEMBEDAHAN TONSIL & TURBINOPLASTY PART 1

Assalamualaikum..
Lamanya x berceloteh mcm2 dlm blog..hnya sempat update pasal product je utk my blogshop..
x sempat jugak nk singgah blog kwn2.. In sha Allah, lepas ni if semua dah kembali normal 
segalanya akn terlaksana juga..(skema betul ayat) hehe..

Alhamdulillah, hubby skrg dah makin pulih & sihat boolat, selepas menjalani operation tempoh hari. 
Dah smggu hubby kembali bekerja setelah hmpir sebulan MC.
semestinya bila en.hubby cuti, aku manfaatkan saat2 bersama en.hubby tersayang dgn sebaiknya..ahakks..
Best woo, hari2 org lain berkejar ke tempat kerja, tp kami laki bini bangun pg antar Cik Dania gi taska, 
lps tu gi ronda2, lepaking bersama, hubby temankan aku jumpa client utk COD brg..

Buat sementara wktu tu juga akulah yg drive keta ke hulu ke hilir.. sbb hubby selalu pening2, mgkin sbb br operate jd tekanan darah belom stabil.. aku mengambil tugas merangkap suami,isteri & ibu.. 
mmg sibuk sgt mcm 'lipas kudung' aku di buatnya..tambah2 mgu pertama sejak hubby keluar dr ward.. kejap ke sana, kejap ke sini..sempot akak!! setiap hari ptg or mlm aku akn bawak hubby & cik dania keluar meronda, mmg itulah feberet kami sejak dr mula kawen dulu. 
selalu hubby yg akan bawak kami, tp bila hubby x sihat aku pula yg bawak hubby ronda2..
Meronda2 tu bknnya kemana pun, juz naik kete pusing2 satu alor setar, pastu blk lah..haha..Kami panggil  acara 'perabih minyak kereta'.. kalo dulu blom ada anak kami kerap keluar naik motor, tp skrg dah ada ank agak bahaya nak naik motor..

Tp kan yg x bestnya, bila kita bawak kete cik abg (pengkritik tegar) dok sebelah..mmg byklah kena komen..
'ehh, nk potong lain kali, kena cpt la sket, tukar gear 1'..
'x yah la bg signal terlalu awal if nk membelok'..
Hadoiii.. Saiko sekejap akak.. Tp orait jgk, lepas kena komen tu aku belaja benda baru, yg sebelom ni aku rasa cam dah terrer bawak kete..ekeke..

Now, keadaan dah kembali seperti sedia kala..hehe...Hubby dah bole drive kete seniri..aku mcm biasalah kembali kepada rutin asalku.

Amboi,panjang bebenor intro kan?.. 
Ok, jom cerita tentang En.Hubby menjalani operation. En. hubby admit ward pada 4/2/2013.. 
igtkan admit 4/2 tu, esoknya terus dibuat operate nya..tp DR bgtau operation akan dilakukan pd 6/2..
 Jadi berlakulah acara lepaking di spital selama 2 hari kami laki bini..


Muka masih ceria , sbb x kena operate lg time ni..
Makanan spital..
 Sepanjang di hospital, cik dania di bawah jagaan mak & ayah aku di kampung..
syukur, nasiblah mak ayah aku dekat, kalo tidak, x tau la nk suruh siapa tlg jagakan Cik Dania..
Mlm tu En.hubby kena wat SLEEP STUDY sekali lg, sbb yg dulu buat tu x dak flow kata DR..
Sleep study..serba mak nenek wayar di pasang di bdn hubby..
Mlmnya x leh tido sbb hubby kerap bangun buang air, 4-5 kali..
Bila hubby bangun aku akan tlg hubby pegang semua wayar2 tu, takut tercabut wayar..
kang x pasal2 kena wat sekali lg.. masa tu hubby kena jln mcm robot..




Kat bilik nilah hubby & aku berkampung selama 6 hr 5 mlm..
Mulanya mintak bilik yg seorang, tp x da kosong,maka dptlah bilik ni ada 2 org..
Hubby dpt member sebilik, India tua..kami selalu gelak smp nk terkencing sbb member sebilik hubby tu selalu kentut, kuat plak tu.. pprroooottt!!haha..
Kdg2 time ada pelawat pun dia kentut juga, sgguh x senonoh org tua tu..
Cer tgk, kat kerusi tu lah aku tido selama 5 mlm..mlm2 aku akn cantumkan kerusi tu, then tido secara mengerekot..Mmg la, sakit badan abis sbb x bole nk lunjur kaki & perlu tido mengiring sajok..
tp x pe, utk hubby tersayang aku sanggup segalanya. mulanya nk tido atas lantai, hampar comforter, tapi mak aii..nyamuk byk nk mampus..Yg terbaiknya tidolah di ats kerusi tu..
Tapi dah nama jaga org sakit, biasalah..bukan nya bole tido nyenyak mcm kat umh..
  Setiap hari, cik dania akn dtg dgn tok wan & mak tok melawat papa di spital..
Rindu sgt kat cik dania waktu.. time ptg nak blk selalu lah wat drama air mata. Cik dania akn peluk aku erat2 smbil cakap 'Dania nk mama ngan papa'.. alahai sedey sguh waktu tu x terkata..

hari yg dinantikan dah tiba..
ni uniform utk ke dewan bedah..
              Tgk ja hubby pakai uniform, touching abis waktu tu.. meleleh airmata x henti2..
Peluk hubby kuat2,erat2..sampai basah uniform hubby dgn airmata aku..huhu..
Aku yg over plak, tuan punya badan nmpk rilex cuma mata jer merah2..cover beb..
Sedih sgt tgk insan tersayang nak menghadapi saat2 getir kat dlm dewan bedah. 
Rasa mcm nk ikut sekali je bersama hubby, tp x bole..
Dulu, masa aku operate bersalin Cik Dania, hubby ada disisi menemani.. 
                          
 Utk pengetahuan kwn2, hubby menjalani pembedahan utk buang tonsil yg bengkak dlm tekak & juga
 turbinoplasty (sejenis ketumbuhan dlm hidung).
                                 



Kalimah terakhir yg diucapkan hubby sebelom di bius sepenuhnya..

Bila hubby di sorong msuk dlm dewan bedah, jiwa aku rasa kosong.. kosong.. mcm lagu Najwa Latif..
Doa yg tiada henti2nya, semoga hubby aku selamat..
Semasa menunggu hubby menjalani pembedahan, selain doa aku sempat habiskan surah yaasin agar dpt aku bekalkan buat hubby supaya beliau tenang menghadapi pembedahan..
Dr sejam, ke sejam tgu hubby kat ruang menunggu.. Ikutkan pembedahan mengambil masa selama 2-3 jam.
Tapi hati dah mula risau sbb hmpir 5 jam hubby blom keluar dr dewan bedah..
Bila dgr ja pintu di buka, terus terjah nk tgk 'suami aku kah itu'?..Ohh..bukan, org lain rupanya..
Hati dah mula resah bila sesekali pintu dewan di buka, tp nurse menyebut nama org lain ' sapa waris kpd Si A'.. 'Si A di masukkan ke ICU sbb berlaku komplikasi masa pembedahan td'..
Hati tertanya2..bagaimanakah keadaan hubby kat dlm tu?..
Kenapa lama sgt, masih belom keluar lg ni..
ok ker dia..
 Tolong Ya Tuhan.. Tolong Jagakan dia.. Dia kekasihku.. 

To be continued...