Jan 31, 2012

Rinduuu..

Rasanya dah 2 minggu nak menulis cerita ini, tapi disbbkan x berkesempatan dgn mcm2 benda, maka harini barulah ada masa terluang utk mengupdate semula blog ini..
Mggu lepas ada melawat kwn di PMC, aku pun dah x ingat hari apa, kami anak beranak nak pergi ke Tesco utk jenjalan cari makan. Masa on da way, hubby dapat satu msg dari kawan sekerjanya yg berbunyi..' Siti dah selamat melahirkan anak semalam kul 5 pg'..
Bila dengar je Cikgu Siti Mahani selamat melahirkan anak, tiba2 aku rasa sayu sgt.. Terus laju ja airmata turun, x berenti2 plak tu smp bengkak2 mata..
Bukannya menangis kerana merungut menyalahkan akan segala takdir Tuhan, tapi entahlah! Rasa gembira, sedih & pilu berbaur rasa perasaan ketika itu.
Yg x dapat aku rungkaikan dgn kata2. Hanya airmata saja yg mampu menjadi penawar.
Walaupun dah nekad berjanji dengan diri sendiri, tahun 2012 bukanlah tahun utk aku bersedih2 lagi meratapi apa yg telah pergi & terjadi. Hakikatnya mgkin aku boleh berlakon di depan org seolah2 aku tidak lagi bersedih akan kehilangan itu, tapi aku x mampu utk menipu diri sendiri lagi, yg sebenarnya aku terlalu RINDUUUU....
Akhirnya air mata tahun 2012 ni gugur juga. Lega rasa dapat menangis sepuas2nya, melepaskan segala kerinduan yang terbuku sekian lama di dalam hati..
Cikgu Siti Mahani ini selain kwn sekerja hubby, beliau juga merupakan kawan aku. Kami sgt la baik, selalu keluar2 bersama. Lepas sebulan beliau disahkan mengandung, ada pula berita gembira buat aku yg turut juga disahkan mengandung.
Waktu tu gembiranya hati x terkira, sempena meraikan berita gembira itu kami keluar berbuka puasa bersama2. Selepas raya puasa pula, kami sama2 berkongsi duit utk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di sekolah hubby tanda syukur di atas rezeki yg Allah anugerahkan buat kami.
Tapi sayangnya hari ni, beliau telah pun selamat melahirkan anaknya. Lain pula dgn aku yg x dapat meneruskan kandungan, gugur di tengah jalan.. Alahai, sedihnya hati jika mahu mengimbas kembali saat itu. Betapa sakit & pilunya jiwa ragaku hanya Tuhan saja yg tahu..
Mula2 rasa sangsi juga nak melawat beliau, takutkan aku x dpt mengawal perasan sedih lagi. Tapi alhamdulillah, aku berjaya menyembunyikan semua perasaan sedih aku. Dapat bersembang2 seperti biasa bertanyakan pengalaman beliau bersalin. Ataupun mgkin aku sudah puas menangis sebelumnya melepaskan segala2nya..


Ini dia gambar baby boy ke-2 Cikgu Mahani di bwh jagaan nursery.
Kami hanya dapat tgk melalui cermin nursery sahaja. Kami x dibenarkan berjumpa direct, kalau tidak aku teringin sangat nak peluk cium baby ini agar dapatlah lepaskan rindu terhadap 'adik'.. Bila tgk baby, bergenang airmata.. Rindu serindu rindunya..

Sedang rancak bersembang2 sambil tgk baby, x sangka btul tiba2 terjumpa dgn kawan Uitm Perak pula merangkap rakan blogger iaitu K.Ina.
Terkejut juga sbb x tahu pun yg dia mengandung anak ke-2 kali ni. Amboi k ina, lama sungguh mendiamkan diri. rupa2nya diam2 ubi berisi ye..
Tahniah buat k ina atas kelahiran cahayamata yg ke-2 ni.. Ermm, sedih lagik.


Inilah baby ke-2 k ina. Baby girl juga, sama dgn kakaknya syifa. Dgrnya baby ni berkongsi tarikh lahir yg sama dgn kakaknya syifa. Senanglah nk celebrate besday nanti ya k ina..

Sempena tahun baru ini, banyak dgr berita gembira dr kwn2 yg selamat melahirkan anak. Rata2 sudah memasuki anak yang ke-2.. Bilalah turn aku pulak yer..
Moga2 Allah mempercepatkan utk aku. Rasanya bila dah ada penganti nanti kot, barulah terubat perasaan ini kembali..
Yang terbaru dgr berita kakak aku sendiri mengandung lagi ank ke-4.
Ermm.. bestkan, Tuhan beri rezeki lg buat kakak aku.
Sekarang aku kembali TTC( trying to conceive). Berjumpa doktor pakar utk treatment. Doktor akan mengambil darah aku setiap bulan utk melihat kesan ubt yg di ambil utk treatment tersebut.
Skrg ni bdn pun dah mulai naik, mmg begitulah keadaannya bila kita mula mengambil pil subur.
Selain itu aku ada juga amalkan meminum air rebusan buah hawa & makan jamu buat masa ni. Kata doktor, sekiranya dlm masa 6 bln treatment ni tp masih belum mengandung jgk, aku perlu tambahkan lg dos ubt yg di ambil itu & akan diberi melalui suntikan pula. Semuanya kembali seperti rutin dulunya sewaktu aku cuba berusaha utk mengandungkan Dania.
Jika dulu, smp lebam2lah tgn aku dibuatnya akibat selalu disuntik utk masukkan ubt & di ambil darah. Tapi demi utk mendapatkan cahayamata, aku sanggup hadapi semua itu.. Apalah sgt bagi aku kalau setakat sakit2 lebam cucuk ambil darah tu, jika nak dibandingkan peritnya sewaktu nak melahirkan Dania dulu. Aku sanggup hadapinya walaupun perut aku terpaksa dibelah2 bagaikan buah nangka.
Berdasarkan pengalaman2 lepas, yg bnyak mengajar aku agar x terlalu berharap sgt. Bukannya apa takutkan hati melara lagi. Aku yakin jika suatu hari tiba masanya ada rezeki buat aku, InsyaAllah Allah tetap akan beri jua. Apapun, aku tetap akan terus berusaha sedaya upaya utk ke arah itu..
Sebagai manusia, kita x kan terlepas selalu diuji pelbagai ujian dari Allah. Aku, selalu diuji dalam soal mendapatkan zuriat. Ternyata hati aku selalu menangis & menangis dalam usaha mendapatkan zuriat ini yg sgt menuntut erti kesabaran.
Sudah nasib badan, aku tidak semudah org lain, aku perlu berusaha keras, mendapatkan pelbagai rawatan & perlu berhabisan wang ringgit utk mendapatkan cahayamata..
Tetapi aku amat bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan 'Nur Dania Ermyna' buat aku & hubby sebagai penyeri hidup kami & pengubat segala duka lara.. Ianya hadiah yang amat bernilai dlm hidup aku. Semoga Allah mengizinkan & memberi peluang utk aku mengandung kembali. InsyaAllah..

Jan 25, 2012

Berkelah Di Pantai Yang Indah!

Weekend lepas kami anak beranak ke Penang. Hubby ada hal di sana, aku dah nama surirumah kan, haruslah mengikut sekali.. Di samping tu, amik peluang pos brg di Penang kepada customer yg order brg, di sbbkan hari jumaat pos opis di Kedah cuti.
Petangnya bila dah selesai semua kerja, bawak dania lepak2 tepi pantai sambil pekena prosperity burger.En hubby berkenan sgguh dgn prosperity burger ni, bg aku x da lah sedap sgt pun, biasa2 ja.


Pastu dania terus meroyan nak mandi laut, bila tgk ada kanak2 lain dok mandi-manda. Nasib ada bwk bju lain.. Dania terus terjun mandi dgn seluar jeansnya..hadoii..
Sebenarnya x plan pun, nk bg dania mandi sbb tulah x bwk bju mandi. Tp tgk beria-ria sgt dania nk mandi jgk,ermm suka ati ko lah nak oii!..jnji ko hepi



Cer tgk dania, tgl baju ja.. jeans dah basah kemain berat lg.. Kesejukan mandi smpi terketaq2 dania, habis pasir penuh atas kepala.. dania dania..


Sukanya dania mandi smp baring2 gitu!


Dania suruh papa lukis lipas.. tp bila siap sekali tgk mcm sotong pun ada..




Dulunya aku suka ke tempat tanah tinggi sbb sejuk, tp sejak akhir2 ni suka ke pantai plak.. bila tgk laut terbentang luas nan membiru, rasa tenang sgt.. indah sgguh ciptaan Tuhan.




Time mama & papa mengediks! ehemmmm..

Jan 10, 2012

Satu Kisah Di Marrybrown

Petang tadi bawak dania ke Giant, utk beli berus gigi.. Setakat ni termasuk yg baru dibeli td dah 9 batang berus gigi dania, mcm2 jenis & cartoon yg dah sedia ada. Doraemon,pink panther,barbie,popeye,upin ipin dan byk lagilah, semuanya masih elok2 lagi. Gara2 nak memujuk dania supaya terus rajin memberus gigi, kami terpaksa tukarkan berus gigi selalu utk menarik perhatian dania ni. Skrg dah 3 hari Dania x nak memberus gigi, mogok sbb nakkan berus gigi mickey mouse pulak.. merata jgklah kami mencari berus gigi yg ada cartoon mickey mouse tu, last2 ada jiran cakap yg dia ternmpak ada berus gigi cartoon mickey mouse kat Giant. Terus kami terjah situ dapatkan utk Dania, lihat betapa sayangnya papa & mama kat kamu yer Dania.. apa saja permintaan dania sebolehnya kami akan tunaikan.. Kamu dah pandai demand skrg ni, x padan dgn kecik! takpa, sementara kamu masih belom ada adik lagi manjalah sepuasnya, sbbnya nanti kalau dah ada adik mama mmg xkan bgi muka kat dania demand mcm ni lagi tau..
Lepas membeli berus gigi & shopink brg2 dapur kami menjamu selera di Marrybrown yg merupakan satu2nya restoran segera yg terdapat di Giant tu. Sedang enak menjamu selera terlihat kelibat satu family yg sedang bercakap2 sesama sendiri sambil berjalan mundar-mandir memerhati ke dalam Marrybrown. Terdiri dari bapa, ibu serta 2 org iaitu ank perempuan & lelaki.. Umur si bapa & ibu dlm lingkungan 50-an manakala si ank perempuan dlm 14 thn & si lelaki dlm 7 thn.. Rasanya lebih kurang 3/4 kali juga mereka lalu di depan Marrybrown tersebut. Last sekali masa mereka berhenti kami ada terdengar perbualan antara mereka anak beranak..
Antara perbualan mereka dlm loghat kedah.

SI BAPA: 'Kita pi makan tang len lah, nmpk kedai makan ni mcm mahai pun'.
ANAK LELAKI: 'Tak mau, chek teringin nak mkn sini. Kwn sekolah chek kata sedap. Selalu dengaq depa dok habaq mak pak depa selalu bawak depa mai mkn kat tempat mcm ni. Jomla ayah!'..( smbil dok menangis )
SI IBU: 'Adik, nanti kita mai len na.. hari ni duit x cukop, yg ada tinggal beda tambang bas nak balik.. Sat g makan tang ni, jalan kaki la kita. Nanti tggu ayah juai sekerap kita mai len'.
ANAK PEREMPUAN: 'Adik, kesian kat ayah. jenuh la ayah pi motong kalau adik dok mintak nak makan mcm ni.. Kak pun x pernah makan lagik, jgn kata adik. Nanti kita ada duit kita mai len'. ( pujuk si kakak)
SI IBU: 'Sat (smbil dok qrosek2 beg).. nah! mak ada 3 ringgit, mintak kat pak hang plak dia ada bopa ringgit'.
SI BAPA: 'Aku ada byk ni'.. terus hulurkan wang tersebut kepada anak lelakinya.
x tahu la berapa ringgit duit yg telah si bapa hulurkan kepada anaknya itu.
Lepas tu, kami nmpk si anak perempuan & anak lelaki meluru ke arah kaunter utk membuat pesanan.
Beberapa minit kemudian, mereka keluar berlalu pergi & kami dapati si anak lelaki hanya memegang segelas minuman tanpa makanan2 yg lain.. mgkin hanya itulah yg mampu dibeli dgn wang yang diberikan oleh kedua ibu bapa mereka td.
Aku & hubby saling berpandangan.. Air mata aku dah mula bergenang, sedih & touching melihat reaksi mereka tadi.. Rasa betapa beruntungnya badan kerana diberi rezki serta peluang menikmati makanan seperti itu entah yg ke berapa kali. Kalau diikutkan bulan ni saja kami dah makan McDONALDS sebanyak 4 kali sbb hubby terlalu sukakan Prosperity Burger. Sedangkan bila lihat ada insan2 di luar sana yg x berkemampuan & x pernah pun merasa makanan tersebut walaupun sekali..
Bila difikirkan kembali, kenapalah kami tidak tergerak hati utk memanggil ank2 itu, apa salahnya menyedekahkan sedikit wang agar mereka berpeluang menikmati makanan yg mereka ingini..
Ohh, bodoh sguh rasanya kami dua laki bini, yg hanya kelu memerhati..
Apapun semua itu dijadikan ikhtibar & ingatan buat kami agar tidak berulang kembali..
Renung-renungkan!

Jan 7, 2012

The Story of Our New House

Saja nak bercerita tentang perkembangan umh baru kami. Dah menjadi kebiasaan kalau weekend saja mesti gantung periuk, dapur pun terus x berasap. Mcmmana nak masak sebab lepas bangun tidur saja, terus hubby suruh bersiap2 nak keluar ronda2, bukannya ronda jauh2 manapun, selalunya dok pusing kot alor star ni saja. Mmg begitulah rutinnya kami setiap weekend bila hubby tidak ada apa2 hal..
Paginya keluar sarapan selalunya kami pekena roti puri kat kedai mamak , lepas sarapan terus ke lokasi tetap kami iaitu our new house di Taman Laman Kuda.. InsyaAllah, jika tidak ada aral setelah bertangguh hampir 2 thn lebih asyik nk pindah2 tp x jdi2, kali nie mmg dah nekad. Skrg hubby sedang sibuk dok buat lanskap dekat tanah tepi sekangkang kera tu, kali ni aku biarkan lanskap tu mendapat sentuhan dri org horticulture (hubby), mesti gempakkan? sama2 kita tgk nanti gempak ke hapa.. haha
Lighting, cat umh, curtain baru semuanya dah settle, cuma skrg sibuk deco rumah. Konsep yg kami pilih adalah moden kontemporari. Ni semua adalah idea hubby lah, aku x kisah hanya ikut saja asalkan cantik.. Lgpun hubby yang keluarkan duit kan..
Setakat ni perabot saja masih belom penuh, kami decide utk beli perabot2 baru jadi haruslah kumpul duit sket2, then beli satu persatu. Sempatlah penuh kot sementara nak pindah masuk. Melihat byk perabot2 yg dah dibeli, cuma tgl beberapa saja belom, sempatlah kot masuk dlm bulan 3 or 4 nanti. Hubby ni jenis yg x suka membeli hutang, kata hubby kalau nak berhutang lebih baik x payah beli jadi mau x mau terpaksalah kumpul duit sket2 dlm tabung ayam utk dptkan perabot2 idaman.. Perabot umh skrg?.. kebanyakan perabot yang ada di rumah kami skrg adalah belas ehsan sumbangan dari MIL masa kami mula kawen dulu, dari tv, kabinet dapur, peti sejuk & beberapa jenis almari semuanya MIL yg bagi.. Jdi skrg perabot2 tu dah lama & byk yg dah rosak sbb tenggelam banjir aritu. Dulu kami hanya beli set katil & sofa saja baru yg lainnya semuanya brg2 secondhand MIL yg bagi. Dan skrg sofa yg ada ni pun dah lembik lunyai, warna pun dah jdi kelabu asap & penuh dgn contengan hasil karya dari Cik Dania kita... Dan jgn x percaya umh kami skrg mmg x pernah ada meja makan, selama hampir 6 thn ni kami makan bawah bersila atas lantailah jawapannya, dah asal dari kg kan, haruslah kekalkan kekampungan itu..
Jadi dah nak masuk umh baru, teringinlah sgt nak merasa perabot baru plak kan, x kan nk usung perabot yg dah nak berkecai tu lagi kot.. Plan kami biar penuh & lengkap segala perabot dulu baru kami akan pindah. Lgpun ini mmg janji hubby dulu, katanya dulu x yah beli apa2 perabot baru, juz guna yg mana ada saja, tp nanti bila nk masuk umh sendiri barulah kami akan beli perabot2 baru..
Melihat jiran sebelah menyebelah pun dah pindah masuk, jd sgt tepatlah kami buat keputusan utk berpindah ni, at least bila dah ada reramai jiran2 ni x lah sunyi sgt kami nanti..
Seronok sgt bila dah ada umh sendiri sbb boleh deco ikut citarasa sendiri, cat warna kesukaan kita, paku & tebuk sana sini x perlu lagi minta izin sapa2 kalau nak buat apa2.. Plan kami utk tgl di rumah ni utk sementara tempoh saja, jika ada rezeki lebih nanti sebelum hubby pencen teringin nak bina rumah dgn design sendiri atas tanah sendiri, senang la sket nak buat khemah byk2 utk kenduri Dania kawen nanti..hehe.. InsyaAllah..
Alhamdulillah, walaupun gaji hubby tidaklah byk, hidup kami tidak semewah mana & hanya hubby seorang yg bekerja tapi berkat kami hidup yg secara bersederhana ternyata rezeki Allah itu cukup luas, ditarik rezeki yang itu semalam tp hari ini Dia gantikan rezeki yg lain pula. Syukur Ya Allah! Baru mendapat satu berita smlm yg membuatkan kami anak beranak tersenyum indah.. Kdg2 terkejut juga ada kwn2 hubby yg mengadu sering x cukup duit & minta pinjam duit, padahal dua laki bini bekerja tp hairan kenapa msh x cukup2.. Sedangkan minta pinjam duit dkt hubby yg hanya bekerja seorang. Tapi bila dilihat balik mmg kehidupan mereka agak mewah, rumah besar, kereta setiap tahun mesti mau ditukar baru.. Teruk la kan kalau hidup nak semewah itu sedangkan gaji tidak seberapa. Apapun semuanya terserah kepada kita bagaimana cara uruskan duit, jika jenis x pandai nak menguruskan duit ni, mailah gaji byk mana pun mmg still x cukup2 lg.. tp kalau jenis pandai uruskan duit insyaAllah, walaupun gaji kecik boleh bt itu ini juga..
Teringat kata MIL yg pernah beri nasihat utk aku yg sgt2 frust masa mula kawen dulu sbb hubby x izinkan aku bekerja katanya 'REZEKI ALLAH TU LUAS WANIE MELIMPAH RUAH BYKNYA, BUKAN SEMUA ORG2 YG BEKERJA DUA LAKI BINI TU SENANG HIDUPNYA, INSYAALLAH ADA LAH REZEKI LAIN YG ALLAH AKAN BAGI NANTI, YG PENTING APA2 PUN KELUARGA MESTILAH TETAP MENJADI KEUTAMAAN'..
Dulu sering sgt aku rasa rendah diri bila terjumpa dgn kwn2 yg rata2 dah ada kerja tetap, ada gaji sendiri, tetapi kini lain pula aku rasa selepas ada keluarga & anak skrg ni, segala benda semestinya anak adalah keutamaan aku.
Dan aku mula nmpk akan kebenaran kata MIL dulu, aku dapat merasai kenikmatan & kebahagiaan hidup sebagai seorang isteri, ibu & surirumah. Aku juga dapat apa yg aku nak, cukup makan, pakai & yg menariknya kelebihan aku dapat merasai kepuasan menjaga anak sendiri & melihat anak membesar di depan mata. Walaupun tidak bekerja, aku ni jenis yg x reti duduk diam, aku cuba amik kursus menjahit & skrg aku sudah boleh menjana pendapatan sendiri dgn bekerja di rumah, aku juga ada income sendiri hasil dr aku ambil upah menjahit & buat biz kecik2 di rumah cukuplah utk aku beli itu ini & menabung sket utk bekalan hari tua. Begitulah suratan takdir & seandainya kita redha dgn takdir yg telah Allah tetapkan, pasti kita kan merasai kemanisannya.. Yg penting kita sentiasa berusaha & hidup enjoy sementara masih di beri peluang bernyawa di bumi Allah ini..
Jika ditanya skrg, adakah aku mahu bekerja semula?.. ermmm..jawapan aku mgkin tidak, sbb aku dah bahagia dgn hidup aku, aku nak jaga ank2 aku sendiri.. & x sanggup nak antar dania & anak2 aku nanti kat umh pengasuh.
bagi aku wang bukanlah segala-galanya..


Walau sebesar mana pun rumah kita, bersyukurlah seadanya kerana hanya itulah kemampuan kita..

Jan 4, 2012

????

What happened to my blog!
There's something wrong ..
When I want to upload a picture, must not succeed.
Haiyakkk!!

Jan 3, 2012

Saham Bank Rakyat

Alhamdulillah tadi selesai sudah urusan utk menambah syer saham dalam bank rakyat.. Rasanya ramai yang dah tau Bank Rakyat so far memberi pulangan yang sangat baik 15% dividen setahun kepada ahli Bank Rakyat & kelebihannya adalah mmg dah siap2 ditolak zakat sekali.
Dalam bulan April 2011 lepas, Bank Rakyat telah membuka kembali saham Bank Rakyat untuk menjadi anggota baru dan tambahan saham kepada anggota dan juga pelanggan-pelanggan Bank Rakyat. Masa tu hubby mmg dah jadi ahli pun, cuma aku ja yg baru nk jdi anggota baru.. Tapi setiap org dihadkan hnya RM500 saja.. Masa tu lepas saja dgr berita bank rakyat buka saham baru sebanyak RM1 billion, esoknya pagi2 lagi aku & hubby pergi bank rakyat, mak oii rupanya dah ramai manusia yg lebih awai lg dari kami walaupun masa tu bank belom buka lagi.. Punyalah Q pjg nak amik no, lepas amik no kami blk umh dulu sbb dpt no 200 rtus lebih.. Ptgnya bru dtg blk..
Lepas settle semua urusan ada tnya sorang kakitgn bank tu jika nk tambah syer lagi, camna?.. Dia suruh isi borang dulu, then tggu surat dari bank kalo bole tambah ke tak.. Masa last november 2011, kami dpt letter from bank rakyat bole tmbh syer.. Syukur sgt, sbb bukan semua ahli dpt peluang ni.. Aku dibenarkan tmbh 1k, but hubby 5k.. Sbb masa isi borang dulu kat ruang utk tmbh syer, aku hnya isi 5k tetapi dpt 1k saja, hubby plak isi 10k & dpt 5k.. Takut plak aku nk isi byk2, kang dpt nanti x tau mana nak cekau duit.. Disebabkan dah ada pengalaman yg lepas, tdi waktu isi borang utk tambah syer aku punyalah berani gila babun boh siap2 10k, haha.. mcmla byk duit sgt. Tapi takpe, kakitgn bank rakyat tu ckp kalo dpt tawaran tmbh lebih tapi kita hnya tmbh setakat mana yg kita ada pun takpa, bkn nk kena saman pun..
So skrg, tggu ja la bila nk dpt surat utk tambh syer bank rkyat pun tatau..
Rasanya ASB pun dah bole update kot yer, sbb tgk dah ramai manusia beratur setiap kali lalu depan ASB..