Dec 31, 2011

Welcome to 2012 & Good bye 2011 full of memories

Sedih sgt dah nk bye2 thn 2011, tggl beberapa jam lagi nk msuk thn baru 2012..
Tahun 2011 adalah tahun yang termanis buat aku, thn 2011 merupakan tahun pelbagai ujian buat aku, thn 2011 jgklah thn aku byk berendam air mata.. Selepas satu satu ujian aku hadapi.. ermmm.. tapi sumpah semua ujian itu bisa menjadikan aku semakin tabah & kuat skrg utk menempuhi ujian2 yg bakal mendatang.
Byk rancangan yg hendak direncanakan tidak menjadi & ada pula yg boleh dikatakan sudah ada di dlm mulut cuma tggl hendak telan saja tetapi terpaksa diluahkan kembali kerana sudah ditakdirkan bukan rezeki aku.. Semuanya aku terima dgn redha bersama leraian airmata, mgkin belum rezeki aku..
Dan paling menyentap jiwa nuraniku bila terpaksa menerima ujian Allah yang begitu hebat, yang aku keguguran di usia 14 mggu kandungan aku.. Pedih sgt hati hendak menerima berita sedih itu tatkala kelahiran itu sgt2 aku nanti2kan.. Dugaan ini juga aku terima dengan redha. Hati ibu mana lah yg tidak pedih, sakit & bagaikan nak gila bila tahu kehilangan anak sendirikan?? Berbulan juga hati aku berduka lara tapi Alhamdulillah kini aku sudah pulih seperti sediakala.. Syukur sgt kerana ada insan2 tersayang & rakan2 yang byk memberi sokongan & aku sgt2 bersyukur kerana pernah mengandungkan bidadari syurga yang bakal aku temui disana serta membantu aku & suami di akhirat kelak.. InsyaAllah, kita jumpa di sana ya 'adik' sayang! & tlg bantu mama utk bertemu 'adik' di sana..
Cukuplah 2011 menjadi kenangan terindah dlm hidupku.. apa yang aku dambakan sekarang 2012 bakal memberi sinar buat aku.. Tidak mahu lagi mengenang kisah2 sedih yg lepas. Semoga 2012 aku dikurniakan rezeki yang luas, kekuatan hati dlm menghadapi ujian2, kebahagiaan dunia & akhirat serta yang paling aku inginkan adalah utk mengandung lagi.. sebagai penganti atas kehilangan dulu.. Apa yang aku yakin skrg adalah
' Tuhan telah rencanakan sesuatu rezeki yg lebih baik buat aku sbb itulah aku dipilih utk menerima ujian yg hebat ini'..
Selamat tahun baru semua..

Dec 27, 2011

Tertunai Hasrat Di hati..



Hari selasa mggu lepas mengikut hubby ke Ipoh, hubby ada urusan di sana.. Kami pergi berdua ja, dania blk umh mak tok.. hehee.. leh dating berdua.
Selesai semua urusan, ronda2 sekitar Ipoh.. teringat zaman study dulu, weekend je outing ronda Ipoh ler dgn kwn2.. windu saat2 itu!!
Yang bestnya dapat jgk tgk cerita ombak rindu kat Ipoh, yes! yes! akhirnya dapat jgk.. walaupun aritu dah pergi nk tgk masa kat key ell, tp tertgk citer Mission Impossible plak, sbb citer ombak rindu seat dah full, tgl seat dpn2 je.. then pelbagai alasan dr hubby kata filem ni jiwang karat la, x mencabar la.. Last2 dia pun tangkap leleh sekali masa nonton.. haha
Best jgk citer nie, tangkap nangis jgk la, lgpun aku nie mmg hantu nangis, tgk kucing kena langgar pun aku dah nangis, inikan plak citer sedey2 camni. Lepas nonton 15 min terus meleleh weyy.. tapi aku sakit ati dgn org blkg yg dok gelak2 sbb apa ntah sambil dok tiru cakap azizah mahzan yg bercakap slang London dlm citer tue.. rasa cam nk lempang ja depa.. aku nk feel lebih2 pun x bleh..
Maya Karin memang superb. Terpegun gak ngan keayuan & kesopanan kesusilaan, ditmbah plak dgn bait-bait tangkap leleh yg dimainkan dlm watak Izzah. Walaupun ada yg kurang bersetuju dgn wataknya diranjang bersama Hariz.. tapi tgk je la kan..
Aaron Aziz? Yup, lakonan mantap sebagai Hariz yg kadang2 cam dayus je mamat ni, kadang2 romantik, kadang2 kelakar plak. Aku pun pelik ngan Aaron Aziz nie, muka dah series+ganas giler, tp kadang2 leh tahan gak sengal dia.. apapun dia mmg ensemm.. auuwww!!
Cuma lakonan Lisa Surihani jer yg aku rasa agak sedikit kurengg.. kaku jer lakonan dia.. Haissh, tp bila tgk Azizah Mahzan dlm citer ni malu ya amat, pakaian dia seksinya mak aii.. ermmm, x tau nk ckp..
Oh ya, aku sgt puji dgn garapan & sinematografi yg jadi kekuatan utama dlm filem ni. Susunan muzik dgn scene x mengecewakan. Lagu2 OST pun best sgt..
Overall, still bole dipuji lgi dgn kualiti Ombak Rindu berbanding byk filem2 Melayu yg lain. Apa2 pon, dialog yg plg aku suka;

” Redha itu IKHLAS, Pasrah itu MENYERAH”

Sebelum blk singgah bersantap di Georgetown White Coffee..Snap2 gmbr then terus blk loq staq..



Mee Udang Georgetown yang x dak rasa & sgt x sedap.. maggi lagi sedap!


Nasi lemak adalah feveret & kegilaan aku.. pegilah mna2 restoran pun, kalo ada menu nasi lemak of coz aku akn order jgk walaupun ada menu2 yg lain sedap.. nasi lemak tetap jadi pilihan..



Dec 26, 2011

Selesai sudahh!!!...

Alhamdulillah, selesai menyiapkan semua tempahan baju sekolah yg customer antar.. Lepas congak2 dkt 50 psg jugak semuanya, adehh.. sbb tu la rasa cam nk patah je pinggang dok menjait lelama.. bila dah bz menjait, rumah tu x yah cakap la semak mcm sarang tikuih dah..
Yahuu, lepas ni ada la masa nk update blog cerita-ceritun yg tertinggal semasa bz menjahit aritu.. see ya!

Dec 21, 2011

Opick-Rapuh



Syahdu dgr lagu ni.. gara2 Tentang Dhia yg membawa aku kepada lagu ni..
Jom layan..

Happy Birthday My Sweet Heart

Tarikh 15.12.2011 lepas, genaplah umor dania 3 tahun.. Hepi besday sayang!.. muahhh 22x..
Pejam celik pejam celik 3 tahun pun anak mama sorang nie.. makin besaq makin byk lah songeh dia..
Mcm biasa lah, seperti thn2 lepas celebrated besday dania kat umh mak tok tp sedihnya papa x dak sbb papa kena outstation. Selalunya bila besday dania mesti mama akan buat kenduri sket smbil makan kek, just jemput sedara mara je.. Kali ni x dpt nk buat pada 15hb, sbb masa tu masih di key ell tapi dah pun celebrated keluar makan2 dgn mamawan & abahwan masa kat sana hritu.. lepas blk dr key ell bila semua dh settledown, hari jumaat lepas baru bole buat acara potong kek..


Blueberry cheese cake yg mama tempah, sgt2 sedap walaupun reganya agak mahal..


Dah pandai posing budak berdua ni..


Ain menyuapkan kek kepada besday girl..


Potong kek sesama.. tp harus dibantu oleh ibu Ain, kalo x habis cheese cake tu dikerjakan oleh budak berdua ni.


Sweet sgt kamu berdua posing camni.. mama suka!!

Meh nak citer perkembangan Dania di umor 3 thun ni:

~ tido masih lewat, kul 12 mlm ke ats, tmbh2 skrg ni papa ct. papa & mama selalu tgk movie mlm, dania pun teman sekali la, kalo kami tido kul 3 pg, kul 3 pg jgklah Dania akn tido.. mmg x bg line lgsg mama & papa nk bermesra2..
~ gigi dah mula rongok, sbb Dania malas gosok gigi & kuat menghisap botol susu.. Bila nk mandi je masti la gaduh dgn mama sbb mama paksa gosok gigi..
~ sgt manja dgn papa, asyik berkepit je dgn papa..
~ selalu jeles dgn mama bila mama nk bercakap @ dok dkt dgn papa.. terus dtg tutup mulut mama dgn tgn & pusingkan kepala papa supaya mengadap muka dia ja.
~ pandai menyanyi, walaupun kekadang merapu hentam ikut suka dia lirik tp melodi sesuatu lagu tetap ada.
~ sebelum tido papa kena bacakan buku cerita dulu then baru bole tutup lampu semua. Kalo papa outstation mama akn amik tugas ni.
~ masih kuat minum susu, berbotol2 dalam sehari. Mlm saja pun mama kena bgun 3 @ 4 kali buatkan susu utk Dania.. makanan lain sgt kurang, makan sket2 ja.. sbb tu kot dania kuat minum susu.
~ cakap pot pet pot pet, x berenti2.. Sehinggakan baru2 ni masa di KL, mamawan (MIL) cakap kat dania " rupanya dania jd cam mamawan yer, cakap x berenti2".. ada jgk cucu keturun jdi cam mamawan dia..
~ dah pandai baca alif, ba ,ta smpi sin.
~ bole bilang 1,2,3 smp 10 in english tp dlm bahasa melayu smpi 15..
~ selalu jgk teman mama sembahyang, tp masuk je rakaat kedua mula dok panjat belakang mama bila mama sujud.. kekadang mama geram+ nk tergelak smp kena stop bg warning & semayang lain.
~ masih mandi air suam shgga skrg, kalo air sejuk jgn harap nk mandi.

Nilah ttg serba sedikit perkembangan terkini Dania, mama harap dania membesar jadi anak yg baik, bijak, sihat & berjaya dunia akhirat. Jadi anak yg mendengar cakap mama & papa ya! Mama sentiasa doakan yg terbaik utk Dania.. InsyaAllah, jika diizinkan Allah mama akan bagi adik utk dania suatu hari nanti, sbg peneman Dania yer.. Sian kdg2 mama tgk dania main sorang2 & selalu minta nak adik kat mama.. Tapi dania kena tau sebenarnya dania dah pun ada sorang 'adik', tapi Tuhan terlalu sayangkan 'adik' sbb tu Tuhan amik jaga 'adik' dulu sebelum sempat kita berjumpa dgn 'adik' pun.. Semoga kita dapat jumpa 'adik' di sana nanti, insyaAllah..

Dec 19, 2011

Bercuti Di Key Ell..

Minggu lepas baru blk dari key ell, bercuti sambil menyelesaikan tugas. Selama 8 hari berkampung di sana. Sapa kata cikgu cuti skool dok umh, tgk hubby kejap ke sana kejap ke sini, pendek kata walaupun cuti skool tp keja tatap kene buat.. Jadi jgn igt semua cikgu makan gaji buta yer time cuti skool, cikgu2 lain aku x tau ler iye kot..
Jadi alang2 hubby perlu ke key ell, jd aku pun mengikut ler skali & satu lagi misi ke key ell adalah utk say babai to BIL(ady) sefamily yg berangkat ke Doha..
Sehari sebelum tu bertolak ke Penang dulu, hubby ada hal di situ, stay satu malam kat umh member hubby di Penang, then esok tghrinya bertolak ke key ell. Malam dlm kul 9 mlm selamat smpi umh MIL di Bestari Jaya, UNISEL.




Bila la dapat nek cruise ek, dpt amik gmbr jejauh pun jadi ler..


Bergambar di KLIA with SIL anak beranak, sebelom dorang berangkat ke Doha.. hrp2 ade ler rezeki utk ke Doha melawat dorang nanti..


Bila ke key ell, haruslah terjah IKEA.. byk jgk memborong brg2 rmh persiapan utk umh baru nanti..


Lama benar x pergi ke Putrajaya, singgah kejap sini pusing2 then bergambar sket. Byk sgt perubahan, bangunan2 dah naik. sekali tgk bgunan2 sini mcm kat China sbb byk yg warna kelabu.


With FIL & MIL..




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me