Sep 28, 2011

PASRAH SEADANYA...

Entah bagaimana hendak aku luahkan kisah hatiku yg telah menduga aku, tatkala menulis entry ini hati aku masih lagi dirundung pilu. Terasa bagaikan baru semalam hati aku berbunga-bunga menyanyi kegirangan apabila menerima satu kurniaan Dari MU, tetapi hari ini hati aku bagaikan direntap-rentap, menangis kesedihan kehilangan di atas kurniaan yg telah Engkau pinjamkan sementara waktu buat aku.. Sungguh hebat dugaan MU YA ALLAH..
Aku percaya setiap dugaan yang Allah turunkan utk hambaNya adalah mahu menguji tahap kesabaran hambaNya. Ya benar... skrg Allah sedang menguji ketabahan hatiku.
Aku redha Ya Allah.. jika ini adalah yang terbaik buat aku serta keluargaku. Aku pasti ada seribu hikmah menanti disebalik dugaan ini.. Walaupun hati aku teramat amatlah sedih, sakitnya x mampu aku ungkapkan, bukan kerna sakit menjalani rawatan D&C tapi sakitnya di dalam hati menanggung kesedihan bagai ditusuk-tusuk panah duri..SUBHANALLAH..
Ironinya, siapalah aku? Aku hanya seorang hamba Mu yg lemah.. aku hanya seorang ibu yg bisa menangisi pabila kehilangan anak walaupun anak itu masih di dalam kandungan..
Terkenang kembali tarikh 16/9/2011 ketika check up yang pertama, aku bisa melihat denyutan jantung bayiku..berdenyut-denyut..sungguh bahagia sekali kurasakan saat itu..
Tapi di tarikh 20/9/2011 ketika doktor mengesahkan bayiku sudah tidak bernyawa lagi, terasa menggeletar seluruh tubuh, mulutku kelu seribu bahasa..kepalaku terus diawang-awangan, ku cuba tahan agar tidak pecah empangan air mataku.. ketika itu hanya hubby aku saja yg terus berbicara dengan doktor, manakala aku hanya mengiakan apa yang diperkata, segala keputusan ku serahkan segalanya pada hubby aku kerana pikiran ku tidak semena-mena buntu, walaupun aku berjaya menahan sebak didada di depan doktor tetapi akhirnya tumpah juga sebaik saja keluar dari bilik doktor..maka berderailah airmataku tanpa hentinya..Malamnya ku lewati dengan kesedihan di hati sambil x putus2 berdoa kepada Allah berilah aku kekuatan hati..
Bukan kerana tidak percayakan kata-kata doktor, hanya untuk mendapatkan kepastian buat terakhir kali, keesokkannya aku pergi ke sebuah klinik lain pula, masih menaruh harapan manalah tahu akan keajaiban Tuhan.. tapi telah tertulis keputusannya adalah sama seperti sebelumnya.. lalu aku pasrah seadanya, aku redha Ya Allah!.. kembalilah 'sayang', kembalilah kepada Pencipta mu..
Tanggal 24/9/2011 merupakan satu tarikh yg akan terus segar dalam ingatan aku, jam 3 ptg aku pergi ke Pusat Rawatan Mahsuri untuk menjalankan rawatan D&C....
Gembiranya dihati baru-baru ini apabila mendapat tahu Pusat Rawatan Mahsuri di buka kembali & aku berhajat utk melahirkan anakku kali ini di sini jugaklah sama seperti sebelumnya sewaktu melahirkan Dania dahulu. Sayunya kedatangan aku kali ini bukanlah utk melahirkan anak, tapi sebaliknya menjalankan rawatan D&C..
Sebelum aku dibius ketika didalam labor room, aku cium tangan hubby aku memohon kemaafan & segalanya kekhilafan.. Ku lihat berlinangan airmata jernih jatuh dipipi hubby aku, sambil mengangguk-angguk memaafkan aku.. Katanya 'Omey kena tabah & kuat.. Allah sedang menguji kita'..
Jawabku 'Ya, Omey tau..cuba Abg tengok, Omey dah x nangis lagi.. Omey dah redha dengan ketentuan Allah, Alhamdulillah Omey dah makin kuat & tabah..tapi kenapa abg pulak yang nangis'?..
'Abg kesiankan tengok keadaan Omey sekarang'..seraya hubby ku membalas.
'Abg jgn risau, Omey baik-baik saja cuma abg doakan Omey selamat ya!'..sekali lagi aku menjawab lantas memeluk seerat-eratnya hubbyku itu..
Selepas itu aku dibius, proses rawatan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 jam tanpa aku sedarkan diri..
Selesai semuanya prosedur, aku kembali sedar seperti sediakala, aku dapati hubby berada disisi sambil tersenyum, dah selesai pun.. Perlahan-lahan aku meraba perut aku, aku dapati perutku kembali kempis seperti tidak mengandung lagi.. Perasaan hiba & sayu menerjah kembali ruang hatiku, airmata ku gugur lagi.. Maafkan Mama 'sayang', bukan sengaja mama buat begini, tapi 'sayang' yang pergi tinggalkan mama terlebih dahulu.. Sungguh 'sayang' terlalu kasihkan mama, sehinggakan 'sayang' gugur pun mama tidak merasai apa-apa kesakitan yg bisa dirasai oleh sesetengah ibu lain yg mengalami keguguran seperti mama..
'Sayang' walaupun 'sayang' tidak dilahirkan di sisi mama, tapi percayalah 'sayang' terpahat abadi di hati mama buat selamanya.... Bersabarlah wahai hati, pasti ada hikmah menanti...

Sep 22, 2011

Ternyata Allah Lebih Menyayangimu 'SAYANG'

SYAFAAT BABY YANG GUGUR
Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya bayi yang gugur dalam kandungan benar-benar akan menarik ibunya dengan tali pusarnya
ke syurga bila ibunya rela dengan itu (ibunya bersabar dengan kehilangan anaknya).”
Ibnu Majah, Kitab Janaiz, 1632

BG YG MENINGGAL MASA KECIL (belum baligh),
Aisyah berkata, “Rasulullah diundang untuk melayat jenazah seorang anak kecil dari kalangan Anshar. Aku (Aisyah) berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah beruntungnya anak ini. Ia salah satu burung diantara burung-burung di surga. Ia tidak pernah berbuat keburukan dan belum pernah menemuinya.’ Rasulullah bersabda, ‘Apakah engkau tahu yang selain itu, wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah menciptakan penghuni syurga yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula. Dan Dia menciptakan penghuni neraka yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula.”[29]

Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah bersabda, “Anak-anak kaum muslimin itu berada di sebuah gunung di syurga. Mereka diasuh oleh Ibrahim dan Sarah sampai mereka dikembalikan kepada ayah-ayah mereka pada hari kiamat.”
Shahih Al Jami’, 1023

SYAFAAT ANAK BAGI KEDUA ORANG TUA YANG SABAR ATAS KEMATIAN ANAKNYA
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat kurnia dan rahmat-Nya.” Abu Hurairah melanjutkan, “Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam syurga!’ Anak-anak itu menjawab, ‘Kami menunggu kedua orang tua kami’. Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam syurga’.”
Bukhari, Kitab Janaiz, 1171

Sep 21, 2011

......................



Hatiku menangis lagi.. YA ALLAH, AKU MENGHARAPKAN KEAJAIBAN DARIMU..

Sep 18, 2011

Check Up

Semalam pergi check up yg pertama kali di Klinik Mutiara. Buat appointment dgn DR MASSODAH (my personal doktor) pkl 8 mlm, dulu masa peknenkan Dania pun aku check up dgn doktor ni jgk lah, baik sgt & peramah orgnya. Berpuas hati dgn rawatan doktor tu masa peknen Dania dulu, jadik kali ni aku amik keputusan utk teruskan check up dgn doktor yg sama. Doktor ni jgklah selaku aku punya customer yg selalu upah jait baju dkt aku.hehe
Berat badan dah semakin naik ke 52.5kg skrg, air kencing & tekanan darah semua ok, Alhamdulillah..
Ambik darah, keputusan akan tau next check up bulan depan..
Dania terlalu excited nk jumpa dgn adik sbb dari umh lagik aku dah bgtau awal2 nk pergi klinik check adik Dania.. Terpaksa aku pujuk Dania sbb Dania ni jenis yg penakut nk jumpa doktor, tp nasib baik jgk doktor ni selalu jgk dtg umh aku tempah jait baju, bila selalu jumpa dgn doktor ni Dania pun dah ok..
Bila doktor scan perut aku, hubby aku cakap "Dania tengok adik tu" tp Dania jawab " mana adik? x dak pun"...
Doktor bgtau Dania "adik masih kecik lagik sbb tu x nmpk"..
Alhamdulillah, janin dah kelihatan tp agak kecil berbeza dgn usia kandungan aku peknen skrg.
Terus aku panic, tp doktor ckp takpe sbb kdg2 kiraan kita x berapa tepat lgpun aku ni jenis yg haid x tetap, mgkin disebabkan itu jgklah kiraan x sama dan lari sket.
Kalau diikutkan kandungan aku skrg dlm lingkungan 10 mggu, tp berdasarkan saiz scan baru dlm 7 mggu lebih..
Apapun doktor bgtau, bulan depan scan lagik untuk mengetahui saiz yg sebenar..harap2 kandungan aku baik2 saja..
Skrg ambik asid folic, obimin & kalsium setiap hari sebagai vitamin. Aku terpaksa gantikan kalsium dlm bentuk tablet disebabkan aku alah kepada susu. Kalau aku minum susu, mesti satu hari cirit birit.

Dah dapat kad merah pun. Menggunakan kuasa my cousin yg bekerja sbg nurse tolong buat kad ni utk aku, x payah aku pergi beratur & menunggu lelama di klinik kerajaan utk membuka kad merah ni..heheh.Dengan adanya kad ni, aku bebas check up dimana2 klinik yg aku mau..

Sep 16, 2011

Ohh Putu Mayam..Dimanakah kamu!!



Dah seminggu aku mengidam nk makan putu mayam. Dah seminggu jgk lah tiap2 ptg aku keluar mencari putu mayam ni kot area alor star ni, tau aja mana2 ada pasar malam mesti aku terjah punya, tp masih belom ada rezeki aku. Susah benor rupernya nk mencari putu mayam ni yer..isk isk..
Semalam mencari putu mayam ni sehingga ke pasar malam Tunjang, tp sedey nya x dak jgk..Bila tanya pokcik2 yg juai kat pasar malam tu, katanya selalunya ada yg menjual putu mayam tu kat situ tp semenjak raya ni x dtg2 lagik menjualnya..masih beraya kot..
Malam ni nk bertolak gi Penang lagik, nak carik putu mayam kot area Penang pulak lah!
Harap2 ade la rezeki aku nk makan putu mayam ni yer..
Kempunan ni..Tulon!!

Sep 15, 2011

Bercanda Di tepian Pantai Batu Feringgi

Weekend mggu lepas kami ke Penang lagik, menguruskan hal umh Penang yg masih blom selesai sambil bercuti sekali. Ptg Khamis kami bertolak smp lbih kurang dlm kul 9 mlm. Bila smp terus terjah ke restoran kegemaran kami iaitu Restoran Kassim Musstofa menikmati nasi minyak & gulai ayam. Lepas selesai makan terus blk ke umh kami di Mutiara Height utk tido..
Esoknya seawal jam 7 pg kami keluar breakfast McDonald di area berdekatan USM. Abih breakfast semua blk umh sbb ada org dtg utk repair cermin tingkap & paip. Urusan repair2 selesai lbih kurang jam 1 ptg. Kemudian kami terus zass ke QueenBay utk jalan-jalan perabih duit. Makan di Kenny Rogers, tapi knapa ntah rsa ayam smoke black paper dia x sedap mcm penah mkn sebelom2 ni,pas mkn aku terus muntah..rugi2, tp hubby aku ok ja belasah mkn, dia ckp sedap per.. lepas mkn adalah waktu utk shopink menyopink plak. Cari punya carik jumpa satu kedai jual pakaian mengandung, harganya pun agak ok berbanding kedai2 lain yg mahal2 nk mamposs!.. Beli 3 helai maternity blouse, 2 helai maxi dress, 2 helai maternity pants & x ketinggalan jgk baju kecik n seluar kecik sbb byk yg dah x muat..
Jalan2 lagik terjumpa MPH BOOKSTORE plak, dok melepak smbil2 baca buku sedaq x sedaq kat dlm tu hmpir2 2 jam jgk, dania pun bkn main suka lgik dok baca buku.


Buku-buku yg aku terbekenan & beli di MPH BOOKSTORE QUEENSBAY.. Sbgai bahan bacaan aku sekarang..

Ptgnya kami menuju ke Batu Feringgi.. lepak2 situ sambil bagi dania main pasir. Lama rasanya x dtg tepi pantai relax camni. Bila tgk laut rasa tenang saja, terubat segala kepenatan aku menjait retu.




Dania adalah girlpren papa skrg, asyik berkepit ja dua org..jeles mama!!heheee


Seronok main pasir.. mama sruh dania wat aksi bersahaja & inilah hasilnya..


Ibu & anak darenyer..


Aksi syok giler yg digayakan oleh papa & anak..

Alang2 dah pegi tepi pantai haruslah makan ikan bakar yer. Singgah makan ikan bakar kedai nama apa ntah, x sempat nk amik gmbr plak sbb aku dah kebulur tahap gaban masa tu x mood nk amik gmbr dah. Lepas makan terus blk umh rehat & tidooo..zzzzttt
Esoknya kami pegi ke Nagoya, cadangnya nk tgk2 kain utk dibuat curtain utk umh baru nanti, tp terus terbekenan kainnya.. Terus angkat la kain2 tersebut, total semua kain tu adalah kurang RM2.70 ja mencecah ke 1k..aiyoooo!! Nasib jgk la aku bole jait sendiri curtain, kalo x campur dgn harga upah maunya 2 or 3 riban jgk..
Sebelom bertolak balik singgah di Bazar Chowrasta. Dtg ke sini biasalah mesti la utk beli jeruk2 yer..Selalu dtg Penang, x teringin pun nk singgah sini tp sejak peknen ni adalah satu kemestian singgah sini utk mengangkut jeruk2..Byk jgk la jeruk meruk yg aku rembat utk dibuat stok, lgpn harganya murah berbanding tempat2 lain..hehee


Pelbagai jenis jeruk..Masuk jer sini aku asyik terliur ja..bestnya sini bole rasa free jeruk2 tu. Tapi kalo dah alang2 merasa free kena la beli jgn terus bt muka bodo & blah plak, kang meroyan tuan kedai tu nanti. ada jgk yg buat camtu aku tgk, sian tuan kedai tu..

Abis semua beli jeruk meruk kami singgah tempat favourite kami iaitu Pntai Seagate. Makan bihun sup yg marbelous tu, aku siap bgkus lagik utk makan mlm.. pastu terus bertolak balik Alor Staq.. tata

Sep 13, 2011

Si Rambut Perang



Lama x bercerita ttg anak dare aku ni. Dah pandai posing bila nak bergambar skrg ni,tp bergantung jgk pada mood dia, kdg ok kdg x brapa nk ok.
Skrg sudah makin kurang aktifnya, x byk songeh cam dulu maklum la dah besar dah anak dare..hehe
Waktu tido sudah makin awal berbanding dulu, sekitar jam 12 mlm..x rock la tido awal2.. ok la tu, alhamdulillah..
Semakin manja dgn papa, sbb mama dia skrg x brapa larat. So, papa ja la yg selalu dok melayan kerenah dia.
Masih kuat minum susu, siang dalam 8-9 btol besaq dari pagi hgga mlm. Manakala sebelah mlm, mama akan bgun buatkan susu 2-3 kali..adoi..
Banyak bercakap bila bersama papa & mama, tapi akan jadi senyap bila bertemu dgn org..
Berat skrg 13.5kg jer, tinggi brapa ntah..tapi dania x kenit cam mama dia, nsib baik lagi..
Ramai org cakap dania muka cam 'nora danish'..yer ke??
Rambut warna keperangan asli ( cam mama dia masa kecik2 dulu).
Suka tgk citer BACKKOM & MR BEAN..
Malam2 tido sebelah papa, mama jgk yg terpelanting ke tepi..huhu
Gaya seorang kakak makin terserlah, bila boleh disuruh amik itu ini. Cth urut pala mama bila mama pening, ambik air utk mama minum, buatkan susu sendiri, letakkan pinggan dalam sink selepas abih mkn..
Suka dengar mama or papa baca buku sebelom tido ( selalunya papa yg akan bacakan sbb mama skrg ni akan tertido dulu dri dorang berdua).
Suka mekap bila lepas mandi, nk letak lipstik, eyeshadow, celak, bedak la..semua aksi2 ni hasil ditiru dari mama dia.
Sangat friendly, suka berkawan.

Sep 12, 2011

Raya Yang Suram..

Kenapa ya hari raya kali ni sgguh x meriah spt sebelum2nya. Mgkin disebabkan aku yg terlalu keletihan menjait di masa bulan posa ditambah pulak dgn keadaan kesihatan badan yg kurang memberangsangkan.. Baju raya seperti biasa la, x sempat nk siapkan termsuk la baju ank dara aku sorang tu, sian dania selalu jd mangsa x boleh nk melaram baju raya di pagi syawal..huhu (sayu bila kenang2kan baju org sempat plak jait berpuloh2 psg, nk bt baju sendiri & ank spsg pn x sempat)
Selalunya bila tiba masa 2 mggu nak raya mmg x keluar umh aku, sibuk yg teramat sgt. Kali ni lagik bertambah teruk sbb aku selalu dmm masa bulan puasa. Nasiblah aku ada hubby a.k.a bibik yg byk membantu menguruskan hal rumah dari memasak, mengemas, membasuh & menguruskan dania semuanya dilakukan oleh hubby aku.. Aku bgun ja dari tidur terus mengadap mesin jait hal2 lain berkenaan rumah semuanya hubby aku yg amik alih. Bertuah rasanya dpt hubby yg memahami, membantu isteri tatkala si isteri tersgt sibuk. X sempat jgk nk menolong mak mentua memasak ketupat & rendang. Plan tiap2 thn nak belajar balut ketupat palas dari mak mentua tapi smpai skrg masih x reti, padahal kawin dh msk 5 thn lebih2..ishh malu2..Dulu masa mula2 kawin x sibuk menjait cam skrg ni, sempatlah jgk tolong mak mentua membalut ketupat, tapi tu pun kejap jadik kejap x..InsyaAllah, aku akan belajar jgk balut ketupat sehingga pandai supaya aku boleh buat sendiri nanti..hehe
Gmbar masa hari raya pun x dak utk kali ni, rasa x dak mood nak posing cam thn2 lepas2. Paginya selepas hubby selesai semayang raya, kami bergegas ke rumah mentua. Bermaafan2, makan2 & dalam kul 12 tghri terus balik umh mak aku pulak. Beraya di umh mak aku, sedara-mara yg berdekatan smpai kul 3ptg, pastu aku terus blk umh kami, sedih jgk sbb badan aku kurang sihat di hari raya. Balik umh jer, berehat sampai mlm. Esoknya raya ke-2 barulah smbung beraya umh sedara-mara yg x sempat nk berkunjung semalamnya, lgpun badan pun rasa baik sket berbanding semlmnya..
Bila dikenangkan2 beginilah rasanya raya aku tiap2 thn, bila hari raya saja mesti keletihan tahap gaban. Entahlah, kadang2 rasa cam nak resign ja jadi tukang jait ni. Dikala org lain menyambut syawal dengan kegembiraan, tapi aku menyambutnya dlm keletihan & stress yg teramat sgt. Tp bila dipikirkan2 semula, rugi rasanya jika aku persia2kan bakat yg aku ada ini sbb bukan semua org pandai menjait. Lalu aku gagahi jugak, biarlah setahun sekali saja penat cam atromen pun.
Skrg ni aku bole berehat secukupnya2, supaya dapat cover balik kepenatan aku dulu. hoyey...

Sep 7, 2011

Manjakan Diri

Harini sempat aku luangkan masa utk berkunjung ke spa utk memanjakan diri aku ini yg tersgt kepenatan bertungkus lumus menjait di bln puasa hari tu. Tujuan utama ke situ adalah utk bt facial & massage badan yg rasa mcm dah nk keras semua urat saraf aku ni. Tapi bila tgk je pakej2 yg disediakan terus tergoda & siap ambil rawatan utk keseluruhan badan. Kesemua rawatan2 tersebut mengambil masa hmpir 5 jam. Dania mmg dah awal2 lagik aku antar ke umh mak toknya.. Hubby aku pn tumpang sekaki bt rawatan muka jgk.
Utk rawatan berurut awal2 lagik aku sudah mention yg aku sdg mengandung, aku nak urut seluruh bdn kecuali bhgn perut. Lagipn sejak akhir2 aku sering mengalami kebas sebelah badan iaitu di sebelah kiri dari tgn sehingga ke kaki, entahlah akibat pembawakan budak ataupn duduk yg terlalu lama sewaktu menjait. Terasa betapa nikmatnya bila badan yg dalam keletihan dpt diurut, aaahh bestnya.. Lepas berurut keseluruh badan terasa segar serta urat2 kembali lembut & rasa kebas tu semakin berkurangan sedikit..
Aku sgt berpuas hati dgn rawatan spa tersebut & layanan yg diberikan sgt baik..Lepas ni rasanya nk pergi lagilah..
Kelmarin aku berkunjung ke klinik kerajaan utk membuka buku merah ibu mengandung tetapi disebabkan org terlalu ramai, aku ambil keputusan utk dtg lain kali saja. Lagipn skrg ni sejak mengandung, bila aku ke tempat public yg ramai org terus naik rimas rasa pening kepala & nk termuntah.