Aug 24, 2011

Puncak Mutiara Cafe


Rasanya bulan puasa kali ni aku betoi2 rilex, sbbnya aku mula start awai menjait baju2, berbanding thn2 lepas, mcm org gila dibuatnya. Thn ni sempat jalan2 sana sini lagik.
Hajat utk menikmati Nasi Beriani Paha Kambing yg diidamkan2 termakbul juga, mggu lepas x sempat nk singgah sbb tempat dah full. Kali ni kelab keluarga sekolah hubby bt majlis berbuka di sini, kami sampai agak lewat di cafe, memandangkan kami bertolak selepas hubby habis latihan hoki dlm kul 6.30ptg dari alor setar, cuma 1 minit lagi utk msuk waktu berbuka, kelam kelibut dibuatnya x sempat nk amik gmbr byk2 & meronda sekitar cafe tu..sampai ja terus cari meja yg dh direserve tuk kami, bila berkumandang ja azan, kami pn terus ngap..nyum2
Bila mula2 sampai aku sgt terkejut adanya cafe yg grand sebegini rupa dihujung kampung, mmg x sangka. Jalan nk masuk ke cafe ni pun kecik saja, lalu kot celah2 umh org, jln hnya muat utk sebijik kereta ja lalu.. kalo berselisih haruslah salah satu kereta kena berhenti. Kehebatan cafe ni aku bole katakan mengalahkan hotel 5 bintang..tempatnya sgt luas, berbaloi rasanya dtg sini..
Tempat makan disediakan dlm bentuk wakaf2..rasa real la kekampungannya..


Aku mmg rekemen sgt sapa2 yg teringin nk try sini, mmg terbaek dr semua segi (makanan,layanan & harga yg berpatutan)..& tempatnya tersgtlah cantik..
Tapi kalo hendak dtg tuk berbuka mestilah booking dulu, sbb org tersgtlah ramai..aku anggarkan kereta yg sediada diparking sewaktu kami tiba lebih kurang 200 lebih buah kereta..tempat parking kereta cafe ni pun luas mcm pdg bola, siap ada org tlg jaga parking lagik..


Nasi Beriani Kambing Grill..


Kombinasi sate 7 jenis daging (ayam,kambing,arnab,ostrich,rusa,lembu,burung puyuh)


Nasi Beriani Paha Kambing..
Menu yg x sempat nk amik gmbar Air Kelapa Kristal Blender (susu kambing), Jus Ambra Shakes & ABC Special Puncak Mutiara..
Jom la terai sini ya, mmg terbaek!!..http://www.puncakmutiara.com/

Aug 16, 2011

Restoran Bahtera Nelayan

Sepanjang ramadan ni dah kali kedua kami ke Restoran Bahtera Nelayan ni, semuanya gara2 aku yg mengidam nk makan gulai ikan sembilang kat sini. Aku dh beberapa kali pernah try gulai sembilang yg marvelous tu..jd sejak mengandung ni asyik teringat2 akan gulai ikan sembilang.
Masa mggu pertama puasa aku dah dtg sini, tp masa tu ikan sembilang x da jd digantikan dgn ikan jenahak.. Rasa kelazatan gulainya tetap sama walaupun berlainan ikan..
Kelmarin aku dtg lagik, dgn harapan kali ni ada lah ikan sembilang yg diidamkan tu, Alhamdulillah mmg ada rezeki aku..


Badan dah mula naik, byk baju yg dah ketat & jeans hanya selai ja lgik yg muat. Yg lain semua dah simpan dalam lemari.. Skrg makin ayu sbb selalu berbaju kurung, hnya baju tu saja yg muat pun..








Menu yg kami makan Gulai Ikan Sembilang, telur dadar, kailan goreng ikan masin, ulam2 & yg x dak dalam gambar sbb x smpai lg ialah jeruk maman..

Aug 14, 2011

Ke Pulau Pinang..

Jumaat lalu, selepas hubby habis latihan hoki kami ( aku,hubby & dania) bertolak ke Penang sekitar jam 7 ptg, berbekalkan Roti John 2 ketul dgn Air Cincau habuan utk berbuka puasa dlm kereta masa otw ke Penang. Dekat2 pkl 8 mlm, barulah kami singgah makan di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar kat simpang 4. Kami selalu jgk dtg mkn sini sbb makanan sgt sedap, bukan main ramai lagi org, tapi nasib kami berbuka dulu kat dlm kereta td sbb bila kami smpi nmpknya org dah sedikit kurang & mula beredar..Selesai mkn, singgah solat maghrib dekat masjid yg berdekatan dgn restoran tu.
Kami terus perjalanan singgah dekat Bertam utk berjumpa dgn tenant rumah kami. Tenant kami tu baru saja pindah keluar mggu lepas. Selepas urusan penyerahan kunci & segala dokumen2 yg berkaitan dgn rumah selesai, kami meneruskan perjalanan lagi.
Dalam kul 12 mlm, kami singgah makan sahur dekat restoran favourite kami iaitu Kassim Mustaffa.. Pekena nasi minyak & kari ayam smpai sengkak perut. Barulah menuju ke rumah kami di Mutiara Height.
Agak terkejut bila tgk keadaan rumah kami yg ditinggalkan oleh tenant td, dlm keadaan yg menyedihkan. Marah ada, sedih pun ada, apa jenis la penyewa yg kami dpt kali ni. Rumah ditinggalkan dalam keadaan kotor, plastik sampah yg ada smph dibiarkan smpi sudah berbau busuk, almari2 buruk dibiarkan tunggang langgang dlm bilik, dinding penuh diconteng & berlubang sana sini, tombol pintu ketiga2 bilik tercabut, pintu bilik air pecah dan macam2 lagik.. mmg x bertanggungjawab langsung!!
Gamak ditinggalkan rumah dlm keadaan begini. Ishh, dorang ni pengganas ke hapa!!
Kali ni agak terkilan sbb penyewa2 yg sebelum2 ni akan bersihkan rumah & kosongkan brg2 sebelum keluar. Igtkan kali ni dpt penyewa melayu akan lebih berhati perut kalo nk dibandingkan dgn penyewa dulu ada geng Cina bujang & yg sebelum tu ada family India yg dah pernah menyewa situ.. Aku dah mula bengang habis, nk suruh hubby call marah je kat tenant tu. Tapi nasib la hubby aku seorang yg cool, katanya biar kita settle benda ni esok ja memandangkan waktu dah lewat mlm & kemungkinan tenant tu pn dah tidor.. Hubby aku ajak aku bermalam ja kat hotel, tapi sayang pula rasanya sbb dah lewat time tu kalo nk check-in hotel pn, rugi plak & niat sebenar kami dtg adalah utk bermlm di sini. Start dari beli lbh kurang 7 thun yg lepas, mmg kami x sempat lagi tido di rumah ni, bila rumah ni siap ja terus ada yg mahu menyewanya, lgpn semua keperluan seperti comforter, bantal2 semua dah dibawa. Lalu dgn secara sukarela aku menawarkan diri utk mengemas. Acara kemas mengemas ala kadar berlangsung sehingga ke pkl 2 pg, bila keadaan rumah agak bersih berbanding sebelumnya kami pn tertido keletihan.
Ni antara kerosakan2 yg dibuat oleh tenant tu (pengganas):







Paginya, bila aku bgun sekitar jam 6.30 utk solat subuh. Bila aku buka pintu sliding dekat balkoni, Wahh, aku terpesona dgn panorama indah pemandangan laut pagi tu. Rumah tu mempunyai view mengadap laut. Pastu cepat2 kejutkan hubby utk bgun amik gambar. Kalo ada camera DSLR mmg lagik cantik gambar, ni guna camera cap ayam ja, gambar x brapa ok sgt, tp jadilah..






Ni pemandangan waktu malam semasa baru kami sampai.

Pagi tu bawak Dania mandi pool kat bawah apartment tu, sementara menunggu org yg kami upah mencuci rumah. Sebelum ni kami dtg tp x pernah pn bermalam sini, kali ni baru puas rasanya dpt bermlm di sini & guna segala kemudahan yg ada walaupn hati frust sgt dgn tenant sebelum ni.. Nmpknya terpaksa la biarkan rumah tu kosong sebulan dua di repair sebaiknya sebelum bagi sewa semula..adoii..









Habis semua selesai org mengemas rumah, kami pn berkemas utk pulang & bergerak menuju ke Bukit Jmbul. Hubby aku bagi "green light" utk beli apa ja yang aku nak..haha apa lagik, sementara boss nk belanja byk jugak la yg aku shopping. Kiranya persiapan utk raya selesai, cuma tinggal kasut dania ja x beli sbb x dak yg berkenan dihati.
Pas selesai shopping, kami bertolak balik & menuju ke tempat mkn special utk berbuka di Kg Pelet, Penanti dkt2 Kulim, tapi sayangnya bila call nk booking katanya dah full..Terpaksa la melupakan hasrat aku tuk merasa nasi beriani paha kambing yg diwar-war tersgtla sedap dikalangan kwn2 hubby aku yg dah pernah makan di situ..
Terus menuju ke Restoran Bawal dkt Sg Petani yg jgk agak special, tapi sekali lagik x dak rezeki bila kami tiba dpn restoran tu, org begitu ramai sekali.
Ronda2 area situ,memandangkan waktu berbuka dah hampir, kami singgah kat satu restoran. Agak lenggang cuma ada beberapa org saja customer. Aku order sup tulang,nasi putih,telur dadar,syur campur & sambal belacan manakala hubby aku order nasi goreng cina, yg lain dia nk tumpang sekaki apa yg dah aku order. Bila tiba waktu berbuka, dgn berseleranya aku makan.. tiba2 aku rasa nasi yg dihidangkan tu mentah samalah jgk dgn nasi hubby aku, telur dadarnya bkn main berminyak lagi. Terus aku minta order yg lain, bihun goreng. Lepas dah siap aku pn makan bihun tu, tapi rasa bihun tu masin nk mamposs!! rasa cam nk nangis ja..igtkan order yg ni ok lah..huhuhu
Masa nk bayar hubby aku komplen la apa yg patut, tp nasib baik tuan kdai tu minta maaf katanya tukang masak baru..sabik la pun, masak cam hampehh..Sbb tu rasanya kdai ni x dak org..huhuhu kuciwa sgt..sabar je la..

Aug 9, 2011

Anugerah Dari Allah


Syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki yang makin mencurah-curah sejak akhir2 ni. Tatkala aku sibuk menyiapkan tempahan baju2 utk raya, aku baru menerima satu berita yang bisa membuatkan aku tersenyum kegembiraan.
Boleh dikatakan akhir2 ini, selepas berbuka puasa aku akan terus tertidur keletihan di atas tikar sejadah pabila selesai menunaikan solat maghrib & akan terjaga bila dikejutkan oleh hubby aku.. Ralat melihat aku yang selalu tidak sihat & asyik keletihan yang luar biasa, hubby mengajak aku untuk berjumpa dengan doktor selaku mahu mengetahui apakah sakit aku sebenarnya.
Bila diperiksa semuanya baik2 saja, lalu doktor menguji air kencing aku.. Tanpa kuduga tiba-tiba muncul 2 line merah yang bermaksud 'I'M PREGNANT'.. Terharu mendengar ucapan tahniah dari doktor, tanpa aku sedari berlinangan air mata dipipi aku, begitu jgk dgn hubby aku turut sama menitiskan airmata kesyukuran..
Lantas aku memeluk Dania yg kehairanan melihat mama & papanya menangis tanpa mengerti apa-apa. Sambil memeluk aku berbisik ke telinga Dania "X lama lagi Dania nak dapat adik tau"..
Sebenarnya sukar untuk aku ramalkan akan mengandung kerana aku ni jenis datang bulan (haid) yg tidak tetap. Datangnya tidak menentu seringkali lewat, adakalanya lewat sampai 1 bulan, jadi kalau setakat lewat semggu mahupun 2 mggu aku masih tidak mengesyaki apa2. Kali ini haid aku cuma lewat sepuluh hari saja, apa yang aku rasa ada kelainan kali ini kerana aku sering tidak sihat, sakit kepala serta kerap muntah2. Lantaran itu, aku pun menaruh secebis harapan 'mengandungkah aku ni' tanpa mengharapkan sepenuhnya. Agak terkejut juga baru2 ni bila hubby aku bertnyakan apakah aku sudah dtg haid belum bulan ni? Katanya dia pun sering muntah2 ketika berada di sekolah.. Sebab dahulunya sewaktu mengandungkan Dania, hubby aku turut mengalami alahan seperti mana yang dialami oleh aku, cuma dia hanya diperingkat permulaan saja manakala aku pula berterusan sehingga kandungan mencecah ke-9 bulan pun, aku masih mengalami alahan pembawakan budak... Rupa-rupanya kejadian yang sama berulang kembali..
Bukan aku tidak berharap akan mengandung lagi, cuma pengalaman lepas byk mengajar aku. Kalau dulunya, bila haid aku agak lewat mencecah 2 mggu aku pun mula berangan-angan yang aku sudah mengandung. Tapi bila tiba masanya haid aku datang jgk, terasa betapa peritnya menanggung kesedihan untuk menerima kenyataan yang aku hanya berangan sahaja. Bila sudah berkali2 berlakunya kejadian yang serupa, aku belajar menerima kenyataan bahawa rezeki itu Allah yg tentukan, sekiranya tiba masanya nanti aku ditakdirkan mengandung, aku akan mengandung jua..
Dan tiba masanya, akhirnya Allah memperkenankan hajat aku.
Terkenang kembali dahulunya betapa aku & hubby bersusah payah berikhtiar utk mendapatkan Dania, cakap saja ubat apa yang tidak pernah aku cuba dari berurut, makan jamu, ambil pil subur, jumpa dgn doktor pakar, minum air tasik dayang bunting dan bermcm2 lg. Selama hmpir 2 tahun Allah menguji kesabaran aku dan selama itulah aku tetap berusaha dan berusaha dengan pelbagai cara. Adakalanya aku sgt tertekan bila adanya sindiran yg mengatakan aku mandul, luluh benar hati bila mendengarkan ada jgk manusia yang snggup mengeluarkan kata2 seperti itu tanpa memikirkan perasaan aku. Dan seringkali membuat aku tertekan bila mengetahui sahabat2 aku yg baru berkahwin telah pun disahkan hamil tapi aku terus tunggu & menunggu tanpa sesekali aku berhenti berharap. Aku redha seadanya dengan ketentuan Allah. Akhirnya, bila aku disahkan hamil betapa gembiranya hati ini hanya Tuhan saja yg tahu. Dan kali ini hati aku kembali berbunga-bunga seperti dahulunya sewaktu mengandungkan Dania. Mgkin inilah hikmah disebalik ujian yang telah aku tempuhi dahulu & Alhamdulillah Allah mengabulkan hajat aku. Lihat betapa Allah itu Maha Adil. Jika dulunya aku perlu bersusah payah tp kali ini Allah permudahkan segalanya..
Mungkin bagi sesetengah insan lain agak biasa bila disahkan mengandung, tapi tidak bagi aku. Aku menganggap ianya satu keajaiban anugerah dari Tuhan apabila aku disahkan mengandung kerana aku pernah melalui ujian yang benar2 menguji keimanan aku untuk mendapatkan zuriat ini. Syukur yang x terhingga apatah lagi mendapat berita ini di dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.. Semoga Allah pelihara diri aku & kandungan aku ini..
SYUKUR YA ALLAH! KERANA KALI INI ENGKAU MEMPERMUDAHKAN SEGALANYA.