Jul 30, 2011

Salam Ramadan.

Lately I always felt unwell. Always fevers, pain throughout the body and the body is always windy (sempot). When I sleep at night, difficulty is when to get up in the morning. Worry too much when health is affected, I can't be completed all orders of baju kurung for raya. Hopefully, I was in good health during Ramadan fasting, InsyaAllah!
I would also like to wish 'Selamat Berpuasa' to all Muslims. Don't missed ya!

Jul 25, 2011

Finally I Got a Bunch of Roses.

Seperti biasa,selalunya setiap Jumaat mak aku akn dtg amik dania utk bwk blk tdo dgn dorang semalam dua, aku pun apa lg akan 'joli katak' la dgn my hubby..
Ptg tu saja keluar ronda dgn my hubby tanpa plan kemana2 pun,ronda2 smpi ke Sg Daun, pastu tetiba hubby ajak aku lajak terus ke Penang, isshh, aku pikir dua tiga kali jgk la, sbb pakai bju pn biasa2 ja. Kalau lah aku tau nk pergi jauh sket,maunya pakai bju cecantik sket. Hubby aku cakap aku x sempoi lgsg, lalu aku pun menyahut cabarannya, JOM LE KITE!
Bila sampai di Penang dlm pkl 8 mlm, hubby aku berhenti dkt satu kedai area Batu Feringgi, katanya nk beli barang. Aku pun tunggu my hubby dalam kereta ja..Tetiba aku nmpak mcm ada cahaya dari blkg kereta menghampiri ke arah aku, rupanya my hubby sedang membawa kek utk aku..Ermm, terus nangis ler aku,terharu sbb lama dah x dpt surprise cam gini.Chek suka,chek suka! Pas tiup semua lilin tu, hubby aku cakap nk bawak aku dinner kat satu tempat.
Hubby aku memasuki perkarangan Hotel Park Royal, Penang..
Aku: Abg,kita nk dinner sini ke?
Hubby: X dak arr,kita mkn kat warung jer..Abg nk gi toilet jap.
Aku: Dalam hati dah tau, mesti ada surprise lagik pasni..alasan ja tu,padahal byk toilet awam napa nk dtg toilet hotel ni..hehe..aku terus tunggu..
Lbh kurang 10 min kemudian, hubby aku muncul sruh aku keluar dari kereta, katanya nk bawak aku jalan2 sini. Nk tgk sekitar hotel ni cantik sgt! aku follow je..
Hubby: Nak dinner sini x?
Aku: nak,nak!
Hubby: Jom, sebenarnya td abg turun bukannya ke toilet pn , dtg booking utk dinner kita ni la..
Aku: Ye ke, syioknye..Chek suka,chek suka!( padahal aku dah agak dah)
Jadi kami pun dinner kat Park Royal mlm tu..best sgt & kami amik ala buffet, makanan semuanya enak2 smp x larat nk mkn, ikutkan hati semua menu aku nk rasa tp perut penuh sgt cam nk pecah pn ada..
Lepas abis makan, kami pun jalan2 tepi pantai sekitar perkarangan hotel..suasana romantik sgt, langit cerah angin mendayu2..teringat zaman bercinta2 dulu, kat sini jgk la kami 'declared' percintaan kami dlu..hehe.
Pastu hubby aku sruh tggu kejap, katanya nk pergi amik HP yg tertinggal dlm kereta, aku pn tggu di situ..Detik hatiku lg, 'isshh, x kan ada surprise lg kot, dh byk surprise ni, rsanya x dak dah kot'..
Aku dok sorang2 mengadap pantai, lgpn ramai couple2 lain dok dating situ jd x la takut aku tinggal sorang2..tiba2 dgr suara hubby pggil nama aku..
Bila aku toleh, tgk hubby dtg bersama dgn sejambak bunga ros..Adoii, laki aku ni tersgt la romantik, byk btoi surprise kali ni ya!!(nangis lagi). Terharu sbb 1st time dpt bunga tau, sambil tersengeh sbb dah lama sgt teringin nk dpt bunga ni. Alhamdulillah, finally i got it from my hubby!..
Kata hubby, sebenarnya semua mmg dia dah dirancang cuma x bgtau dkt aku jer. Mana nk jd surprise kalau dia gtau aku awal2. Isshh,geram btoi aku, suka sgt bt surprise camni. Kalaulah ku tahu nk dtg dinner kat hotel, maunya aku dressing bak artis..
Agak terkilan jgk, sbb x dpt nk amik gambar kenangan sambutan besday kali ni kerana x bwk camera, tp x pe semuanya terpahat segar di dalam ingatan aku..
Abis dinner situ, kami gerak ke Gurney Drive, igt nk tgk tayangan midnight,tp x der citer yg best plak, so aku ajak hubby gi karaoke je la sbb dah lama x test suara..hehe..booked bilik 2 jam utk karaoke..
Selesai karaoke semua, kami pn bertolak blk alor star..sampai umh dlm jam 4 pg..haha..
Joli sakan kami malam tu, mentang2 la ank blk kg..kiki


Inilah bunga from hubby..so sweet..i loike!

Dalam 5 tahun usia perkahwinan kami, mahupun masa dok bercintan2 dulu, my hubby x pernah bg bunga walaupun sekuntum.. tetapi, aku x pernah merungut, sbb aku tau dia bukan jenis mamat bunga, walaupun my hubby jenis yang romantik tp bab2 nk bg bunga ni sorry la. Katanya, 'membazir lebih baik beli makanan je bole jgk makan'. Sebenarnya my hubby dah sedia maklum yg bini dia ni suka sgt akn bunga, cuma x penah mintak je, lalu dibuat surprise sempena sambutan hari lahir aku baru2 ni.Terkejut beruk aku!
Wahhhhh betapa bahagianya rasa, betapa aku rasa dihargai , rasa cukup bertuah bergelar isteri kepada my hubby, terima kasih abang, terima kasih atas segalanya...luv u!
Bermakna sgt rasanya sambutan hari lahir tahun ni, harap2 pasni ade lg surprise ye bang!!..ting..ting..

Jul 22, 2011

Sambal Ikan Bilis+Kacang Goreng

Setiap kali menjelangnya Ramadan, menu inilah awal2 lg yg akan aku sediakan. Utk bekalan di bulan puasa nanti. Sedap diratah begitu saja, makan dgn nasi mahupun dibedal bersama roti..hehe
Kelmarin aku dah pn siapkan sebalang sbg peneman menu lain di bulan puasa nanti. Kami suka makan sambal ikan bilis ni dgn roti time sahur.
Lgpun bila dah kebuntuan idea nanti nk masak apa utk berbuka, at least satu menu dah ada cuma tambah je satu menu lg ke, cukuplah utk mengisi perut kami anak beranak ni.
Sambal ni haruslah digoreng sehingga kering supaya ianya tahan lebih lama..Cara nk memasak nya pn teramatlah senang..

Cara-caranya:
~Goreng ikan bilis & kacang tanah
~Blend cabai kering,bwg merah & bwg putih.
~Tumis cabai yg telah diblend bersama bwg.
~Mskkan gula(aku guna gula melaka),garam x yah boh sbb ikan bilis dah masin.
~Campurkan ikan bilis & kacang..Goreng sehingga kering..

Pastu suke ati lah nk mkn dgn nasi ke,roti ke,cekodok ke!..kikiki
Selamat mencube :)

Jul 14, 2011

Rezeki Di Hari Lahir

Alhamdulillah,hari ini genap usiaku 28 tahun.. Bermakna sudah 28 tahun jugaklah aku bernafas di atas bumi Allah yg bertuah ini..Syukur yg x terhingga aku panjatkan kerana dikurniakan kesihatan yg sihat & sepanjang usiaku ini dpt aku bergelar anak kepada kedua org tuaku, suri kepada suamiku & ibu kepada puteri comelku..Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang aku merasai kenikmatan terhadap gelaran2 tersebut..

Tepat jam 12 tgh mlm smlm, ucapan hari lahir yg pertama semestinya dari suamiku yg tercinta. Katanya apa aku inginkan sempena hari lahir kali ini, lantas aku menjawab bukanlah intan permata yg aku dambakan, cukuplah dgn segala kasih sayang & pengorbanan yg tidak pernah berbelah bahagi dirinya kepada aku selama ini. Bagi aku semua itu sangat bermakna & tidak boleh dibeli walau dimana-mana sekali pun.
Tiada apa-apa sambutan sempena hari lahir aku ini memandangkan kedua-dua kami tersgt sibuk terhadap kerja masing-masing, maka terpaksalah ditunda ke hujung bulan nanti utk meraikannya. Insyaallah..

Sejak dari awal pagi lg x berhenti-henti hp aku berdering, ada yg mengucapkan selamat hari lahir & ada yg mahu membuat pesanan baju kanak2 (biz online)..
Hari ini juga merupakan hari yang terbyk aku mendapat order baju kanak2 iaitu 9 psg dalam masa sehari & kali pertama jua aku mengeposkan brg kepada customer aku yg berada di Sarawak. Nmpaknya hasil tangan aku sudah sampai ke negeri Sarawak. 5 psg sudah selamat diposkan hari ini, hanya tinggal 4 psg lagi akn diposkan keesokan hari, memandangkan payment yg 4 psg itu dibuat selepas pkl 2 ptg tadi..
Sambil tersenyum lalu terdetik dalam hati kecilku, mgkin ini lah yg dikatakan 'rezeki di hari lahir'.

Syukur sekali lagi, walaupun masih hijau aku dalam biz online ni, yang dibuat secara kecil-kecilan (x sampai sebulan pn), sambutannya sangat menggalakkan. Cuma hari-hari aku perlu kerap membuat promosi iklan agar diketahui umum. Mgkin sekarang masa agak terbatas, aku hanya boleh membuat iklan hanya disebelah malam memandangkan di sebelah siangnya aku begitu ligat menyiapkan tempahan baju-baju raya.

Akhir sekali, apa yang aku harapkan sempena hari lahir kali ini ialah semoga kebahagiaan yg dikecapi bersama suami selama ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa..Semoga Allah SWT memberkati kehidupan aku seharian, tabahkanlah diri sekiranya diuji dgn segala dugaan supaya aku tidak mudah melatah. Permudahkanlah segala urusan seharian yang aku ceburi, sekiranya itu adalah jalan yg terbaik & mmg telah tersurat utk aku, jadi lorongkan lah aku ke arah itu. Jauhkanlah diri aku dari segala sifat-sifat yg tidak baik & semaikan lah diri aku ini dengan sifat-sifat yg terpuji..Amin.

Jul 11, 2011

Adoyai #@%$^&@!$%

Mood adalah sangat sedih, padahal bgn pagi td ceria seperti sediakala..
Alkisahnya bermula antara jam 10-11 pg mcm tu la, sedang rancak menyiapkan tempahan2 raya yg menggunung ini, tetiba perut rasa memulas ja..Terus zasss ke toilet, menyempurnakan hajat.. Selepas selesai semuanya hajat, terus mahu menyambung kerja yg tergendala tdi..

TIBA-TIBA...

Aku: Dania bt apa tu?

Dania: uting aju..

Aku: alamak!! baju org tu! awat dania pi gunting baju customer mama..huhuhu ( teross nangis )

Bila tgk aku menangis sambil menghela nafas pjg & membeliakkan biji mata yg sepet ni..terooss

Dania: sowii mama..tayang mama..( sambil mencium pipi aku )..alahai terus cair hati aku yg mulanya tdi mahu bertukar jd singa..

Aku: napa dania pi gunting baju customer mama ni, sampai hati dania..dania tau dak, mama nk kena ganti blk baju ni..( padahal sebelum ke toilet td, aku dh pn sorok gunting & segala mak nenek benda2 yg agak membahayakan, tp dania terjumpa jgk )

Sementara tu, aku terus mencapai hp & teros kol tuan punya baju tu..
Pot pet,pot pet..menceritakan alkisahnya.. terharu sgt bila dengar customer aku bgtau bju tu hadiah sempena anniversary dorang & husbandnya pulak beli kain tu kat India..
Ayooo.. x kan aku nk pegi India kot!! pastu terus rasa cam nk pengsan bila dgr harganya RM430 sepsg..huhuhu..aku sendiri pn x pernah ade baju semahal tu, ni nak kena ganti kat org plak..iskk..iskk..

Setelah berbincang sedalam-dalamnya minta maaf apa yg patut, customer aku suruh bayar separuh je dr harga asalnya..fuhh lega, alhamdulillah..
terima kasih wahai customer ku yg baik hati..

Sedang membelek2 kain tersebut, lalu aku cakap kat dania.." haa ni baju raya dania, mahal tau mama beli kat India.."( hati masih geram, rsa cam nk gigit ja hidung kamu ni dania )

Bila hubby aku balik kerja, terus report & berlakon nangis2..
Kata Hubby " sabar la, nk bt camna rezeki depa.. Nsib la dania pi gunting baju, kalo dia pi gunting jari ka,apa ka..lagi la haru.." Takpa la abg bayar separuh, separuh lg omey..
Haha..inilah niat sebenar aku berlakon nangis td, igtkan hubby aku nk byaq semua. tp separuh pn kira ok lah..kikiki

Sebelum2 ni pn, bkan dania x pernah tergunting baju2 customer aku, tp aku x kisah sgt sebab kain dorang x la semahai yg ni.. kali ni ketaq jgk la tgn aku nk keluarkan duit ganti blk. X pasal2 nk kena keluaq duit buta ja..


Nasib baik kamu ni comel, kalo x dah lama aku kerat2 buat gulai cicah dgn roti gardenia..nyum..nyum..

Jul 5, 2011

eii..tolong la!

Sakit hati bila ada org suka main2 dgn aku sejak mula expose no fon dlm blog online. Mula2 kol konon tnya pasai nk order baju la apa la, pastu mula la nk mengatai plak..Ehh, please la aku x dak masa nk layan org gila cam ni. Aku bnyak keja nk buat. Aku hnya layan org2 yg btul2 nk beli brg2, tlgla jgn nk mengatai..aku dah kawen & ada ank pun.. Kang laki aku penumbuk korang baru tau, laki aku ada black belt hampa tau dak!!..HAISSHH..

Jul 2, 2011

Mula Sibuk..

Semalam 1/7/2011 aku dah start menjahit baju2 yg ditempah utk raya. Azam tahun ni nk start awai, biar settle semua baju2 yg ditempah tu awal berbanding tahun sebelum2 ni. Seperti thun2 lepas bermulanya ramadan, baru aku mula menjahit. Sebab ada jgk regular customer aku yg suka hntr saat2 akhir, bookingnya bkn main awal lg.

Lgpn skrg bila dah mula berbiz online ni, kena get ready bila2 masa saja org akn order baju. Hari2 aku makin sibuk, ada saja panggilan @ sms yg aku terima setiap hari utk bertanyakan ttg produk. Alhamdulillah, baru seminggu launch biz online dah 4 psg baju selamat diposkan kepada customer aku, 2 psg lg sedang dlm proses. Ada jgk customer yg dtg umh nak tempah baju raya tp terorder sekali baju yg aku jual ni, bila aku tunjuk baju yg aku jual ni..rezeki,rezeki..
Sambutan mmg sgt menggalakkan, sehinggakan aku sendiri pn terkejut, dunia skrg semuanya mudah, hanya shopping dihujung jari saja. Mulalah menyalahkan diri sendiri, kenapalah dari dulu lg aku x start buat biz online ni, kan..kan :)

Hubby aku pn selalu senyum2 kambing, bila ada panggilan @ sms dari customer utk order baju. Sukee la tu!!
Insyaallah, lepas raya ni sedang berkira2 utk pelbagaikan lg produk. Bt masa skrg fokus baju kurung kanak2 utk raya dulu & siapkan semua tempahan baju2 raya yg dah ditempah ni.

Syukur pada Mu YA ALLAH, dgn rezeki yg Engkau berikan, jika ini adalah jalan terbaik buatku & keluargaku, Engkau permudahkanlah semua urusanku, murahkanlah rezeki ku..Amin..

Dialog antara aku dgn hubby semalam:

HUBBY :"Abg nak mcmni la bini abg bekerja dari rumah, walaupun dok umh tp pndai cari duit sendiri selain dpt jga ank, jga makan minum abg, dpt sambut abg blk dari kerja & jga rmhtgga. Omey x yah la dok kalut mintak kerja len, fokus buat yg ni Insyaallah..Takpa, abg sentiasa bg sokongan kat omey. Silap2 haribulan kalah gaji kerja cikgu cam abg ni"..

AKU :"Eleh, abg tu mmg dari dulu x bg omey kerjakan? cakap jer la..:<
Apa2 je lah bang oii, janji hepi sokmo"..

Sekian saja, utk hari ni..