Oct 19, 2010

...:::TIPS MENGATASI RASA MARAH KAT ANAK:::..

Tips yang aku baca dibawah rasanya lebih senang dipraktikkan, Pada yang belum membaca, ambik masa sket utk baca.Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan Ibu bapa yang berjaya mendidik anak dunia dan akhirat.
Note** -aku dah siap printout dan tampal kat dinding rumah. Bila rasa nak marah jer jeling kertas ni.
Mengatasi masalah kuat marah pada anak buat renungan kita bersama..
Para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut. –

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. - Buat jarang-jarang sekali

Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya.

Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.Children living in a world with no rules.The parents who make the rules,discipline & encouragement to the children.
Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan.

Do not give up the child bcaz it will make children give up on us as parents. Wallahua’lam.

Oct 15, 2010

Next Vacation..

Percutian aku seterusnya ke Kota London..mmg sgt best sewaktu berada disana.knapa x percaya ke yg aku bru blk bercuti di London,okey2 kalau x percaya jgk cuba tgk gmbr kat bwh ni..


Gmbar ni aku ambik di depan bas semasa kt London..laaa,x percaya jgk ker..yer la aku tipu je..hehe
Aku pergi bercuti kat Kota Keriangan Genting Highlands..bukan nya Kota London..jgn marah,nanti cepat tua..hik hik


Aku pergi ikut trip sekolah hubby,kami pergi naik bas..ramai tau yg ikut 4 buah bas semuanya,penuh kat atas tu semuanya geng kami ja la..







Dania x ikut sekali pun,sebab kami pergi sekejap saja..malam khamis bertolak esok ptg jumaat dlm pkl 6 ptg dah bertolak blk..
Sebenarnya ni dah ke 5 aku pergi Genting ni,rsanya semua mainan aku dah cuba indoor & outdoor,lgpn msa ni x brapa best sbb aku bru baik dmm..naik atas tu bdn rsa seram sejuk jer...pepun thanks 4 my hubby sbb bwk aku skali..ikutkan trip ni hnya tuk budak sekolah ngan cikgu2 saja tp aku tumpang sekaki..dah la pergi free siap dpt duit poket lagi seorang RM45..untung2 jd org kecik ni,aku siap bole menyamar jd budak sekolah msa nk bli tiket,sbb kalo budak sekolah harga dikira separuh jer..
hehehehh

Oct 14, 2010

Dania Situ Sini...



Hokey kali ni kita berciter ttg cik dania yer..lma benar x story bab dania..Skrg ni dania sudah 1 thn 9 bln lbh..lg 1 bln lbh kurang cm gitu dania nk masuk umo 2 thn..dh besor rupernya ank aku ni..kejap jer rase..tup tup dh nk msk 2 thn daa..
Mkin besar makin byk la peel dania ni..kekadang x larat haku nk melayannya..hobi dania suka makan ais batu n suka try kasut tumit tggi aku..abih semua nk ditrynya..bukan main cekap lg dania pakai,risau plak aku nengoknye sbb kasut aku semuanya tinggi( maklum la aku ni x brapa nk cukup inci so terpaksa la guna heel supaya nmpk tggi sket)..itula kan kalo dh nmanya pompuan mesti mau bergaya jgk..seruper dgn mamanya yg gila berdressing daaa..
Dnia sudah pndai berckp2,tp kdg2 aku pn x paham apa yg dickpnya..antra ayat2 yg famous ialah :
yayaq-air, di-mandi, asik-nasi, bebek-baby, atit-sakit, nanak-nak, nak nek- nak naik,
booo-motor, soso-susu, pupok-keropok dll..x larat aku nk nyebut semuanya.Dania suka bca buku,kalo jumpa buku jer mesti nk baca tp bukannya reti bca pn just tgk gmbo ja..pling suka ialah gmbor binatang..slalunya bila tgk gmbr binatang dania akn menyebut dan siap bt bunyinya skali..spt cow-mooo, cat-miauu, goat-bek bek, horse- ekk ekk..dania ni dh pndai pn bila diberi arahan tertentu mcm tutup tv,amik towel sblum mandi,bila dgr hp aku bunyi cpt2 jer dania yg amik kasi kt aku..baguss la camgini..
Nmpknya bakat seni dr papa mengalir jgk dkt dania ni..dania suka menyanyi n menari..(mamanya pn apa kurangnya jgk suka nyanyi dlm toilet).kalo ada tgk nyanyi kt dlm tv cepat2 dania amik remote tv bt mikrofon..ala nengok org kt dlm tv tu pegang mikrofon so kt umh x da benda alah tu capai jer remote tv lebih kurang jer,kdg2 hp aku dibtnya mikrofon jgk.bab menari plak mmg terbaek uools..dania akn ikut rentak lagu yg didgr kalo slow muziknya maka dania akn lenggok2kn bdn n tgnnya tp kalo lgu rancak maunya menari x hengat dunia smpikan terjatuh2..slalunya sekali tgk dania dh pndai ikut,cpt btoi dania tiru..aku ada try nk upload video dania menari lagu 'menggegar dunia nyanyian stacy n adam',kalo uools tgk mesti terkejut abihh,tp disbbkn laptop ni cam hampeh so aku x berjaya jgk nk upload video tu walopn dh try berkali2.
Berdasarkn pemerhatian aku dania left-handed sbb dania akn menggunakan lebih byk tgn kiri berbnding tgn kanan.kalo nk nulis,makan,capai apa2 ker tgn kiri yg dania guna..penah aku cuba tukar ke tgn kanan tp ditukar blk ke tgn kiri..yg herannya aku n hubby adalah pengguna tgn kanan yg setia,sapa ntah yg diikutnya pn x tau..
Cuma satu jer mslh dania ni susah btoi nk tido mlm dr dlm pntang smpi la skrg..aku pn dh tau nk bt lagu mana..waktu tido dania mlm sekitar jm 2 @ 3 pg,pkl 6.30pg automatik dania akn terjg babai kt papa nk gi keja..pastu dlm kul 1 thghri akn tido kejap slalunya x smpi 1 jam pn dania akn bgn..haaa seterusnya mlm karang la dlm pkl 2 @ 3 pg plak la dania akn tido..heran mmg la sgt2 menghairankan sbb tahan btoi matanya..
Sembang bab aktif,x yah nk sangkal lg seminit pn dania x kn dok diam..ada saja benda yg nk dibtnya,rajin btoi ank aku ni..tmbah2 bab sepah2 rumah mmg number one..panjat sana pnjat sini,itula favouritenya..lotihh den..
Apapn aku sgt berbangga dpt tgk dania membesarkan dpn mata setiap hari tnpa mengharapkan bntuan mana2 pihak,semuanya aku lakukn sndri.ini mgkn jgk disbbkn aku yg berkerja sndri.dr saat dania lahir,mula meniarap,merangkak,mengagah shggalah berjln,berlari,dr mkn bubur smpi la dh bole mkn nasi skrg semuanya aku kendalikan & saksikan pembesaran dania hari demi hari.lgpn hubby aku mmg x harap sgt org len yg menjg dania kecuali mak tuknya sendiri tmbahan plak skrg ni mcm2 kes yg slalu kita dgr ttg bayi kna dera la & mcm2 lg shga ada yg bawa kematian,sedih sgt kita mendengarnya.mintak2 la kita semua dijauhkan kes2 begini..aku ni kdg2 tension jgk dok melayan kerenah budak dania ni,time dia bt hal sehari nk sruh dokong jer,letak sket rheyau..nk mandi pn x sempat,jgn kata nk masak..udah ler bdn tu berat abih lenguh tgn aku ni..eeeee gerammm..
Bagi aku dania merupakan ank yg terlalu istimewa sbb aku perlu berdepan bermcm2 ujian untuk melahirkannya shga skrg..berthn aku menantikan kehadiran dania & selama itu lah aku diuji dugaan & bukan sedikit juga air mata aku yg tumpah tak kala memikirkan soal ank ni.setiap hari aku berdoa agar dikurniakan ank, Alhmdulillah akhirnya Allah Itu Maha Mendengar akn doa2 aku & kabulkan jua...UNTUK DANIA,SEMOGA DANIA TERUS MEMBESAR DGN SIHAT & JD ANK YG BAIK YER..KEHADIRAN DANIA MEMBAWA SERIBU ERTI & KEBAHAGIAAN DLM KEHIDUPAN MAMA.MAMA & PAPA SGT SAYANGKAN DANIA SELAMA2NYA....(emo la plak aku ni)..hikk hikk